Syamim Ziyad turn 1 years old ++

Alhamdulillah tiada yang lebih indah melainkan dapat melihat anak-anak membesar di depan mata kita. Syukur sepanjang membesarkan mereka Cik Mien dipertemukan dengan orang yang ikhlas untuk menjaga dan menyayangi anak-anak ketika Cik Mien bekerja. Untuk Cik Mien, memang dilema bila mana setiap kali melahirkan, nak mencari pengasuh yang boleh diamanahkan untuk menjaga anak-anak.

Bila mana setiap kali pulang dari bekerja, dapat tatap dan belai anak adalah momen yang ditunggu. Setiap bulan tak sabar melihat perkembangan mereka lebih-lebih lagi si kecil, Syamim Ziyad. Kakak dan abang juga tak sabar untuk mengajak adik mereka bermain.

IMG_8560

26hb Oktober 2016, tarikh Syamim Ziyad genap umur 1 tahun. Yeah happy belated birthday lil syamim. Sorry le entry ni sedikit lambat. Untuk anak-anak Ummi wajib ada entry umur setahun.hehe…

Walaupun umur dah setahun tapi masih belum dicucuk imunisasi lagi.huhu… Ummi ni sibuk memanjang dan dah 2 kali pinda tarikh. In sha Allah 28hb Disember ni kita pergi ke klinik ye.

Alhamdulillah Syamim ni kira cepat juga dia berjalan sebab masuk je umur setahun dah dapat kaki. Awal dulu Cik Mien cukup risau kalau Syamim berjalan terjengket-jengket dek kerana pengasuh gunakan walker. Mujur le tak berlaku begitu. Sebab kebanyakan anak yang menggunakan walker akan mengambil tempoh yang lebih sedikit untuk menyesuaikan diri semasa belajar berjalan. Biasanya akan berjalan terjengket seperti kedudukan dalam walker. Tetapi Syamim sebaliknya. hehe…Ok je dia mengimbangkan badan ketika berjalan.

Anak ketiga ni lah baru Cik Mien kenal buaian. hihi….2 orang anak sebelum ni mana pernah kami ajar tidur dalam buai. Dek kerana pengasuh terpaksa guna buaian jadi di rumah kami pun terpaksa lah ada buaian. Mujur tak perlu beli sebab pinjam adik Cik Mien punya. Cuma kami tak de la sehingga kena mengangkut buaian ke mana-mana. Belum tahap gian buaian lagi lah.hehe…Bila dah setahun Syamim dah tak berapa suka tidur dalam buai. Jadi selamat sudah Cik Mien packing buaian tu dan pulangkan semula kepada adik.

Untuk rekod peribadi Cik Mien, rasa syukur amat sangat rezeki menyusu anak kali ni dipermudahkan olehNya. Tak dinafikan akan cabaran sepanjang penyusuan dan ada masa tertentu rasa nak menyerah kalah je. Maklum lah kerjaya Cik Mien kadang-kadang out station dan mesyuarat berjam-jam lamanya hampir-hampir menenggelamkan semangat menyusu tau. Tapi bila mengenangkan ada orang lebih dahsyat lagi cabarannya berbanding apa yang Cik Mien hadapi buat diri ini rasa lebih bersemangat.

Tak dinafikan anak ketiga memang banyak akalnya sebab suka mengikut apa yang kakak abang dia buat. Antara ketiga-tiga anak, Syamim ni Cik Mien kategorikan sangat lasak. Mana tak nya pantang dibiarkan habis kerusi meja dipanjatnya.

Kegemaran Syamim yang lain ialah suka sangat main remote TV. Teruja bila apa yang ditekan pada remote tu sebab semua akan menjerit. Mana tak nya sedang kita syiok menonton TV boleh pula Syamim main remote.hihi…

Dan sekarang dah ada beberapa patah perkataan yang Syamim boleh sebut seperti Mie, Ba dan Nak. Gigi pun dah naik 6 batang, 4 batang di atas dan 2 batang di bawah. Suka benar menggigit pipi dan tangan kami.hihi…

Cik Mien sudahkan entry ini dengan gambar dan video semalam semasa beriadah di Dataran Putra, Putrajaya.

Salam berhujung minggu semua…

Gaya macam budak besar😅#liveamazing#theziyads

Posted by Sharminie Zainul Abidin on 17hb Disember 2016

 

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge