Salam Terakhir dari Seorang Atuk.

Tak ku sangka ini adalah momen akhir kami bersama dengan tok ayah.

Tok Ayah kami menghembuskan nafasnya yang terakhir dan disahkan meninggal dunia pada 26hb Januari 2020 jam 10:20 malam.

Sepatutnya malam tu tok ayah pindah dari Wad 10 ke Wad Bendahara disebabkan pernafasan tok ayah kurang stabil dan bacaan darah yang tinggi.

Semasa doktor kejutkan tok ayah untuk pemeriksaan, tok ayah gagal respons.

Dan selepas itu, doktor sahkan tok ayah kami telah tiada.

Salam terakhir dari seorang atok

Dari saat di khabar kan pemergiannya, kami semua pakat berkumpul menunggu pihak Hospital menguruskannya sehingga ditolak ke Jabatan Forensik untuk urusan mandi.

Kata MA tadi dia sangat kagum melihat anak menantu cucu cicit menunggu arwah di wad.

Ye atok Cik Mien ada 11 anak meninggal 2 orang. Cucu saje dah penuh lorong hospitalšŸ˜… cicit pun ramai.

Sambil tunggu pihak hospital mengemas arwah, kami hubungi dulu ustaz yang akan mengepalai urusan mandi jenazah.

Elok jenazah sampai ke bilik mandi, ustaz pun sampai. Masya Allah. Rasa tak terkata.

Mandi jenazah yang diketuai ustaz, dibantu oleh Mohamad Zaid Zulkafle Khairil Sariman dan pak su Kimi.

Badan arwah langsung tiada najis, disebabkan satu hari arwah langsung tak boleh terima makanan. Badan nya dah mula tolak makanan sejak pagi lagi.

Bila nak telan ubat, terluah semula. Akhir sekali nurse drip kan ubat tahan muntah.

Masa ustaz mengorek lubang dubur, air berwarna perang yakni air ubatan sahaja yang keluar. Makanya proses mandi arwah sangat lah lancar.

Di akhir mandi, cik mien diberi peluang untuk cucurkan air ke atas jenazah. Semuanya selesai dalam tempoh 30 minit. Subhanallah.

Proses mengapan juga masya Allah sangat teratur. Selesai je kami dimaklumkan perlu menunggu van jenazah.

Katanya semua van dah keluar. Tapi tak sampai 5 minit menunggu eh van dah sampai.

Rezeki tok ayah kami dapat naik van jenazah yang baru. Allahuakbar.

Jenazah tok ayah untuk dibawa pulang ke rumah

Ya Allah rasa diri ni kerdil dengan hadiah yang diberikan untuk arwah tok ayah kami. 
Sungguh rasa syahdu sangat melihat dan merasa kejadiannya. 

Tepat jam 10.15 pagi pada 27 Januari 2020, jenazah tok ayah disembahyangkan. Seperti mana dengan arwah mek, Cik Mien turut sekali sembahyang walaupun makmum lelaki lebih ramai.

Sampai saje di kawasan perkuburan, Alhamdulillah kubur telah pun tersedia elok.

Semua anak, menantu, sepupu sepapat, anak sedara dan cucu yang ada sama-sama ambil peluang untuk membantu menanam jenazah dan menimbus tanah.

Abah, menantu kedua tok ayah pun sama-sama membantu menimbus tanah

Momen yang sangat menyentuh perasaan. Semua pakat mengambil cangkul membantu menanam jenazah. Walaupun masing-masing hiba dan berat hati untuk melepaskannya namun kami gagahi jua untuk laksanakan tanggungjawab terakhir untuk tok ayah.

Dan kami rasa syukur dapat sempurnakan tanggungjawab kami sebagai anak/menantu/cucu/cicit kepada tok ayah.

Sayu Syamim Ziyad menghantar satu-satunya tok yang dia yang ada.

Selesainya pengebumian maka terpisahlah kami dengan tok ayah. 

talkin untuk tok ayah

Pemergian yang tak mungkin kembali.
Pemergian yang akan dirindui.

Kubur tok ayah, Hj Yusoff Bin Omar bersebelahan dengan mek, Hjh Kiah Bt Sapii

Bersemadilah tok ayah di sebelah kubur isterinya, Hajah Kiah Bt Sapii. 

Mereka terpisah selama 10 bulan dan bertemu kembali di alam sana. 

Sijil Mati Tok Ayah

Damailah tok ayah di sana. Senyum mu, tawa mu, suara mu, masih lekat di ingatan kami semua.

Hanya doa dan bacaan Quran dapat dihadiahkan untuk tok ayah dan mek yang disayangi. Kami sesungguhnya tak sangka secepat ini kami kehilangan mereka berdua.

Tiada lagi dua susuk tubuh yang sabar menanti kami di kampung.

Tiada lagi susuk tubuh yang dapat bantu Cik Mien otter dan jahit seluar raya anak-anak.

Tiada lagi dua susuk tubuh yang sentiasa menghantar kami di depan rumah bila hendak pulang ke KL.

Al-fatihah.

Kenangan semasa menyambut arwah tok ayah yang baru pulang mengerjakan umrah

xoxo

Cik Mien

Yang sentiasa merindui

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.