Set Immune Booster menggantikan Suntikan Interferon yang Lebih Jimat, Efisien dan Selamat.

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Kali ini cik mien nak berkongsi tentang kehebatan salah satu penggalak imunisasi iaitu Nutriferon. Banyak kelebihan Nutriferon yang banyak orang tak tahu dan bagaimana Nutriferon bertindak dalam badan kita. Sebelum tu jom kita kenal dulu sistem imunisasi badan kita.

SISTEM IMUNISASI

immunesystem

Sistem Imunisasi adalah rangkaian sel, tisu dan organ yang bekerja bersama-sama untuk mempertahankan tubuh daripada serangan oleh pencerobohan “asing”. Organisma yang menyebabkan jangkitan adalah seperti bakteria, virus, parasit dan kulat. Sedar atau tidak setiap hari badan kita terdedah kepada jangkitan melalui sentuhan. Cepat atau lambat sesuatu jangkitan adalah bergantung kepada sistem pertahanan badan kita.

Sistem Pertahanan Badan kita terdiri daripada tiga lapisan iaitu Lapisan Pertahanan Pertama, Kedua dan Ketiga. Jom kita fahami  bagaimana sistem pertahanan badan kita bertindakbalas terhadap serangan jangkitan.

Lapisan Pertahanan Pertama

Lapisan Pertahanan Pertama adalah pada liputan permukaan. Pertahanan terhadap patogen bermula dari lapisan permukaan: kulit, silia, asid perut, membran mukus, dan tisu endhothelial.

Kulit di mana berlaku pertukaran sel-sel mati secara berkala di epidermis memusnahkan patogen, Sebum (asid lemak tak tepu) menyediakan lapisan perlindungan pada kulit dan menghalang pertumbuhan.

Silia dan mukus- Membran mukus menghasilkan mukus untuk memerangkap patogen, dan struktur berbulu seperti silia menyalurkan mukus ke tekak untuk dibatuk atau ditelan.

Air liur menghasilkan lysozyme untuk memecahkan sek-sel dinding patogen dan bertindak sebagai antibiotik.

Jus gastrik-Bakteria yang ditelan dipecahkan oleh asid kuat (pH 2 hingga 3) di dalam perut yang akan memecahkan makanan.

Untuk mempertingkatkan lapisan pertahanan pertama, badan kita memerlukan nutrisi seperti…

  1. Omega 3 untuk mengurangkan radang pada sel dan mengukuhkan lapisan pertahanan pertama,
  2. Protein untuk menguatkan struktur kulit, meningkatkan pengeluaran air liur, dan merendahkan peluang untuk kuman memasuki badan serta mengelak kulit kering.
  3. Vitamin dan mineral sebagai nutrien lengkap untuk badan berfungsi secara optimum.

Lapisan Pertahanan Kedua

Apabila patogen menembusi lapisan pertahanan pertama, lapisan pertahanan kedua akan diaktifkan.

Antara sel yang bertanggungjawab di lapisan pertahanan kedua adalah makrofaj, sel darah putih, sel pembunuh semulajadi, interferon dan seterusnya akan mengaktifkan tindak balas imun.

Sel darah putih yang merembes bahan kimia untuk membunuh bakteria.

Makrofaj untuk menelan bakteria dan memusnahkan.

Sel pembunuh semulajadi untuk mengenalpasti sel yang rosak contohnya sel kanser.

Pada peringkat ini lapisan pertahanan kedua akan memberikan tindak balas keradangan. Apabila patogen menyerang sel badan, tisu yang cedera dan makrofaj melepaskan histamine yang memulakan tindak balas keradangan. Apabila histamine dilepaskan, suhu badan kita akan meningkat dan reseptor sakit diaktifkan. Pada masa ini, sel darah putih memasuki ke kawasan yang dijangkiti.

Untuk mempertahankan lapisan kedua ini, badan kita memerlukan nutrisi yang boleh,

  1. Merangsang penghasilan interferon secara semulajadi seperti plantago seeds, Japanese Honeysuckle, Safflower dan Pumpkin Seeds iaitu Nutriferon,
  2. Merangsang penghasilan sel darah putih seperti Bawang Putih
  3. Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan aktiviti sel darah putih seperti Carotenoid.

Nutriferon ialah bahan yang merangsang interferon, sejenis protein. Interferon berfungsi untuk mengaktifkan sel darah putih. Pentingnya bahan seperti nutriferon ini untuk merangsang interferon agar ia dapat memberi signal kepada sel-sel tubuh yang lain untuk menghalang virus daripada memasuki badan kita.

Kajian dan pembangunan inteferon memakan masa sehingga 50 tahun. Dr. Yasuhiko Kojima telah memulakan kajian imunologi sejak tahun 1932 lagi. Memetik ucapan beliau “Hari ini dalam bidang perubatan, interferon diberi melalui suntikan. Tetapi ia akan menyebabkan kesan sampingan”. Kesan sampingan yang dimaksudkan beliau adalah…

  • Muntah
  • Cirit Birit
  • Penipisan rambut
  • Tindak balas alahan
  • Denyutan nadi meningkat
  • Anorexia
  • Bilangan Platlet rendah
  • Bilangan Sel Darah Putih Rendah
  • Fungsi buah pinggang dan nadi merosot

Interferon secara farmaseutikal boleh didapati di hospital dan kos satu suntikan interferon boleh mencecah sehingga RM3000.00! Pendekatan ini kurang digalakkan kerana ia bertoksik dan menimbulkan kesan sampingan seperti di atas.

Dr. Yasuhiko Kojima percaya bahawa ‘pencetus interferon’ boleh diwujudkan secara semulajadi, beliau

  • menggunakan lebih 40 tahun untuk menyaring dan mengkaji beribu-ribu sebatian dari 200 herba,
  • mengasingkan empat ekstrak tumbuhan yang luar biasa untuk meningkatkan penghasilan interferon badan secara semulajadi

Penggunaan Nutriferon juga disokong oleh 4 kajian klinikal iaitu,

  1. Ushiroyama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. Clinical Efficacy of EH0202, a Kampo formula, on the health of middle-aged women. Am J Chin Med. 2004; 32(5):775-770.
  2. Ushiyorama T, Yoshida S, Tadaki K, Ikeda A, Ueki M. A pilot study of a Kampo formula, EH0202, with intriguing results for menopausal symptoms. J Altern Complement Med.2004 Apr; 10(2):397-399.3.
  3. Kaji K, Yoshida S, Nagata N, Yamashita T, Mizukoshi E, Honda M, Kojima Y,Kaneko S. An open-label study of administration of EH0202,a health-food additive, to patients with chronic hepatitis C. J Gastroenterol. 2004 Sep; 39(9): 873-878.
  4. Kubo M, Hashimoto Y, Yoshida S. The effect of health food containing EH0202 on physical and mental symptoms accompanying menstruation in women with premenstrual syndrome (PMS). Clin Pharm There. 2004; 14(2):129-142.

Lapisan Pertahanan Ketiga

Bertindak balas apabila lapisan pertahanan kedua tidak mencukupi dan jangkitan telah tersebar luas. Komponen yang penting adalah antibodi, juga disebut sebagai immunoglubins. Ia berfungsi untuk mengenalpasti dan membantu memusnahkan antigen asing atau sasaran seperti virus dan bakteria (antigen).

muscadine-grapes

Nutrisi yang penting untuk sistem pertahanan ketiga adalah resveratrol yang membantu untuk…

  • Meningkatkan aktiviti sel pembunuh semulajadi (sel NK)
  • Memperbaiki dan melindungi sel DNA.

Resveratrol membantu meningkatkan fungsi pembunuh semuladi sel di lapisan pertahanan kedua dan membantu melindungi DNA di lapisan pertahanan ketiga.

Oleh itu, pentingnya tubuh badan kita dilindungi setiap masa agar tidak dicerobohi sehingga menyebabkan badan kita dijangkiti virus dan bakteria yang membahayakan.

Suka atau tidak, langkah pencegahan harus diamalkan kerana setiap hari badan kita terancam dan jangkitan yang didapati adalah melalui sentuhan.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Jumpa lagi.

xoxo

cik mien

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.