Supplemen Untuk Detoks Sebagai Penawar Buang Cacing Dalam Perut

Salam ceria semua,

Entry yang lepas Mien ada berkongsi tentang 4 Cara Detoksifikasi Badan, jadi kali ni Mien nak cerita lebih sket apa yang kita patut tahu tentang men’detoks’kan parasit dalam tubuh badan kita.

Apa itu Parasit?

Selain kuman, bakteria, syaitan, tubuh badan kita juga adalah rumah kepada organisma kecil yang dipanggil parasit.

Parasit adalah organisma yg masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrient kita, dan meninggalkan toksin pula kepada kita! Pendekatan parasit umpama tetamu tak diundang yang menyusahkan.

Antara parasit yang berumahtangga dalam tubuh kita ialah cacing. Haaa jangan ingat cacing ada dalam perut aje tau.

Parasite-in-Gut-720x340

Jenis-jenis cacing yang biasa menyerang manusia adalah cacing tambang (paru paru dan usus), anisakis (cacing dalam ikan dan biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru paru, otak dan hati), Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense), dan banyak lagi.

Kita perlu tahu yang cacing boleh ada di dalam mana-mana organ dalaman badan kita iaitu paru paru, hati, pankreas, mata, malah otak juga.

Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.

Simptom Jangkitan Parasit

SERANGAN PARASIT pada tubuh manusia adalah sejenis penyakit yang tersembunyi. Simptom yang diberi oleh jangkitan parasit ni menyamai simptom penyakit lain, jadi tak ramai orang sedar sebenarnya mereka mengalami masalah parasit. Kemungkinan ramai orang juga tidak sedar yang mereka hanya menyelesaikan masalah/sakit mereka yang bukan daripada punca sebenar iaitu parasit.

Cuba semak simptom parasit ini, adakah anda membelanya?

– kelesuan
– stress
– tekanan perasaan
– sering dalam keadaan ‘blur’
– kembung
– berat badan menurun
– alergi
– sensitif terhadap makanan/persekitaran
– sering sakit
– kegatalan pada bahagian sulit
– sakit otot & sendi
– sembelit atau cirit-birit
– ketidakstabilan haid
– ekzema
– teringin benda manis
– sukar tidur dan sukar bangun
– eye floaters

Kesan jangkitan parasit yang tidak dirawat amat bahaya. Ia boleb menyebabkan kanser!

-Stomach-Worm-Life-Cycle

Bagaimana Menyahkan Parasit?

Sebab itulah kita kena amalkan detoks badan. Dengan kata lain kita nak buang toksin dalam badan kita.

Badan kita ni sebenarnya banyak toksin. Toksin bukan saja datang daripada makanan, tetapi dari udara yang tercemar oleh asap rokok dan kenderaan, barang-barangan yang kita guna dan juga parasit.

Satu lagi yang kita perlu buang ialah heavy metal yang terkandung di dalam badan kita. Tahukan air adalah agen paling penting untuk pengoperasian tubuh badan kita. Jadi air paip yang kita minum mengandungi plumbum, ikan yang kita makan ada merkuri dan sebagainya. Benda yang sebegini tak elok dan tak boleh berada dalam badan kita. Ia boleh menganggu fizikal dan mengancam dalaman badan kita.

Antara langkah-langkah yang kita boleh lakukan…
1. Parasit hidup gembira bila ada bekalan gula, jadi benda pertama kita kena buat ialah kurangkan pengambilan gula.

2. Makan makanan yang mengandungi ‘anti-parasit’ seperti nanas, betik, kranberi, buah tin dan biji labu.

sumber makanan untuk matikan parasit

3. Mengambil makanan yang tinggi kandungan Vitamin A, B Compleks, Vitamin C, Vitamin D, Vitamin K, Kalsium, Protein dan Zat Besi.

4. Mengambil makanan yang tinggi serat.

5. Mengamalkan bawang putih kerana ia mengandungi sulfur semulajadi yang boleh menghalau parasit.

7. Minum air bertapis secukupnya.

8. Mengamalkan kismis terutama untuk anak-anak.

9. Elakkan memakan tumbuhan yang tumbuh di dalam parit.

10. Basuh dan masak makanan dengan sempurna sebelum memakannya.

11. Cuci pakaian dalam, cadar dan selimut secara kerap dengan air hangat.

12. Pastikan seisi rumah mencuci tangan dengan bersih terutama selepas menggunakan tandas dan sebelum mengendalikan makanan.

13. Cuci rumah dengan kerap, terutama bilik tidur. Jangan lupa gunakan Basic H!

 14. Amalkan set asas detoks Shaklee untuk singkirkan parasit iaitu Herblax, Nutriferon dan Garlic Complex. Ini adalah set asas untuk singkirkan cacing dari organ dan keluarkannya dari badan melalui usus serta menguatkan imuniti badan kita daripada dihuni oleh parasit.

Manfaat Set Asas Detoks Shaklee

Herblax adalah produk Shaklee yang sememangnya bertujuan untuk detoks usus.

Sebotol herblax mengandungi daun senna (bukan daun inai ye), akar rhubab, blue mallow, akar culver, akar likoris, kulit kayu buckthron, daun alfalfa, bunga lawang, dan buah pelaga. Kesemua ini adalah bahan tradisional untuk mencuci usus kita.

Nutriferon pula membantu untuk menguatkan imuniti badan kita. Kandungan utama di dalam Nutriferon adalah biji labu yang sememangnya agen yang mampu menyingkirkan parasit.

Garlic Complex, iaitu bawang putih bertindak untuk menghalau parasit. Setiap tablet mengandungi sebanyak 500mg bawang putih. Dalam Garlic Complex ni juga boleh memberikan khasiat Vitamin A, B dan C yang diperlukan untuk menghalau parasit.

set asas detoks

Untuk memaksimumkan proses detoks, kita juga boleh mengambil DTX dan Alfalfa.

DTX membantu untuk mendetokskan hati iaitu membuang benda-benda asing dari hati kita. Alfalfa pula membantu untuk mendetokskan badan kita secara keseluruhan.

Buang parasit yang bersarang dalam diri kita! Banyak masalah kehidupan yang timbul disebabkan mereka!

Hubungi admin segera untuk pesanan set anti parasit dan tips untuk menyingkirkan parasit dari tubuh kita!

Untuk tempahan segera boleh klik ikon di bawah ini.

esell

Atau hubungi saya di…

Mien

Shaklee ID: 1094977

PM/WA : 0123813525

FB Page : Healthy Inside.co

COD: Kajang | Bangi | Putrajaya

2 Comments

  1. Fatin February 9, 2016
    • Mien February 10, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge