Tempat Menarik Sambut Birthday Anak di Kuala Lumpur

Bila sebut Kuala Lumpur atau KL ke rasa bunyi macam gah je.  KL ni pasti kita akan remark mahal, sibuk, stress dan meriah. KL boleh dikatakan kawasan jajahannya sangat luas tau. Kali ini Cik Mien bawa korang tempat menarik sambut birthday anak di Kuala Lumpur yang banyak orang tak tahu.

Tempat Menarik Sambut Birthday Anak di Kuala Lumpur

Sebelum korang memilih lokasi, ada baiknya kita survey mengikut bajet dan juga apa makanan yang kita nak makan serta lokasi dari rumah. Masa Cik Mien nak putuskan ke mana kami nak makan, tekäk Cik Mien ni duk rasa nak makan daging je. Adik plak rekomenkan makanan thai. Tak terasa sangat tekak ni nak makan thai food jadi Cik Mien browse restoran yang menawarkan menu daging steak di sekitar kawasan yang jaraknya 15 ke 20 minit perjalanan.

Antara lokasi dalam senarai Cik Mien:

  1. Las Vacas, Kelana Jaya
  2. Meat Point TTDI KL
  3. Me’nate Shah Alam
  4. Beard Brothers

Memandangkan lokasi 1 dan 3 kami pernah cuba, lokasi 4 tu reserve next trip. makanya Cik Mien pilih untuk sambut birthday Syamim Ziyad yang ke 3 tahun di Meat Point TTDI KL. Hari kejadian 28 October 2018. Lewat skit sambut dari date birthday 26 October.

Kami sampai ke lokasi jam 6 petang. Cik Mien sengaja pilih waktu awal sebab keesokannya hari isnin kami semua bekerja dan anak juga bersekolah. Of course abah dan ayie orang yang paling rileks pasal sorang dah pencen dan sorang lagi mode bercuti.

Waktu ini adalah masa yang tepat bagi Cik Mien kerana agak lengang, kami conquer satu restoran bahagian dalam. hahaha…Di pintu masuk ada sticker JJCM, foodpanda dan etc. Memang dah glam sungguh tempat ni Cik Mien je yang baru nak jejak.

meatpoint TTDI

Pic credit to timchew.net

Mula-mula masuk je terasa tempat ini sangat chill, rileks, dan cozy. Sangat sesuai untuk korang yang nak sambut birthday dalam keadaan mood yang tak ramai orang.

Sampai je kita boleh nak pilih sendiri jenis daging yang kesukaan kita atau boleh juga bagi waiter tu pilihkan. Kami sekeluarga semuanya pilih sendiri. Bab harga ni Cik Mien akui agak pricey berbanding dengan restoran steak lain.

cara memilik daging steak yang sedap

Pic credit to blog radinfadli.com

Pinjam gambar dari blog radinfadli.com, maklum la anak2 duk rembat tepon sampaikan hilang ketenangan untuk bergambar.

dalam peti ais ni kita boleh pilih nak makan daging lembu, kambing, salmon atau scallop. ikut selera masing2.

Sementara menunggu makanan sampái, klik klik kamera tepon gambar besday boy ngan kek spidey dia.

happy birthday syamim ziyad ke 3 tahun

Birthday Cake Tema Spiderman

tips pilih tema kek birthday anak

cara sambut birthday anak paling simple

paling Cik Mien suka selain pilihan yang segar, servisnya sangat la cepat. sambil menunggu dapat free hot bun dan tak sampan 15minit, steak terhidang di depan mata.

Cik Mien dan Dania Ziyad suka kambing jadi satu plate ni kami kongsi berdua pun cukup! jemput makan ye.

cara pilih masakan untuk daging steak

Selesai makan dan solat, barulah acara kemuncak nyanyi lagu birthday, tuip lilin dan makan kek!
cara sambut birthday yang ke 3 tahun
Tempat Menarik Sambut Birthday
tempat menarik sambut anniversary
Sesi buka hadiah, tadaa….
hadiah harijadi impian anak kecil
Kenangan Sambut Harijadi Anak

Kemudahan Lain Yang Disediakan di Meat Point TTDI KL

ohh ye, fyi di sini ada disediakan sedikit ruang untuk kita bersolat. bagi Cik Mien itu pun dah cukup memadai dan untuk wanita sila bawa telekung sendiri ye. kemudahan tandas juga sangat selesa dan ada disediakan paip khusus untuk kita ambil wudhu’.

Doa dari Ummi untuk Syamim Ziyad

alhamdulillah, syukur Syamim Ziyad membesar dengan sihat di samping abang dan kakaknya. doakan anak2 syurga kami kaya berjaya dunia dan akhirat. Semoga baba dan Ummi sentiasa dapat beri yang terbaik untuk keluarga kita. aminn
Untuk korang yang sedang survey tempat, boleh lah datang ke sini.
MeatPoint,
62, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail

Waktu operasi:

Isnin – Khamis:12pm hingga 10.30pm

Jumaat: 6pm hingga 11 pm

Sabtu & Ahad: 12pm hingga 11pm

 

2 Comments

  1. Amir Mazlan November 6, 2018
    • Mien November 9, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge