Supplemen Shaklee Boleh Memudaratkan Buah Pinggang, betul ke?

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sihat semua,

Banyak orang maksudnya bukan seorang dua pernah mempunyai berfikiran ambil supplemen Shaklee boleh merosakkan buah pinggang.

Sebelum tu pernah terfikir ke apa punca buah pinggang boleh rosak? Kalau nak tahu meh Cik Mien tolong senaraikan…

  • keturunan
  • jangkitan bakteria dan kuman
  • kerosakan disebabkan penyakit darah tinggi
  • kerosakan disebabkan penyakit diabetes melilitus
  • penyakit berjangkit yang merebak ke buah pinggang contohnya kanser
  • mengambil terlalu banyak bahan bertoksik seperti asam, bahan racun serangga dalam buahan dan sayuran, makanan segera
  • buah pinggang terbeban dek kerana pengambilan ubat-ubatan untuk penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, antibiotik, steroid, dadah dan yang berkaitan

Sebenarnya kerosakan buah pinggang bergantung juga kepada taraf kesihatan buah pinggang masing-masing, jenis supplemen yang diambil dan berkemungkinan pesakit mempunyai sakit kronik yang dia sendiri tidak menyedari. Jadi berhati-hati ketika memilih supplemen kerana kebanyakan yang ada di pasaran adalah jenis sintetik. Supplemen Shaklee adalah semulajadi sebab tu ia mudah diserap dan dihadam oleh tubuh badan kita.

Alahai…Cik Mien terkejut juga lah dengan kata-kata berkenaan sebab Cik Mien dah jumpa seorang nenek pengamal tegar Shaklee selama lebih 20 tahun, Alhamdulillah sihat dan berjalan elok je. Dan lagi leader kami yang dah ke Shaklee International Conference di US, mereka juga jumpa leader dari negara luar yang berumur 60-80 tahun yang mengamalkan Shaklee sejak usia mereka 30-an.

Di sebalik kata-kata begini, raaamaiii…haaa….Cik Mien tulis raaaammaai lagi yang tak tahu yang produk Shaklee, satu-satunya jenama yang dibenarkan oleh pihak NASA untuk dibekalkan kepada para angkasawan mereka. Begitu tinggi kualiti Shaklee sehinggakan mampu mengatasi mutu dan piawaian yang ditetapkan oleh NASA.

Mereka dan kami di sini juga masih dan tetap setia mengamalkan Shaklee kerana baru-baru ini Shaklee dah buat pendedahan. Haa…nak tahu?

Kisahnya Shaklee telah menjalankan #landmarkstudy yang membongkar mengenai kesan pengambilan Shaklee untuk jangkamasa 40-50 tahun. Kajian ini dijalankan sebab Mr. Roger Barnett nak pastikan syarikat Shaklee yang dibelinya ini benar-benar menghasilkan produk yang bermanfaat kepada semua orang. Bukan itu sahaja, Mr. Roger nak tahu sejauh mana kesan manfaat tu kepada mereka yang mengamalkan Shaklee.

Bila Cik Mien dikhabarkan usaha Mr. Roger ni, teringat dengan video oleh Prof. Muhaya yang pernah mengingatkan kita kalau nak berniaga sesuatu produk, pastikan produk tersebut memberi manfaat sebaiknya kepada pengguna. Tanggungjawab kita sebagai peniaga untuk memberikan produk yang kita sendiri amalkan dan tahu kebaikannya.

Allahuakbar, Cik Mien terasa seram sejuk dengan peringatan Prof dan bila keputusan #landmarkstudy ni keluar (boleh layari website ini), rasa syukur sangat sebab ternyata mereka yang mengamalkan Shaklee adalah golongan yang berisiko rendah daripada mereka yang tidak mengamalkan apa-apa supplemen dan juga mereka yang mengamalkan supplemen jenama lain.

Malah keputusan ini juga dihantar kepada third party untuk mengesahkannya agar orang tidak sewenang-wenangnya mengatakan Shaklee buat kajian syok sendiri.

Kos kajian ini? Sudah tentu memakan kos yang tinggi kepada Shaklee tetapi atas dasar tanggungjawab kepada pengguna setia mereka sanggup tanggung.

Jadi, dengan keputusan landmark study ni Cik Mien simpulkan kita patut bersyukur kerana dalam lambakan produk di pasaran, masih ada yang terbaik dan ia adalah Shaklee. Jangan le termakan dengan ayat-ayat promosi nak putih dalam masa 3 hari, nak kurus dalam masa 7 hari. Memang laris produk sebegini tetapi baik check dulu kandungan serta kajiannya.

Shaklee yang mengeluarkan supplemen dengan dilengkapi kajian oleh para saintis sendiri tidak mampu untuk menjanjikan kesan yang begitu drastik kerana Shaklee menggunakan bahan semulajadi sepenuhnya. Fungsi setiap supplemen Shaklee adalah membaik pulih sel dalam badan jadi sudah tentu mengambil masa untuk memulihkan kembali kerosakan/fungsi organ yang terlibat. Sekurang-kurangnya berilah masa sehingga 90 hari untuk sesuatu supplemen bertindak balas kepada badan kita.

Sebelum menutup kata, Cik Mien cadangkan supaya anda sebagai pengguna bijak perlu bertanya soalan begini sebelum membeli…

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge