Review Pengalaman Bermain Game Virtual Reality, VR

Phew! Leganya selepas dapat menunaikan impian anak-anak yang teringin bermain game Virtual Reality atau singkatannya VR.

Bertempat di Aras 2, MyTown KL, suasana hari minggu agak sibuk memandangkan sekarang ini musim cuti sekolah.

Proses untuk mendaftar agak kurang efisien. Staf kurang menerangkan sepenuhnya kepada kami apa yang perlu dilakukan. Jadi ada satu masa tertunggu-tunggu apa yang berlaku.

Selesai pembayaran, kami perlu mengisi borang pengesahan status kesihatan dan menunggu staf yang akan membawa kami ke tempat permainan.

Apapun keterujaan nak mencuba game VR mengatasi kekalutan masa mendaftar. Ye la pertama kali kan. hehehe…

Asalnya anak-anak nak main games Zombie, rupanya game tu sesuai untuk yang berumur 13 tahun dan ke atas sahaja. Jadi mereka memilih game Viking Craft yang sesuai dengan umur anak-anak.

Mujur le kami dapat staf yang sangat bagus. Sesuai la dengan kami jemaah yang blur. hihiā€¦ Oh yea, setiap VR seeloknya dimain bersama 3-4 orang. Kebetulan masa kami sampai stesen Viking Craft, dah ready 2 orang kanak-kanak perempuan yang menunggu.

Nak tahu apa yang kami alami episod pengalaman pertama ini?

Jemput tonton video kami di Youtube.

Sungguh teruja kan?

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi. Sempat sangat kalau ada yang nak membawa anak-anak bermain VR. Yang pasti datang hari weekdays lagi berbaloi. Ada special rate atau dapatkan tawaran menarik daripada laman web Klook atau Traveloka.

Jumpa lagi.

xoxo

Cik Mien

2 Comments

  1. mrhanafi December 30, 2019
    • Mien February 1, 2020

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.