Tips Atasi Lemau Guna Cara Ini Untuk Cepat Bangkit

Lemau?
Down?

Dulu ye Cik Mien cepat lemau. Tapi bila dah rasa akibat lemau fuh taubat Cik Mien tak layan lemau dah aiih.

Rugi beb Kalau kita nak layan lemau. Pesan Cik Mien boleh nak layan tapi had kan. Berapa lama?
Layan la dalam sejam dua je lepas tu kita kena cepat2 bangkit.

Cik Mien Faham kita ni manusia. Yang kadang2 ada ketika kita rasa loser yang amat.
Kena marah dengan boss, kereta buat hal, anak kurang mendengar, bisnes stuck, buat semua benda tak jadi- ini adalah lumrah kejadian untuk semua orang.

Bezanya bagaimana kita nak uruskan?

#Tips Atasi Lemau Dengan Fikir Hari Ini adalah Hari ini

Tips Cik Mien mudah, padam terus. Jangan diingat langsung. Hari ini adalah cerita hari ini sahaja. Cukup.
Esok adalah hari baru saya. Esok pasti semua yang baik2 je datang untuk saya.

Alhamdulillah bila buat macam ni. Kita Jadi mudah nak lepas kan rasa lemau tu.

#Tips Atasi Lemau dengan Tulis dan Isi Checklist

Contoh,Kalau kita frust usaha nak turun kan berat badan tak menjadi, boleh frust beberapa jam lepas tu ambil pendek tulis kenapa kita kurang berjaya, kemudian apa tindakan kita untuk esok. Tulis.

Ada juga yang buat checklist. Rasa lemau bila tengok checklist dah tick tapi masih belum Ada hasilnya. Mula dah rasa buang masa ikut checklist dan lemau.
Walhal Kalau dibetulkan checklist tu dengan tambah atau gandakan lagi usaha mesti dapat hasilnya.

Jadi lemau tu memang rugi. Sampai kan ada orang pesan pada Cik Mien dan memang Cik Mien pegang sampai bila2 ayat ini.

Korang Pun Kalau ingat ayat power ni pasti korang akan terus Jadi macam tak kuasa la nak layan lemau nih.

#Tips Atasi Lemau dengan Doa yang spesifik

Dan paling mujarab: kuasa DOA. Minta dengan Dia yang mencipta kita. Ingat Dia, minta dan merayulah Pasti Dia akan beri kita kekuatan yang kita mahu.

Tengok komen untuk ayat power ye.

 

tips elak lemau

xoxo
Cik Mien

One Response

  1. anies March 7, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge