Review Restoran Jepun Aragan Yokocho

Sekiranya anda sedang mencari restoran jepun yang mampu bayar, di sinilah tempatnya!

Sabtu baru-baru ini Cik Mien dah mencuba menu di Restoran Jepun Aragan Yokocho. Yang menariknya terdapat lebih daripada 10 menu yang ditawarkan diskaun sehingga 30%.

Jadi sangat berbaloi untuk anda membawa satu famili ke sini. Di sini Cik Mien kongsi 5 sebab anda wajib datang ke Restoran Aragan Yokocho.

Mempunyai Kawasan yang luas

Yeah, restoran ini boleh memuatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa. Mereka yang berhajat nak anjurkan majlis atau acara dengan bertemakan makanan Jepun, di sinilah tempat yang sesuai.

Tempat duduk juga direka mengkut 4 musim cuaca di Jepun. Menarik kan?

Menu Pilihan Yang Banyak

Uniknya restoran ini ialah dengan menawarkan 10 jenis kategori makanan Jepun. Memang banyak pilihannya.

Menu Asli Selera Masyarakat Jepun

Menu di sini boleh dikatakan lengkap dan menghampiri selera masyarakat Jepun. Sesuai dengan pengiktirafan Top 10 Largest Japanese Restaurant in Tokyo.

Kemudahan untuk refill

Bagusnya restoran ini menggalakan sifat berjimat cermat. Dengan adanya konsep refill boleh membantu pengguna untuk mengawal portion makanan dan dapat berkongsi tanpa perlu order makanan yang sama.

Di sini kita boleh refill salad, sup miso dan nasi untuk tempahan set yang mengandungi salah satu item refill.

Promosi Yang Menarik

Setiap bulan restoran ini menyediakan promosi yang menarik dengan memberikan diskaun sehingga 30% bagi menu terpilih.

Bagi Cik Mien yang dah cuba, ia sangat menjimatkan dan mengenyangkan.

Nak dapatkan gambaran restoran ini? Klik link video ini dan subscribe channel Sharminie Zainul Abidin ye.

xoxo

Cik Mien

Penggemar Makanan Jepun

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.