Throwback Makan Malam di Ocean Hauz

Salam Hujung Minggu,

Apa plan korang di hujung minggu?

Haa…bagi mereka yang nak ke Bandar Baru Bangi boleh la singgah ke Ocean Hauz.

Restoran ni mengamalkan konsep makan lambak atas meja. Bagi yang ada baby kecil elok datang awal untuk dapatkan tempat duduk untuk keluarga. Sebab ruangnya sangat le terhad untuk pergerakan.

IMG_6989

IMG_6988

Dania Ziyad dan Syamil Ziyad di Ocean Hauz

Kunjungan kami ke Ocean Hauz ni dalam bulan September 2015. hihi… baru nak buat entry untuk kenang-kenangan.

Ada satu lagi restoran yang mengamalkan konsep sebegini-Shell Out. Daripada review katanya lebih kurang je kedua-dua restro.

Fes time datang memang teraba-raba dan tak berapa faham. Sebab tak de pun penyambut tetamu di pintu masuk. Nasib baik le zaman teknologi canggih sempat le study daripada blog mereka yang pernah ke sini. Untuk penambahbaikan elok ada penyambut tetamu atau signboard step by step cara order makan.

Nak diringkaskan…

1.Masuk restro cari meja yang kita nak duduk. Bila dah tenang baru ke step seterusnya.

2. Pilih seafood. Hati2 memilih kerana harganya juga boleh tahan mahal 😉

3. Beratur untuk buat tempahan dan bayaran. Semasa membuat tempahan, hulurkan seafood yang dipilih untuk timbangan dan jenis masakan.

4. Ada dua jenis masakan iaitu Garlic Pepper dan Lemon Butter. Kalau tak reti nak decide boleh minta mereka cadangkan.

5. Selepas bayaran dibuat, cashier akan serahkan no. order, set apron dan pelapik meja.

6. Sebelum ke meja, sila ambil segala kutleri untuk makan i.e tukul ketam.

7. Tunggu di meja dan staf mereka akan hantar ke meja bila dah siap masak.

Untuk hari tu kami order lala sepeket, udang 6 ekor, ketam 2 ekor. Air jus sorang satu, Jumlah bil dalam RM190++.

Review Mien…tengok anak2 memang suka meratah ketam dan lala yang dimasak garlic pepper tu. Ok la untuk sekali sekala belanja anak2 makan. Yang penting anak2 hepi.

Pada sesiapa yang nak datang ini alamatnya…

Restoran Ocean Hauz

No:13, Jalan 8/35,

Seri Bangi Commercial Centre,

Seksyen 8, Bandar Baru Bangi

p/s: restoran Me’nate yang femes tu pun dah buka cawangan kat Bangi tau. oh! my mmg syiok sungguh la.

6 Comments

  1. mrhanafi February 15, 2016
    • Mien February 21, 2016
  2. suhiminain February 17, 2016
    • Mien February 21, 2016
  3. Qaseh Vee February 23, 2016
    • Mien March 13, 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.