Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,
Cik Mien sebenarnya baaanyaak hutang entry untuk trip kami ke Osaka. Tapi jangan risau, Cik Mien akan cuba langsaikan seberapa yang boleh. Dah ada blog ni mestilah kita nak pulun bercerita kat orang. Dan yang lebih penting ialah boleh jadi rujukan pada diri sendiri untuk repeat trip yang akan datang. Kali ini Cik Mien nak kongsi dengan korang semua tips shopping di Osaka.
Trip 2 hari di Osaka sebenarnya sangat tidak mencukupi. Ditambah pula kami ni ramai. Nak bergerak pun mesti sama2 sebab ada yang tak nak berpecah. Sudahnya hanya mampu pergi 2 kali ke Don Quijote, Hard Off, Bic Camera dan Sinbaishi Street.
#1 Shopping di Don Quijote, Osaka
Sila sebut Don Ki Hote. Kami ke sini dengan aplikasi Google je. Ada macam2 barang dijual di sini. Ada jual fridge magnet, beg Anello, coklat kapal dengan harga 78 yen, chopstick Hello Kitty, tshirt, barang mainan, kostume, jam, dan banyak la. Yang pasti Cik Mien dan Kak Mel merembat souvenir sling bag Kate Spade untuk neni Lydzar Rusman dan purse Coach untuk mami kami Fara.
Owh ye, kalau nak tau kedai ni buka 24jam jadi korang boleh pergi tempat lain dulu dan singgah di sini sebagai destinasi akhir. Sebab kedai lain sume kebanyakan tutup awal.
Ni laman web dan banyak cawangan rupanya, http://www.donki.com/ Pilih Language English ye.
Kedai ni bebas cukai siap ada counter untuk kita claim dengan menunjukkan resit pembelian dan passport.
#2 Shopping di Hard Off, Osaka
Kedai ni plak spesies tutup pukul 9.00 malam. Adeh memang bikin stress masa kami sampai di situ. Sebab tak perasan masa duk buat itinerari kami terlepas pandang waktu operasi.
Di sini banyak dijual handbag, barang mainan, baju, jam dan macam2 le. Kedai ni ala2 bundle yang sangat grand. Sebab kualitinya masih terjaga. Boleh leka membelek kalau dapat duduk lama.
Di Hard Off ni juga menjual barangan yang berkaitan dengan hobi seperti video game, CD anime, dan macam2 lagi.
Nak tahu lebih lanjut boleh layan laman web Hard Off.
Beza plak website dalam English dan Jepun. Yang Jepun banyak info tapi kita la plak tak faham hihihi….
Yang pasti harga di sini sangatlah murah dan boleh berbelanja dengan senang hati.
#3 Shopping di Book Off Super Bazaar, Osaka
Yang ni adik beradik dengan Hard Off, biasanya kedai Book Off dalam bangunan sama. Hari tu tak sempat nak jenguk area Book Off.
Boleh claim tax free untuk resit 5000Yen ke atas dan tak apply untuk consumables ye. Barangan pun lebih kurang yang dijual di Hard Off cuma dari segi harga Cik Mien tak dapat nak komen sebab memang tak sempat nak layan. huhu…
Nak lagi detail boleh baca kat laman web sini.
#4 Shopping di Den Den Land
Antara sebab kenapa Cik Mien rasa nak repeat trip Osaka sebab aritu tak sempat nak masuk kedai ni. Lebih kurang spesies dengan Bic Camera tapi lebih menarik. Kedai bebas cukai yang menjual kosmetik, jam tangan, handbag berjenama, barangan elektrik, barang mainan Gundam, video games, CDs, computer, digital camera dan banyak lagi.
Kalau baca review macam ala2 kedai Yodabaishi di Kyoto je. Tapi tak tahu la kan sebab dah aritu tak sempat masuk.
Kedai ni pun spesies macam hard off tutup pukul 9.00 malam. huhu…
Boleh baca detail kat laman web ni, joshin
#5 Shopping di Bic Camera
Kami sempat masuk untuk shopping di Bic Camera sebelum ditutup jam 10.00 malam. Ye, kedai ini pun spesies tutup awal. Barangan plak lebih kurang sama je dengan Den Den Land cuma yang buat Cik Mien suka kat sini ialah beg Anello. Harga di sini jauh lebih murah daripada yang Cik Mien jumpa di Yodabaishi dan Don Quijote.
Rakan Cik Mien, Zaleha dan Kak Nil memborong jam G-shock di sini. Cik Mien kurang berminat dengan jam spesies besar kat tangan. hihi… (sebab Cik Mien aim nak Apple Watch) hahahha…
Cik Mien rembat sling bag Anello untuk adik, lepas tu bila dah balik Malaysia rasa menyesal plak tak beli untuk diri sendiri. hadoi…
Kalau pandai baca Jepun boleh tengok laman web Bic Camera yang ini, tapi kalau nak translation boleh klik link ini, cuma pelik tak sebijik laman web versi asal.
Kedai ini juga sejenis bebas cukai jadi boleh claim terus ye masa nak bayar.
#6 Shopping di Brand Off
Ok ini pun double reason kenapa Cik Mien nak repeat lagi ke Osaka. Baca review dari laman web Brand Off ini pun dah cukup geram tengok handbag lawa2. Siap boleh beli dengan Paypal lagi.
macam ni memang geram kan. memang ku nak update dalam Vision Board nak ada beg LV sebiji. tulis siap2 beli kat Brand Off. dapat beli 2nd hand pun dah ok bagi Cik Mien. lagi pun beli barang 2nd hand di Jepun agak meyakinkan kerana di sana penjual jujur dan telus dalam urusan berjual beli.
kalau baca kat laman web brand off ni pun derang dah cakap awal2 konsep bisnes mereka adalah reuse dan recycle.
#7 Shopping di Shinsaibashi
Sekali lagi ini juga alasan Cik Mien untuk repeat lagi ke Osaka. Nak kata motif untuk shopping sakan tu idok le. Tapi yang pasti nak le merasa suasana tu, dan mana tau kalau compare harga memang lagi murah boleh beli dan jual balik. orang kampung kata kill birds with two stones.
Kalau baca di laman web tertentu, derang cakap kawasan kedai shopping ni bermuda dari jalan Dotonbori hingga ke jalan Nagahori Dori. Sepanjang jalan ni ada 180 buah arked. amek ko. haha mujur gak tak jumpa kalau tak mau rabak poket.
Nampak gambar di atas? Masa sampai di sini punya la Cik Mien ingat kami dah sampai di Shin sai bashi. Sebab kes kurang study ini lah jadinya. Rupanya salah wei. hahaha
Tapi ok je bila masuk ke dalam tu, ada pasar jual buah, ada kedai kain, jual baju dan handbag, cuma tak pasti la keaslian handbag tu. Tengok harga pun agak mahal walaupun kedai nya biasa2 je. Ala2 macam kat Central Market pun ada..
Kami beli buah strawberi yang sangat sedap, dan ada gak yang borong coklat kapal. Ada video live di FB masa kami membeli belah di sini. Geram je nengok ikan salmon yang segar bugar.
Ok rasa dah boleh tutup bab shopping di Osaka, next entry Cik Mien nak cerita plak kedai yang murah untuk kita beli souvenir dan juga JJCM Cik Mien sepanjang trip. Dan pengalaman yang tak boleh dilupakan juga pun ada.
xoxo
Cik Mien
Suka travel, Bebaskan Diri Daripada Rutin, Cari Pengalaman Di Negara Orang
Bestnye melancong kat Jepun. Zumal pun teringin juga pergi Osaka tu…
tu la ini pun nak kena repeat sbb byk tmpt x tercover aritu.huhu
teringin juga la nak ke Jepun..
nak pergi ke kawasan pergunungan dan sungai-sungai yang bersih tu
tapi kalau ke bandar bagus juga nak shopping barangan kulit.
mrhanafi recently posted…Disebalik Stori Mencari Cinta Sejati
next trip sy target nak pergi kawasan yg macam tu.hhehe
Best JJCM ni..lebih2 lagi di jepun n korea..memang best! teringin nak kesana nanti..
Elih Japahar recently posted…Jawatan Kosong Pembantu Operasi N11 Dan Pembantu Awam H11 – 219 Kekosongan
Skang mas bagi promo tix. Yg bestnya anak2 bayar separuh Harga. Cepat grab dan spend 10 hari Duk sana baru puas.
Wahhh suka betl part nih .maklum la kite orang pompuan mesti suka shoping kan .hehe tq cik mien . Tak sabar nak gemukkan layi tabung shoping . 😉
#kemanakitanih.
org laki pun bila tgk handbag utk isteri boleh dapat harga yang murah pun mau bergegar gak tulang rasuk dia hihihi….jom2 gemukkan tabung.
Thanks for sharingg !! Membantu di kala memerlukann
You are most welcome. Sila2 google blog Cik Mien bila nak travel ke sana ye.
Thanks for sharing
Dekat don quijote ke sis beli beg anello?
Dotonbori ke sinshaibashi?
beg anello member beli kat dotonbori. best shopping bag hihihi