Review Paya Bunga Hotel, Kuala Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Hi,

Hari ini Cik Mien terbang lagi ke bumi Terengganu.

Kalau bulan lepas Cik Mien menginap di Primula Beach Hotel, kali ini Cik Mien memilih Hotel Paya Bunga.

Terletak di tengah bandar, bertaraf 3 Bintang, sangat selesa dan mempunyai staf yang ramah.

Cik Mien sangat rekomen pada anda untuk menginap di sini dan pasti tak menyesal punya.

Yeah ini review Cik Mien ye.

Hotel dengan fasiliti baru dan harga berpatutan

Sebetulnya Cik Mien tak de idea pun nak tidur mana untuk trip kali ini. Sampai je di airport Cik Mien naik teksi pergi ke Pasar Kedai Payang. Selesai shopping kain pasang songket, terus google hotel apa yang berdekatan.

Dari review mereka yang pernah tidur sini, rupanya Hotel Paya Bunga ini antara yang terbaru di bandar Kuala Terengganu.

Harga pun dalam bajet claim Cik Mien-RM155(tanpa sarapan), apa lagi kita walk in terus.

Kalau anda nak lagi jimat of course book boleh awal melalui laman web Agoda, Tripadvisor, Booking.com dan yang seangkatan dengannya.

Lokasi di pusat bandar

Bagi mereka yang travel solo, lokasi hotel ini sangat sesuai lebih2 lagi bagi yang bergantung dengan pengangkutan awam.

Bersebelahan dengan UTC, yang mana semua fasiliti lengkap kemudahan bas, teksi, pejabat Kerajaan, dan yang bestnya nak cari tempat makan pun senang.

Di sini port dinner Cik Mien. Layan makan di gerai tepi jalan je. Menu makan malam ringkas dan mengenyangkan-nasi goreng ikan, sup Tulang power, roti bakar kosong dan Nescafe tarik. Yummy!

Hotel bercirikan Islamik

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.