4 Sebab Memilih Bisnes Shaklee berbanding yang lain

Sekarang ni Cik Mien tengok peluang untuk berbisnes sangat terbentang luas. Ada pelbagai jenis bisnes di luar sana yang kita boleh pilih. Paling glamer orang sekarang suka buat ialah jadi agen dropship. Selain daripada menjadi agen, kalau kita ada modal kita sendiri boleh jadi founder. Up la sikit daripada jagi agen kan.

Masa Cik Mien join MMM Dr Azizan Osman, dalam satu dewan tu ada ramai yang datang dengan idea bisnes masing-masing. Kalau ada persamaan pun mungkin yang datang itu adalah daripada bisnes MLM atau insurans. Kalau dengar mereka perkenalkan diri, semua sebut nama sendiri sebagai founder produk/idea/bisnes dan kebanyakan daripada mereka telah mempunyai income lebih sejuta.
Terfikir gak best juga buat bisnes dengan idea sendiri. Tapi lepas fikir dan kaji, Cik Mien cakap kat diri sendiri lupakan dahulu. Fokus dengan apa yang kita ada sekarang.

#1 Sebab Pilih Biz Shaklee ialah Modul Yang Mudah

Cik Mien lebih selesa dengan bisnes Shaklee sebab modul bisnes yang sangat mudah untuk Cik Mien buat. Ini adalah MLM ketiga Cik Mien join dan paling Cik Mien setia dengan produk dan bisnesnya.
Shaklee tak pernah plak gagal nak bayar bonus Cik Mien. Melihat peluang yang Shaklee berikan iaitu  bonus tanpa had, percutian ke negara yang Cik Mien nak sangat pergi dan juga bonus kereta, itu sudah cukup buat Cik Mien.

#2 Sebab Pilih Biz Shaklee ialah keberkesanan supplemen

Paling Cik Mien suka dengan produk Shaklee sebab Shaklee tidak pernah berkompromi dengan kualiti yang dihasilkan. Sebab paling penting yang Cik Mien nampak produk Shaklee yang berkualiti, berkesan dan semulajadi. Cik Mien paling risau bila kita berbisnes kita menjual produk yang kurang bagus kepada pengguna. Tanpa R&D, tanpa perancangan jangka panjang, ikut trend-ini sebahagian contoh produk yang ada di pasaran.

#3 Sebab Pilih Biz Shaklee ialah tiada paksaan dalam menguruskan stok

Yang bestnya bisnes Shaklee ni Cik Mien tak perlu nak pening untuk fikirkan hal seperti simpan stok sebab Shaklee sendiri boleh buat penghantaran kepada customer.

#4 Sebab Pilih Biz Shaklee ialah Latar Belakang Syarikat

Bagi Cik Mien kekuatan bisnes itu bukan sahaja model bisnes yang kita hendak buat tetapi juga produk dan syarikat. Kalau model bisnes bagus tetapi produk kurang bagus dan syarikat juga tidak mempunyai perancangan jangka pendek dan panjang, ia boleh mempengaruhi pendapatan kita bersama syarikat tersebut.
Produk Shaklee-mempunyai produk lebih 100 tahun usianya iaitu Vitalea, multivitamin pertama di dunia dan produk Shaklee telah diiktiraf sebagai produk berkesan untuk atlet dan angkasawan NASA
Model bisnes-mudah untuk semua peringkat usia dan latar belakang untuk menjalankan bisnes Syarikat-telah bertapak lebih 100 tahun dengan prinsip yang sama
Jadi kenapa perlu memilih yang lain?
xoxo
Cik Mien
Shaklee is the best for me and family

Leave a Reply

CommentLuv badge