Potluck Piknik di Tasik Kelana Jaya

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Aduh, rasa bulan ni penuh dengan cerita makan2 je. hahaha… tak pe yang penting hati gembira. Semalam sempat berpotluck dengan sri kelana clan. Aktiviti ini biasanya dianjurkan oleh Zurin. Untuk pertama kalinya kami berkumpul di Tasik Kelana Jaya. Kalau sebelum ini sokmo di Putrajaya Wetland je.

Asal potluck je meja pasti meriah dengan makanan.

Tips Berpiknik

Tu baru sikit je, ni ada lagi.

menu potluck

Boleh dikatakan semuanya sedap belaka.

resipi potluck

Jangan kecam Cik Mien plak tunjuk segala jenis makanan. hihi…

Niat Cik Mien nak mudahkan korang. Kalau ada yang nak buat potluck tak tau nak bawa apa nah menu cenggini pun boleh.

jalan-jalan cari makan kelana jaya

Ini antara jemaah yang datang. Tak semua pun yang dapat join. Kalau satu batch mai mau jadi kenduri kendara.kahkahkah..

cara atasi tekanan tempat kerja

Cik Mien bz makan. Alhamdulillah sempat rasa semua makanan.

cara kawal anak semasa berpiknik

selain sibuk makan, kami juga suka menyibuk bergambar.

cara pilih tema potluck

sebab dua tiga orang ni tetiba baju sama plak jadi lenkali boleh la kita bertema bagai. hihi…

tips piknik di tasik

manjang berwelfie. yang duk tuang air pun boleh plak fokus bergambar. hihi…macam2 derang ni.

Tasik Kelana Jaya

Meja pun dah tak muat nak letak semua makanan. Mujur le tak kena riba semua food yang ada tu.hihi… sebab seat jauh2.

makan malam di tasik kelana jay

 

Sambil makan2 kami diskus untuk plan trip tahun depan. Kononnya nak ke Bangkok atau Jogjakarta. Best nye. Ini adalah hasil kejayaan trip Hat Yai bulan 3 baru2 ni.

Kemudian, ada juga plan nak berpiknik dan hiking serentak. Yang ni bisa diatur. in sha Allah dalam masa terdekat kita plan untuk ramai2 hiking.

ok la rasa cukup la ni update sikit2 untuk memori. seronok je mak pak makan sambil borak. anak2 sume dah kenal dan siap jadi geng lagi. alahai teringat masa dulu. syiok nya waktu kecil. kita lebih bebas bermain berbanding zaman anak kita. apapun piknik ni juga terbaik, in sha Allah next time akan lebih meriah lagi.

Leave a Reply

CommentLuv badge