Shaklee Convention 2017

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Wow! Rasa berbaloi yang amat selepas balik daripada konvensyen. Terus berdesup aura positif daripada leader2 yang naik ke pentas. Pelbagai cerita suka duka mereka berkongsi dan di sini Cik Mien nak catatkan serba sedikit perkongsian mereka agar menjadi pencetus semangat kepada anda semua.

Cycle yang lepas sebanyak 7 Master Coordinators dilahirkan. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang dan yang pasti mereka mempunyai matlamat yang sama. Cik Mien pilih 4 kisah menarik daripada 7 orang yang menaiki pentas.

Master Nurliyana, 29 tahun sangat cantik orangnya. Kata beliau sebelum ni banyak menceburkan diri dalam banyak biz dan akui kurang fokus kerana terlalu mengejarkan jualan. Sehinggalah beliau membuat keputusan untuk berhenti kerja dan mula fokus dengan biz Shaklee. Tips daripada beliau sentiasalah berada dalam circle yang betul.

Master Siti Norshuhaida pula berkongsi kisah naik rank Coordinator barulah hasben membuka mata dan menyertai beliau dalam biz Shaklee. Pada beliau usia muda bukanlah waktu untuk berhibur tetapi perlu lebih bekerja keras dan pandang jauh ke hadapan.

Master Dr Hasifah, Cik Mien paling suka dengan perkongsian beliau. Sangat comel di sisi suami yang kacak. hehe… Sedang hamil anak ketiga berkongsi kisah betapa peritnya pengorbanan beliau. Sebetulnya beliau dikira amat berjaya dalam profesion kedoktoran tetapi berani meletakkan jawatan untuk memilih serius dalam biz Shaklee. Sebab ini kata2 beliau ‘even if I am a good worker but still I am not a perfect mother’. Pesan beliau untuk menjadi lebih berjaya perlulah ada ilmu, tenaga, masa dan kerja keras serta mempunyai BIG WHY yang kuat. Beliau sendiri semasa masih dalam alam pekerjaan yang menuntut beliau bekerja dari 9 pagi hingga 11 mlm, balik kerja tidurkan anak2 dan mula menggali ilmu biz Shaklee sehingga pukul 3 pagi pada setiap hari.

Master Nur Adilah Manaf dan Nur Azrul Fahmy, mereka adalah Master Coordinator daripada group besar kami yang dinaungi oleh Master Zainul Anuar dan Lyna Noh, Ireach. Cik Mien kenal mereka dari rank Key Coordinator. Akui mereka terlalu stuck di rank tersebut dan dah tak tau nak buat apa sehinggalah mereka mendapat jawapan daripada upline mereka dengan soalan ‘Adakah kamu dah buat yang terbaik ke atas usaha yang telah dibuat?’ Jadi kuncinya balik kepada asas dalam biz Shaklee iaitu 3S-Sharing, Sponsoring dan Servicing. Pesan mereka lagi untuk lebih berjaya dalam biz Shaklee buat dengan betul dan cara yang betul.

Itulah secebis catatan sepetang konvensyen dan paling grand sekali adalah perkongsian daripada Master Zainul Anuar dan Lyna Noh. Sangat kreatif kerana mereka menyampaikan kisah dan liku perjalanan dalam bentuk sketsa suami isteri. Bila melihat pasangan ini jelas mereka sangat serasi dan susah senang bersama. Fuh yang ni memang panjang kisahnya.

Pesanan pasangan ini kepada kami semua…

-Nak push diri untuk berjaya mesti ada BIG WHY

-If you fail to plan, you are planning to fail

-Fokus pada satu biz

-Buat biz dengan cara betul

-Fokus pada online dan dalam masa yang sama turun padang buat coaching

-Jangan perang harga, umpama kereta Ferrari dan Myvi. Kenapa tidak Ferrari berharga seperti Myvi? Begitulah Shaklee. Ia tidak boleh disamakan dengan produk lain kerana Shaklee yang terbaik, No. 1.

-terakhir yang sempat Cik Mien dengar sebelum solat, set misi kita untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih sihat daripada sebelum ini. in sha Allah amin..

Sebelum akhir kata, saksikan video pendek ini oleh Abam Munz, ireachian merangkap juruvideo.

Shaklee Convention 2017

Seronok admin join Shaklee Convention (SC) 2017 semalam. Banyak goodies, ade artis & lucky draw barang Apple & Samsung! Walau habis lambat, puas hati tunggu sesi guest speaker utama. Siapa lagi kalau bukan pasangan si #iReachFounder.Dah macam acara Shaklee meraikan mereka berdua pula admin tengok. Siap satu-satunya yang keluar dari belakang stage, video drama preview, dapat hotel free & pencabut nombor lucky draw grand prize yang paling last.Ke sebab group #iReachShaklee ni yang paling best? 🤔🤔🤔Sambil korg fikir-fikir, meh layan video ni dulu. Video highlight SC semalam. #iReachStory #iReachSC #iReachFamily*p/s: Dan, kalau korg nak baca full speech Main Guest Speaker; Master Lyna & Master Z, KLIK link di bawah,-> http://bit.ly/2pDRVU9

Posted by iReach on 29hb April 2017

xoxo

Cik Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

Leave a Reply

CommentLuv badge