Review Invito Hotel and Residence

Hi semua.

Minggu lepas Cik Mien berpeluang berkursus di salah satu hotel yang agak baru juga di kawasan Bangsar.

Walaupun kursus yang Cik Mien hadir ni memakan masa sehingga empat hari, namun terasa masa sangat singkat.

Rasa tak puas pula berada di hotel ini.

Apa yang menariknya dengan Invito Hotel and Residence ini ialah rekabentuknya yang moden dan melengkapi kehendak mereka yang sesekali datang ke Kuala Lumpur.

Pendek kata anda mudah untuk mencari restoran, bank dan kedai 24jam. Semuanya anda boleh akses dengan hanya berjalan kaki sahaja.

Beruntung bagi mereka yang tinggal di sini tau.

Untuk kemudahan kursus pula, apa yang menariknya di sini ialah free flow of coffee. Tekan je di mesin kopi dan pilih jenis kopi apa yang kita nak. Wah memang tak jadi mengantuk la sepanjang berkursus. hihi…

Bab makanan Cik Mien bagi 5 bintang kerana semua yang dihidangkan sangat sedap. Malah hotel ini juga menyediakan promosi makan tengahari dengan Harga yang berbaloi. Menarik kan?

Nak tahu lebih lanjut jemput tonton video Cik Mien dan subscribe untuk info yang lebih menarik.

xoxo

Cik Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.