Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,
Di kesempatan ini, Cik Mien dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya sepanjang kita kenal di alam maya ini. ada tulisan Cik Mien mengguris hati semua.
Doa Cik Mien semoga kita berpeluang untuk bertemu Ramadhan tahun hadapan.
Sempena post raya, Cik Mien nak kongsi kemeriahan menyambut raya belah suami.
Sehari sebelum kami bergotong royong memasak juadah raya.
Ini baru sebahagian daripada juadah raya kami yang dimakan semasa berbuka puasa hari terakhir Ramadhan.

Pagi raya kami solat sunat aidilfitri di kampung. Sudah jadi tradisi bagi keluarga belah suami menunaikan solat raya di surau ini.
Selepas selesai khutbah raya, bermulalah sesi bertukar juadah. Kalau dulu semua juadah raya dibawa dalam mangkuk tingkat. Ada AJK yang akan agihkan untuk semua merasa.
semua duduk dalam kumpulan masing-masing dan makanan diagihkan sama rata.



Selepas selesai solat sunat hari raya, semua yang ada berkumpul di depan rumah untuk sesi bergambar.


Waktu ini matahari dah mula naik.
Anak-anak mula komplen-panas dan kenyamukan.
Sudahnya pasang enjin ON aircond dan duk dalam kereta je.
Si kecik Syamim Ziyad plak mengamuk duk geli dengan pasir yang melekat di kaki.
Hadoi….spoil mood raya betul dengan karenah anak-anak ni.

makanya kami posing berdua je la.hihi…
amacam? ada rupa pengantin baru ke?

Hari raya ketiga kami beraya ke runah kawan hasben di Kuala Pilah. Biasanya raya kedua dan seterusnya Kuala Pilah akan sesak sana sini dek kerana semua mula beraya.
speselnya kali ini, hasben dapat borak lama dengan bekas klien, Ahmad Nubhan yang sama2 beraya ke rumah kawan hasben.






Inilah cerita raya kami.
Semoga raya tahun hadapan lebih meriah dari raya tahun ni. Dan bisnes Puan bertambah maju.
AhmadiKatu recently posted…Kalah Dalam Menang – Itulah Hakikatnya
selamat hari raya, terima kasih atas doa dan ucapan.