Review Chalet di Teluk Senangin

Assalamualaikum w.b.t semua!

Rindunya dengan blog ni, meh kita cite yang santai2 aje. entry kali ini Cik Mien nak kongsi percutian kami minggu lepas di Teluk Senangin.

Trip kali ini ahli jemaahnya 3 keluarga dan 1 bujang, semuanya adalah geng bas sekolah rendah Cik Mien.

Kami plan trip ini agak adhoc, ideanya bila Zurin ajak kitorang untuk sama-sama bercuti dan menyambut harijadi anak keduanya, Piya di Teluk Senangin sambil berpeluang untuk menginap di chalet ibunya.

Pagi Sabtu 4 Julai 2020 kami memulakan perjalanan, kalau daripada rumah kami di Bandar Teknologi Kajang ada nak dekat 3 jam juga untuk sampai ke sana.

Nah ini peta lokasi,

Biasalah, plan nak gerak pukul 8 pagi sekali last2 jam 11 baru keluar rumah. Terhegeh sangat kan. hihi…

Untuk masuk ke sini, mula-mula kita disajikan dengan pemandangan hutan bakau, rumah kampung dan kebun kelapa sawit. Masa ni agak cuak gak sebab macam konpius sekejap dengan kebun kelapa sawit. Ye la tiber plak ada kelapa sawit sebelum jumpa scenery pantai.

Bab aktiviti kami sepanjang 3 hari 2 malam Cik Mien update entry lain ye.

Ni nak cite sket apa yang bestnya dengan Chalet Haji Kamal di Teluk Senangin.

Bilik Lengkap 2 katil Queen

Inilah first time Cik Mien check in chalet yang lengkap dengan 2 katil Queen. Memang syiok sebab tak perlu nak standby toto bagai.

Al maklum le jemaah kami 5 orang, kalau katil ada satu dah kena berangkut toto sendiri.

Cuma tak semua bilik ye, yang kami duduk ni di chalet 2 tingkat Katanya semua bilik ada katil 2 queen.

Chalet yang setingkat tu hanya katil 1 queen dan 1 single bed. Pun kira boleh diterima gak.

Harga Chalet Teluk Senangin Yang Amat Berpatutan

Dengan bilik lengkap katil 2 queen, korang rasa berapa harga semalaman?

RM200?RM250?

Jawapannya…

RM150 je.

Kemudahan BBQ di Chalet Teluk Senangin

Bila korang menginap di sini, entitle terus kemudahan BBQ, walaupun BBQ pit tu simple je, bagi Cik Mien ini sudah cukup best.

Aktiviti BBQ di Teluk Senangin
Simple je kan BBQ pit ni sampai anak2 pun boleh bakar marshmallow sendiri hihi…

Ye la ada sesetengah pemilik kenakan caj berbayar, di sini pemiliknya sangat bermurah hati. Cuma korang kena book dan cakap awal-awal sebab BBQ pit pun terhad.

Ada 2-3 BBQ pit sahaja dan port ikut suka hati korang la nak BBQ kat mana. tu yang best.

Walaupun kemudahan di atas ini korang boleh dapat kat chalet lain di Teluk Senangin, ada satu yang Cik Mien rasa chalet Haji Kamal ni gak yang best.

Lokasi Yang Privacy

Yes, kita datang sini nak lari dari serabut hiruk pikuk kan.

Privacy dan ketenangan yang dicari itulah Chalet Haji Kamal boleh offer pada kita.

Chalet ini boleh dikatakan masuk ke dalam sikit berbanding kedudukan chalet lain.

Istimewanya lokasi ni strategik dan tidak la bising berbanding dengan kawasan lain.

Lengkap dengan Kedai ala Convenience Store dan juga Kedai Makan

Walaupun terceruk sket,jangan risau. Sini kiri kanan belakang ada kedai runcit.

dan yang bestnya ada kedai makan, sampai jam 12 malam. jadi korang pasti tak kebulur kalau menginap di sini. ambil no phone kedai tu, order dan derang boleh hantar ke chalet, haa ala2 room service gitu.

Air Laut Bersih dan Pemandangan Cantik

Dari Chalet Haji Kamal, kita dah boleh mendengar deruan ombak, dan pemandangan tiada sempadan. Nampak biru je airnya.

Dari Teluk Senangin kita boleh teropong Pulau Pangkor. hehehe…

Jalan-jalan di sepanjang pantai sambil menghirup udara pantai.

Port Memancing di Chalet Teluk Senangin

Sepanjang kami di sini, waktu malam pun meriah dengan deretan pemancing mencuba nasib.

Derang memancing di tepi pantai je.

Sederet pantai tu meriah sebab anak bini pun boleh join tengok laki memasing memancing ikan.

Harus check gak ye, kang dipancing benda lain plak. hahahah….

Kalau yang jenis hardcore, ada gak Cik Mien nampak derang sewa bot dengan nelayan. Cuma tak pasti berapa bayarannya.

Haa cukup lah 7 review Chalet Haji Kamal di Teluk Senangin. Siyes berbaloi dan rasa nak repeat lagi. hehe…lagi pun tak puas duk 3hari 2 malam. rasa nak duk seminggu terus, hihi.

Kalau nak survey dan tengok gambar pengunjung yang pernah menginap di sini, boleh ke FB Pn Intan Mariana Baharom, pemilik chalet Hj Kamal.

Selain itu, boleh call Pn Intan melalui no telefon 012 978 8565.

cara nak book chalet di teluk senangin

Ok kita move on ke next entry plak, more stories on our activities plak. Hope you guys happy reading ya.

xoxo

Cik Mien

Love to travel

One Response

  1. Hawa Hassan August 13, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.