5 Tips Atasi Lemau Dalam Bisnes Supaya Kita Cepat Bangkit

Lemau dalam bisnes ialah rasa down, malas, tak suka, jadi lembik untuk buat bisnes. Perkara lemau ni tak boleh dilayan lama sangat. Harus segera bangkit sebelum bisnes kita ke laut.

Cik Mien akan jadi lemau bila segala usaha dah buat tetapi hasilnya masih tidak mencapai seperti yang kita mahu. Lepas tu mula dah rasa nak give up untuk meneruskan perjuangan.

Pernah juga terbit rasa lemau lesu buntu pada diri Cik Mien semasa menjalankan bisnes Shaklee ini. Bukan apa terkadang sibuk dengan kerja hakiki serta urusan peribadi membuatkan tumpuan untuk bisnes jadi ke laut.

5 Tips Atasi Lemau Supaya Cepat Bangkit

#1 Tips Atasi Lemau Dengan BIG WHY

Cik Mien akan tengok semula BIG WHY yang dah ditulis. Ingat balik kenapa Cik Mien perlu buat bisnes ini dan kenapa Cik Mien perlu teruskan.

Belum pernah dengar tentang BIG WHY?

Owh ok BIG WHY ialah perkara besar yang menggerakan kita untuk lebih berjaya. Setiap daripada kita pasti mempunyai BIG WHY masing-masing.

BIG WHY Cik Mien ialah syurga, ibubapa, suami dan anak-anak. Cik Mien nak bersusah sekarang untuk persediaan akan datang. Mereka lah yang mendorong Cik Mien kerana Cik Mien nak beli MASA. Cik Mien perlukan MASA untuk bersama mereka dan sudah tentu MASA untuk beribadat berbanding sekarang.

#2 Tips Atasi Lemau dengan VISION BOARD

Ye. Kita semua pasti ada impian kan? Jadi zahirkan impian itu dengan menepek pada dinding rumah kita. Atau di tempat yang kita selalu habiskan masa i.e pejabat, ruang dapur rumah.

Bila kita selalu refresh diri dengan melihat VISION BOARD, secara otomatik kita akan terus rasa bertenaga.

#3 Tips Atasi Lemau dengan AFFIRMATION

Salah satu yang berkesan pada Cik Mien ialah bila kita rasa diri down, ini Cik Mien buat.

Berdiri depan cermin, luahkan kata-kata pujian pada diri sendiri.

Katakanlah ayat-ayat positif.Contohnya, yang ini Cik Mien beri dalam English.

Rahsia Cermin Ajaib

Boleh google atau cari di pinterest. Korang download dan simpan imej dalam handphone.

Percaya Sebelum Berjaya

Dengan affirmation begini, kita telah menggerakkan minda separa sedar untuk bangkit esoknya dengan positif.

Affirmation

Teknik ini juga dipanggil sebagai Rahsia Cermin Ajaib (RCA). Cuba hari ini dan Cik Mien pasti korang akan kembali semula ke pangkal jalan bisnes masing-masing.

#4 Tips Atasi Lemau dengan DEATH BED EXERCISE

Yang ini bila Cik Mien amalkan otomatik terus bangkit dari katil. Cancel niat nak tidur.

Caranya:

Ambil pen dan journal kesyukuran masing-masing.

Bayangkan kita sedang di ambang kematian, memang saat terakhir kita di dunia ini.

Kenang semula pencapaian kita sepanjang hidup hingga saat ini, apa yang kita dah korbankan, kepuasan diri.

Senaraikan sebanyak 10 pencapaian.

Bayangkan kita memang dah nak mati, dan tiada kesempatan lagi untuk patah balik ke belakang. omputih kata NO TURNING BACK.

Bayangkan betul2 dan kita akan rasa nak menangis, seram, seriau, gerun.

Ini adalah salah satu motivasi untuk kita bangkit. Sepertimana Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W, pernah menceritakan motivasi terbesar kita ialah kematian.

Sekiranya kita masih belum sedar yang kita akan mati esok, kita akan seronok menangguhkan. Membuat perkara yang kurang berfaedah. Tetapi kalau kita sedar yang kita sudah tiada punya masa lagi, kita pasti akan tidak menoleh ke belakang lagi.

#5 Tips Atasi Lemau dengan KUASA DOA

Doa adalah alat yang mujarab bagi diri kita. Siapa pun kita samada beragama Islam atau bukan, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada Pencipta kita.

Selepas kita berdoa, kita wajib PERCAYA yang doa kita didengari. Dan kita wajib YAKIN yang apa jua kita minta pasti akan dapat. Kita sentiasa bersangka baik dengan Tuhan, di sebalik kesusahan yang kita alami pasti ada kesenangan.

Memetik ayat daripada buku ‘Percaya Sebelum Berjaya’ oleh penulis Zuhairi Nopiah, 3 perkara yang pasti berlaku bila kita berdoa;

  1. Doa dikabulkan di dunia
  2. Doa diganjari di Hari Kiamat
  3. Dijauhkan dari musibah

Selain itu, bangun solat malam juga sangat bagus untuk jaga kerohanian kita.

Cik Mien harap dengan perkongsian 5 tips atasi lemau ini membantu kita untuk terus meroket dalam perjuangan bisnes masing-masing.

In sha Allah Cik Mien pasti setiap apa yang kita lakukan jika disertai dengan niat ikhlas pasti kejayaan dapat diraih.

xoxo

Cik Mien

 

2 Comments

  1. mrhanafi February 9, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge