Selamat Hari Raya dari kami

Assalamualaikum w.b.t dan Hi Semua,

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca blog yang tersayang.

Dan di kesempatan ini Cik Mien sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada tulisan di blog menyinggung perasaan.

Kalau ada yang tersentuh atau tersentap mohon maaf juga ye. Jari kemaafan dihulur dengan rasa rendah hati kerana manusia seperti kita tak dapat lari dari kesilapan.

Sebagai kenangan di blog ini, Cik Mien akhiri dengan gambar sehari di aidilfitri. Tahun ni sepatutnya kami beraya di Teratak Baru, Tendong, Kelantan apakan daya dengan situasi semasa raya disambut di rumah Cik Mien dan adik beradik membesar- Kelana Jaya.

Suatu pengalaman yang tak terfikir, solat sunat raya di rumah masing-masing kerana Malaysia dalam tempoh PKPB. Berimamkan Abah, kemain persiapannya sampaikan siap bertongkat. hahaha…

Abah sebagai Imam kami di pagi raya

Sesungguhnya Aidilfitri kali ini Cik Mien benar2 rasa kekosongan. Tiada lagi wajah insan tersayang di kampung. Atok meninggalkan kami Mac yang lalu, Mek pula April tahun lepas.

Dalam tawa ada tangisan,

Dalam gurauan ada sendu,

Sebagai hambaMu hanya doa sebagai kiriman,

Tanda kami ingat pada mereka selalu.

Salam Eidulfitri dari kami semua.

Dato’ Zainul Abidin Bin Taib

Datin Rusinah Bt Yusof

Ir Sharminie dan Mohamad Zaid serta anak-anak

Nurfadhlina dan Tengku Mohamad Syahiran serta anak

Mohamad Alffi Syahrin

Muhamad Alif

The Ziyad’s family
beginilah bila nak amek foto, ada je aksi dan ragamnya. hihihi

xoxo

Cik Mien

Your skin engineer

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.