Review Bersalin di HUKM

Sebetulnya rasa cuak kali ni untuk bersalin sebab ini cubaan pertama bersalin di hospital kerajaan. Nak pula anak ketiga. Banyak orang kata layanan nurse kasar, bukan doc yang sambut baby, toilet jauh, doc pelatih yang tak tahu air ketuban dah pecah ke belum yang attend, dan seterusnya lah. haih… tapi ada je kawan2 yang ok bila bersalin di hospital kerajaan.

Mesti korang pelik kenapa nak bersalin kali ni saya pilih hospital kerajaan sedangkan yang sebelum ni saya bersalin di hospital swasta. hihihi… itu dulu ye. dah tak sama dengan keadaan sekarang. 2 anak yang terdahulu tu sponsored by majikan hasben. bila dah kerja sendiri, hihi sendiri kena bayor le.

Ada kawan opis cadangkan bersalin di Hospital Az zahra, Bangi sebab fee bersalin normal tak semahal fee di hospital swasta yang lain. Owh ok. Saya ni selalu fikir dan suka bersedia untuk situasi paling horror. Bukan le saya tak nak fikir positif cuma kejadian bersalin ni sangat unik dan hanya Allah saja tahu apa yang dikehendaki olehNya.

Kalau nak bersalin di hospital swasta saya berpendapat perlu sediakan bajet lebih. Sekurang-kurangnya kita dah bersedia dari awal bila mana apa yang dirancang tidak berlaku seperti yang dikehendaki. Jadi kena lah sediakan bajet bersalin pembedahan dan anggaran yang diperlukan dalam RM10k.

Haa… dengar RM10k je rasa kecut perut.hihi… kalau tanya saya baik le belanja diri sendiri travel ke Jepun.

Survey punya survey kitorang sependapat pilih HUKM sebab memikirkan salah seorang sepupu hasben ada yang bekerja di situ dan HUKM ni separa gomen.

Pendaftaran/Booking

Kalau dah tetap untuk pilih HUKM, seeloknya daftar semasa usia kandungan 7 bulan. Sebab HUKM nak kita check up dengan derang sekurang-kurangnya 3 kali check up sebelum bersalin. Macam saya tempoh hari agak lewat berdaftar, mujur le ada sepupu hasben yang bantu kami. Jadi tak de la nurse bising sangat. Bising tu ok lagi kalu dia reject menangis tak berlagu le.

Untuk penjawat awam, perlu bawa Surat Penjamin yang ditandatangan oleh Ketua Jabatan, Surat Rujukan daripada Doktor dan Buku Pink-Rekod Temujanji Klinik Kesihatan. Selain daripada penjawat awam, korang hanya perlu bawa Surat Rujukan daripada Doktor dan Buku Pink-Rekod Temujanji Klinik Kesihatan atau Buku Rekod Temujanji daripada Klinik yang korang biasa buat check up.

Pendaftaran dibuat tak sampai sejam pun dan nurse akan beri kita tarikh dan waktu temujanji. Kita juga boleh pilih hari temujanji dan contoh kalau dah pilih hari Selasa, hari tersebut akan fix untuk temujanji kita.

Proses Pemeriksaan Hamil

Di HUKM, proses ambil air kencing dan berat memang sekejap je. Untuk scan kandungan dan berjumpa dengan doktor yang mengambil masa agak lama. Ada le sejam dua. Jadi kalau anda jenis tak suka menunggu lama, bawak le buku atau majalah yang boleh dibaca semasa menunggu.

Ultrasound scan kandungan di HUKM hanya boleh dibuat dalam bentuk 2D je dan juruteknologi imej yang akan attend kita. Memang tak berapa best la sebab derang hanya tau scan dan ambil ukuran je. Kalau nak feeling2 tengok dan tanya itu ini memang derang tak layan. Pendapat saya scan bersama doktor di Klinik Kesihatan lagi best sebab doktor layan soalan kita sebaik2nya.

Kesimpulannya jangan le expectation tinggi sangat semasa scan di HUKM. Kalau nak yang best2 dicadangkan korang pegi buat di hospital/klinik swasta yang menyediakan mesin ultrasound scan 3D/4D dan yang layan kita sudah tentu adalah doktor bukannya juruteknologi imej.

Jabatan Kecemasan

Seperti yang saya cerita dalam entry bersalin, bila dah ada rasa contraction/turun darah/pecah air ketuban kita dikehendaki daftar dahulu di Jabatan Kecemasan.

Proses pendaftaran juga tak mengambil masa yang lama dan memang ada disediakan wad khas untuk kes ibu hamil. Kelengkapan mesin CTG juga telah tersedia dan telah dikalibrasi.

Owh ye. Sangat penting tau untuk kita sebagai pesakit menyemak status mesin yang digunakan samada telah dikalibrasi atau luput. Walaupun sedang kesakitan masih sempat saya semak semua keperluan ini. Bila mesin tidak dikalibrasi, bacaan yang diambil kemungkinan tidak berapa tepat sebab itu pentingnya status kalibrasi ini dipantau.

Labour Room

natural-childbirth

Staff di labour room sangat membantu dan menyenangkan hati. Memang terharu dan sangat berterima kasih sebab mereka sememangnya orang yang berpengalaman dalam menjalankan prosedur bersalin.

Cuma tentang prosedur setelah bayi dilahirkan saje yang saya rasa mereka kurang menitikberatkan. Kalau bersalin di hospital swasta, semua hal bayi yang baru lahir akan diuruskan oleh pakar/doktor dari team Paediatrik. Di HUKM semuanya dilakukan oleh team yang sama uruskan kita bersalin.

Bayangkan mereka dah kepenatan uruskan kita dan kemudian perlu uruskan bayi. Hasilnya bayi mandi tidak sesempurna sangat sebab rambut bayi masih ada kekotoran.

syamim ziyad sebaik lahir ke dunia

syamim ziyad sebaik lahir ke dunia

waktu diazankan oleh incik hasben

waktu diazankan oleh incik hasben

Wad O&G

on the way to ward

on the way to ward

Sesampai di wad, nurse yang bertugas memberikan sedikit penerangan dan borang yang perlu ditandatangan oleh suami. Salah seorang nurse dah siap pesan awal2 red button untuk nurse call hanya boleh ditekan sekiranya benar2 diperlukan. adeh…

Dan saya dipesan untuk uruskan diri dan bayi sendiri sebab saya dikira sihat. Sihat dalam erti kata bersalin normal. Ok ini memang saya dah jangka sebab pernah rakan2 saya pun dinasihat sebegini.huhu…

Malam tersebut saya tidak dapat tidur sebab perlu menjaga bayi saya yang mulutnya asyik keluar air jernih. Malah bayi saya pun tidak dapat tidur lena sebab nampak dia sendiri pun berasa tidak selesa.

Saya luahkan masalah ni pada nurse yang bertugas dan jawapannya sangat mengecewakan. Jadi sudahnya memang saya dan bayi tidak tidur lena sehingga esok harinya.

Kemudahan di wad seperti tandas dan pantri saling berdekatan. Cuma rekabentuk tandas dan bilik mandi yang tidak menyediakan longkang kecil di setiap kubikel menyebabkan kotoran dari bilik air sebelah mengalir ke luar. huhu…

Esok harinya mujur lah nurse yang bertugas melayan luahan saya mengenai keadaan bayi dan beliau menjalankan teknik untuk mengeluarkan air jernih dengan mengusap2 belakang bayi.

Ok bukan saya seorang je yang berdrama mengenai air jernih keluar daripada mulut bayi, jiran sebelah katil saya juga menghadapi perkara yang sama. hehe…

Urusan Keluar Wad

Alhamdulillah memandangkan saya sihat dan bayi pun dah berkumuh jadi dapat le kami berdua keluar wad keesokan harinya. Seperti dijangka lepas lunch urusan keluar wad selesai. Yang ni memang saya puji sebab tidak perlu menunggu lama.

Apa rating yang diberikan?

Untuk rating 1-5, saya beri 3 daripada 5 untuk pengalaman memilih bersalin di HUKM.

Adakah saya akan kembali bersalin di hospital yang sama?

Ye. Untuk natural birth memang saya puas hati dan akan kembali ke sini erm dalam berapa tahun lagi ye?hiihi…Jadi harapan saya pada masa tu servis mereka akan bertambah baik lagi.

6 Comments

  1. farah June 6, 2016
    • Mien June 19, 2016
  2. Fadz September 15, 2016
    • Mien September 21, 2016
  3. Salwani MR September 22, 2016
    • Mien October 21, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.