Potluck Turbo 2018 dan Sesi Coaching

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Nak cerita sikit pasal gathering kami. Seronoknya bila dapat berkumpul dengan adik beradik Shaklee Cik Mien. Gathering sebegini jarang2 dibuat tapi bila sekali buat pasti meriah.

Kali ini host tuan rumah ialah Cik Surianti Anwar. Rumahnya di tengah bandar KL dan berlatarbelakangkan KLCC.

Date 15hb Julai 2018 dipilih oleh Hanim yang balik Malaysia bercuti hari raya sekejap. Dia adalah downline bawah Master Lydzar Rusman. Sekarang ni Hanim menetap sementara di Dubai kalau tak silap atas urusan kerja suami.

Asalnya nak buat untuk raya, bila memasing kata penuh dengan kenduri dan open house, jadi lepas raya pun bolehlah. Tema makanan secara potluck. Dan ada la buat sambutan harijadi.

Jom layan gambar.

Kelas Offline

Hanim yang berjubah hitam tu. Kesian dia. Pagi dia duk mengemas rumah, tetiba dia tersalah pusing  badan menyebabkan muscle cramp. Nak duduk dan menyandar pun sakit katanya.

Tips Bisnes Online

 

Selain hanim yang datang lambat sikit sampai semua orang dah balik, inilah mereka yang sama2 datang memeriahkan potluck turbo.

Menu kami boleh tahan meriah juga ada laksa, rendang, lemang,spaghetti, bihun, agar-agar, ayam bakar, nasi lemak dan buah durian.

big why

Master Lydzar ni suka buat kejutan. Kali ini dibuatnya cabut undi. Mula2 ingatkan semua perlu cabut dan akan dapat hadiah.

Rupanya tuan rumah perlu cabut nama yang bertuah dan yang satu lagi ni Cik Mien kurang pasti. masa ni duk sibuk suap anak makan.

Yang pasti Cik Mien dapat sebab tuan rumah, Cik Sue cabut nama Cik Mien! hehehe…

big why

Cik Mien diminta untuk menghuraikan maksud ‘Do What Is Right Not What Is Easy’ pada semua yang ada.

Dan kami juga diberi task untuk post di Facebook mangenai kata-kata hikmat ini.

Cara Detoks Shaklee

walaupun baru berapa kerat je yang datang, suasananya mak aii. meriah.mana taknya kami ni paling kurang memasing anak 3 orang. hihihi…

Team Charm Empire

haa yang ni adik beradik Cik Mien dalam Shaklee, Kak Mel dan Cik Sue. Mak kami ialah Fara Fadzil. Cuma yang tak cukup sorang je lagi. Fiza yang duk jauh.

Overall matlamat berkumpul kami tercapai. Alhamdulillah.

Leave a Reply

CommentLuv badge