Review Hotel Gia Huy, Ho Chi Minh

Oh my!

Lama sudah blog ini diabaikan.

Ya ampun my readers. But don’t worry. Cik Mien ada banyak cerita yang telah dikepamkan untuk diceritakan di rumah ni.

Kita mula dulu dengan kisah Cik Mien dan famili kecik kami ke Ho Chi Minh, Vietnam.

Kisahnya beli ticket masa bulan November tahun lepas lagi. Travel date 21 – 24 April 2019 (Ahad-Rabu).

Ye, bukan musim cuti sekolah. Kami pontengkan Anak-anak. kihkihkih.. nasib le dapat mak pak kaki jalan.

Alasan kami beri: menghadiri program kekeluargaan. aci kan?

hihihi… jom kita mula cerita.

first of all, selepas beli ticket AirAsia promo murah, next of course le cari hotel untuk tidur.

tapi kan, review or tips memilih hotel ni hanya terpakai untuk mereka yang hendak ke Ho Chi Minh secara DIY. maksudnya travel sendiri tanpa tour package.

kalau korang pilih tour package, harga yang ditawarkan termasuk penginapan, makan dan pengangkutan. boleh tanya hotel mana yang derang offer masa deal harga.

Tips Memilih Hotel di Ho Chi Minh

Pilih lokasi hotel ikut tujuan korang datang sini

Kalau tujuan korang nak ke sini untuk shopping, lokasi hotel yang Cik Mien suggest ialah sepanjang Malaysia Street.

Cuma awas, suasana di Malaysia Street sangat lah bising. Boleh tahan kesibukannya walaupun derang ni berniaga setiap hari.

Tapi kalau tujuan korang nak explore lain daripada meerkat yang datang ke HCM i.e nak percutian luxury, nak ada masa mandi di swimming pool. Boleh book hotel 4-5 Bintang yang tak berapa jauh daripada Malaysia Street.

Study kedudukan hotel supaya korang boleh jalan kaki je bila nak shopping di Malaysia Street.

Tips Memilih Hotel mengikut bajet

Hotel yang Cik Mien menginap jenis 3 Bintang. Sebenarnya banyak hotel di situ sepanjang jalan. Harga bermula daripada RM90 hingga ke RM200 semalaman.

Untuk review dan juga perbezaan harga boleh survey di

Baca betul-betul description bilik yang korang pilih.

Contoh kalau Cik Mien mesti nak sarapan, wifi percuma, ada tingkap dan mengadap view, no smoking, ada iron baju and etc.

Demand kan? hahaha… of course.

Nak lagi feel baca juga review dari FB Group Backpackers Buddies Malaysia (BBM). Biasanya ada je derang share hotel mana derang menginap.

Hotel yang Cik Mien sekeluarga menginap

Untuk trip first time kami ni, Cik Mien pilih Hotel Gia Huy yang rakyat Malaysia biasa menginap. Memang penuh dengan rakyat Malaysia pun, terasa seperti check in hotel Seri Malaysia. hahahaha…

Cik Mien malas nak cerita, jadi diringkaskan dalam video ini.

Jemput Subscribe Youtube Sharminie Zainul Abidin ye.

Till next post.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.