Review Buku Penjagaan dan Pemulihan Jantung

Assalamualaikum w.b.t dan Hi,

Bulan lepas tanggal 2 Februari 2021 kita dikejutkan dengan berita pemergian seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan Sihat, Pakar Perubatan UiTM, Sungai Buloh.

Dan arwah yang telah kembali ke rahmatullah adalah insan yang Cik Mien kenal. Beliau salah seorang senior Cik Mien semasa persekolahan menengah di SEMESTA, Raub dikenali dengan nama Artini Dzolkarnaini.

Al Fatihah dan Salam Takziah

Berita pemergian arwah memberi emosi kepada semua yang mengetahui keadaannya.

sedutan berita daripada laman web Malaysiakini

Diberitakan beliau telah melahirkan bayi pramatang pada usia 30 minggu untuk menyelamatkan kandungannya selepas diuji positif COVID-19.

Sungguh berat dugaan arwah.

Apa kaitan tajuk post ini dengan arwah Artini Dzolkarnaini?

Beliau ialah penulis buku yang Cik Mien nak review ini.

Sedikit Latar Belakang Penulis

Memulakan pendidikan Diploma Kejururawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kemudian mengikuti pengajian post basic dalam bidang penjagaan koronari di Kolej Kesihatan Sains Bersekutu.

Digambarkan seorang jururawat yang amat dedikasi dengan bidang penjagaan koronari, arwah menyambung pengajian dalam Bachelor of Science in Nursing with Honours di Open University Malaysia.

Arwah tidak berhenti di situ. Beliau gigih meneruskan pengajian sehingga ke peringkat Master of Nursing in Critical Care di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Selain arwah, buku ini juga mendapat sentuhan daripada 2 penulis lain iaitu Dr Nadia Mohd Mustafah dan Dr Nur Nadia Abd Rahim.

3 Sebab Anda Patut Memiliki Buku ini

  1. Penyampaian penjagaan jantung dalam versi yang mudah dan ringkas

Ye, bagi mereka yang kurang menikmati fakta yang berat, buku ini sangat sesuai.

Disampaikan dengan bahasa yang mudah dan ringkas, ia sangat membantu untuk kita memahami anatomi dan fungsi jantung, tanda serangan jantung dan ujian yang akan dilakukan.

Jenis ubatan juga turut dikongsi dan bagi Cik Mien ini sangat penting bagi menentukan tahap kronik penyakit jantung yang dihidapi.

2. Buku ini memberi panduan untuk semua peringkat usia

Bagi Cik Mien, panduan yang dikongsi adalah perkara asas yang perlu dilakukan oleh pesakit jantung.

Dengan memiliki buku ini umpama kita telah mempunyai satu diari untuk merekod Kesihatan jantung kita.

Antara topik yang turut dikupas ialah kaedah masakan bagi pesakit jantung dan panduan untuk melakukan seks selepas diserang sakit jantung.

3. Kesan Selepas Membaca Buku Ini

Benar orang kata, bila umur kita meningkat bermaksudnya makin singkat umur kita di dunia ini.

Sebaik sahaja selesai membaca buku ini, terus terdetik untuk perlahan-lahan mengubah gaya hidup.

Buku ini memberi kesan yang mendalam pada Cik Mien agar menghargai jantung kita dengan menjaga sebaik-baiknya sebelum terlambat.

Mana nak beli buku ini?

Anda boleh dapatkan daripada Shoppee.

Boleh pergi terus ke seller ‘UiTM Bookville’.

Atau guna tajuk buku tersebut pada butang ‘Search’ ye.

Selamat mencuba!

Jemput tonton video review buku ‘Penjagaan dań Pemulihan Jantung’ dań like serta subscribe channel Cik Mien ye.

Semoga dengan review ini dapat menyalurkan pahala buat arwah yang telah pergi.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.