Rawatan Alternatif Penyakit Autoimun Agar Mereka Dapat Menjalani Kehidupan Lebih Baik

Salam Ceria semua,

Kali ini Cik Mien nak berkongsi kisah salah seorang customer yang menderita sakit psoriasis. Pernah dulu Cik Mien buat entry mengenai psoriasis, ramai juga yang beri feedback. Kulit berkuping, rasa gatal, kerap demam antara masalah yang sering dihidapi oleh mereka. Jadi Cik Mien terpanggil untuk berkongsi secara mendalam mengenai penyakit autoimun. In sha Allah dengan ilmu yang sedikit ini boleh membantu mereka meneruskan kehidupan yang lebih baik.

Rawatan Alternatif Untuk Pesakit Autoimmune

Kenali Penyakit Autoimun

Autoimun adalah penyakit di mana sistem imun kita sendiri menyerang sel-sel dalam badan.

Sepatutnya sistem imun melindungi badan kita kan?tapi dia dah jadi terbalik,dia serang pulak sel badan kita.

Kesan Penyakit Autoimun

Apabila sistem imun menyerang sel badan kita, tentulah sel badan kita akan jadi LEMAH dan ROSAK. Bila sel dah rosak,badan kita akan mudah dapat penyakit.

Itu sebab mereka yang menghidap penyakit autoimun ni akan keluar masuk hospital sebab kerap sakit. Contohnya demam yang susah dan lambat sangat hendak sembuh,sebab sistem imun tu tak melindungi badannya lagi.

Contoh Penyakit Autoimun

Antara penyakit autoimun yang biasa kita dengar ialah

  1. SLE ( lupus)
  2. Diabetes
  3. Penyakit Radang Usus-crohn, memberikan simptom cirit birit dan sakit perut.
  4. Sklerosis-menyerang sel otak dan saraf tunjang badan.
  5. Psoriasis, kulit yang cepat matang dan menimbulkan kesan gatal serta berkuping.
  6. Rheumatoid Arthritis, sakit sendi yang menyerang bahagian siku dan tangan serta memberikan simptom keradangan pada sendi.
  7. Skleroderma, menyerang kulit dan strukturnya yang boleh memberikan kesan pada sistem pembuluh darah, kulit, otot dan organ dalaman.

Mereka yang menghidap sakit autoimun biasanya akan kerap demam, lenguh sendi, mempunyai masalah kulit yang kronik dan lain-lain. Sekiranya mereka kurang prihatin dengan penyakit yang dialami, mereka akan sentiasa kerap sakit dan bagi yang bekerja makan gaji boleh menjejaskan prestasi kerja disebabkan kerap MC.

Punca Penyakit Autoimun

Ada 3 punca yang dikenalpasti menyebabkan penyakit autoimun ini mungkin dihidapi oleh kalangan kita iaitu;

  • Genetik
  • Gaya hidup
  • Jantina

Nampaknya punca pertama dan ketiga adalah sesuatu yang tidak dapat kita untuk mengelak namun punca kedua kita mampu mengawal penyakit kita dengan membaiki gaya hidup.

Apapun, penyakit autoimmune ini tiada jaminan untuk sembuh. Apa yang pesakit boleh lakukan ialah dengan mengawalnya supaya sistem imun tidak mengganas.

Usah pandang ringan dengan penyakit autoimun ini kerana bila sistem imun mengganas, sel dan organ dalam badan kita boleh terjejas. Organ paling utama yang akan diserang ialah buah pinggang.

Cara Doktor Merawat Penyakit Autoimmune

Beri pesakit Steroid.

Benar. Doktor akan memberikan anda steroid bagi mengurangkan kesakitan serta supaya badan kita bertenaga.

Jadi ia tidak membantu untuk menyembuhkan tapi hanya meringankan kesakitan.

Kesan steroid ini pada badan kita ialah,

  • badan mudah cepat naik,
  • buah pinggang rosak.

Supplemen Untuk Pesakit Autoimmune

Cik Mien sangat menggalakkan pesakit autoimun untuk mengamalkan supplemen yang bersifat antioksida. Vivix yang mengandungi resveratrol dan 15 polifenol ini mempunyai kebaikan yang boleh membantu pesakit autoimmune mengawal kesakitan mereka.

Cara Melindungi Jantung

Vivix bertindak dengan;

  • membaiki sel yang rosak,
  • melindungi sel daripada diserang oleh sistem immune, umpamanya sel mempunyai pendinding daripada diserang oleh sistem immune badan
  • memberikan tenaga kepada sel.
  • mengurangkan keradangan yang berlaku akibat diserang oleh sistem immune.

Boleh baca SINI untuk lebih faham mendalam bagaimana Vivix bekerja untuk melindungi badan kita.

Ok, Cik Mien nak pesan awal2, tidak semua supplemen boleh diberikan kepada pesakit autoimmune. Ada 2 supplemen yang telah dikenalpasti boleh memberikan kesan yang teruk kepada pesakit autoimmune sekiranya mereka tersalah amalkan iaitu;

  • Alfalfa tidak sesuai diberikan kepada pesakit SLE kerana kandungan asid amino di dalam alfalfa akan meningkatkan keradangan dan ia akan mensimulasikan sistem immune mereka.
  • Nutriferon tidak sesuai untuk diberikan kepada pesakit autoimmune kerana manfaat nutriferon untuk bekerja menggerakkan sistem immune. Jadi sekiranya pesakit autoimmune tersalah amalkan nutriferon ini sistem immune di dalam badan mereka akan lebih mengganas.

Cik Mien harap dengan artikel ini dapat menjelaskan kepada pesakit autoimmune bagaimana cara yang betul untuk memilih supplemen dan dapat memberikan pencerahan bagaimana supplemen seperti Vivix boleh membantu kehidupan mereka.

Usah risau dengan cara makannya kerana Cik Mien akan beri panduan khusus dan Alhamdulillah sehingga kini Vivix adalah produk yang selamat dan berkesan untuk membantu pesakit autoimmune.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi,

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang memilih produk yang berkesan, selamat dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

p.s Dapat sesuatu? Sekiranya post ini bermanfaat kepada anda, kongsikanlah dengan mereka diluar sana.

2 Comments

  1. Zumal September 1, 2018
  2. Zaleha Awaluddin September 3, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge