Selamat Pengantin Baru Wan Syifaak Zuhri & Adesam

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

 

Semalam berlangsungnya majlis persandingan meraikan pasangan pengantin Wan Syifaak Zuhri Bt Ahmad Zohri dan Adesam Zainal. Bertempat di The Event Place, Level 4, Skypark, One City meriah dengan kehadiran sanak saudara dan rakan taulan pasangan mempelai.

Wan Syifaak Zuhri adalah rakan baik semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Raub, Pahang. Pernah menjadi rakan sekelas sewaktu di Tingkatan 1. Cik Mien gigih hadir ke kenduri beliau sebab Syifaak ni antara rakan yang sentiasa tak pernah miss datang kenduri kahwin kengkawan. Sebutlah ke mana ceruk kampung sekalipun Syifaak pasti hadir ke majlis kenduri.hehe…

Jom layan gambar sepanjang majlis semalam. Muka semua masing-masing gembira sebab dah lama tak jumpa. Walaupun banyak antara kami ni duduk di Lembah Klang, malah ada yang bekerja di bawah satu kementerian namun masa dan komitmen menjarakkan kami semua. sob sob sob…..

Apapun tahniah Cik Mien ucapkan kepada rakan-rakan yang dapat hadir semalam. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan rindu kami walaupun sekejapan cuma.

Semalam sempat la kami berborak sikit ala2 menjemah gitew. Korek2 rahsia bila cinta mereka berputik. Owh katanya perkenalan semasa mendaki Gunung Kinabalu tahun lepas dan hasil usik mengusik rakan2 yang akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. hehe…hebat tak kami sempat lagi korek rahsia. hahaha….

 

Cik Mien agak fes time juga la sampai ke Skypark nih. Dewan yang disediakan agak luas juga untuk jumlah tetamu yang hadir masa waktu puncak. Deretan makanan yang disediakan juga meriah ada popcorn, ice cream, cendol dan Photo Booth untuk kenangan pengantin. Semua Cik Mien rasa dan paling suka sekali ngan doorgift by IG:Sutina eshopp. hehe….

Noor Baidura, Cik Mien dan Lydzar Rusman

 

 Dengan Cneo di belakang

Cik Mien, Yani, Emi, A’a, Lydzar dan Erin

Haslia, Yatz dan Cik Mien

Yatz, Alia dan Ain

haa…amek. antara yang hadir ni pun tak semua naik pentas sama2 sebab ada yang awal dan lambat datang

p/s: Gambar ihsan daripada FB rakan-rakan yang hadir semalam. Seperti biasa gambar Cik Mien agak kurang sebab iphone cabuk ku asek low batt huhu…

Leave a Reply

CommentLuv badge