Tips Atasi Struggle Dalam Bisnes

Nak berjaya bukan mudah.
Dah berjaya pun nak maintain bukan mudah juga.
Setiap proses tu memerlukan kita struggle dalam membina dan mencapai kejayaan yang kita mahukan.
Setiap Kali Master celebration mereka yang dah berjaya ini juga mempunyai cerita struggle masing2. Tak de plak mereka cerita pejam mata buka je mata terus naik Master. Nan hado.
Jadi biz shaklee ni adalah bisnes realiti yang sama cabarannya dengan bisnes lain.

Dalam nak capai target atau impian, Cik Mien akui sangat struggle. Lebih-lebih lagi kita yang buat Shaklee secara part time.
Balik daripada kerja Cik Mien perlu fokus dengan keluarga dan bisnes.
Mula2 agak kalut juga sebab nak cuba kawal apa yang kita mampu dan tak mampu buat.

Dulu memang sokmo kecundang. List to do banyak yang execute nya satu je. Kecewa? Mau tak kecewa.

Masuk kelas tips fokus dan urus masa, tanya upline dan sideline, beli buku dan ebook, ini semua semata2 nak cari penyelesaian ke atas masalah untuk fokus dan urus masa. Dah ada ilmu cuba praktikkan. Alhamdulillah baru sekarang Cik Mien dapat tune.

Sebenarnya nak fokus dan urus masa bukan masalah biasa. Ia adalah sangat luar biasa. Sebab ada ketika situasi jadi berbeza. Ada masa bila ahli keluarga kita ditimpa musibah, kita pasti terkesan. Apa yang kita rancang mesti berubah. Sebab tu orang yang berjaya adalah orang yang bijak urus masanya dan berdisiplin.

tips atasi struggle dalam bisnes
Ambil semua ini dari sudut positif. Bukan senang nak jadi senang. Banyakkan berdoa minta kelapangan masa untuk urus kerja Hakiki, keluarga dan bisnes.

Inilah yang selalu Cik Mien buat bila kita rasa stress tak tahu nak mula satu😅lepas berdoa, buat list dan susun ikut prioriti. Untuk kerja rumah, Cik Mien tak de bibik. Ini pun struggle juga nak menyusun mana satu perlu buat. Dulu rasa macam Aku lah superwoman yang boleh buat semua dalam masa 24jam sedangkan ada kerja yang tak perlukan kita buat pun setiap hari.

Banyak juga tips yang Cik Mien dapat terutama sekali nak uruskan baju yang menggunung tu.
Apapun yang penting jangan mengalah. Semua orang kehidupan tak sama tapi kita mampu ke depan dengan kelebihan diri kita.

xoxo
Cik Mien

Yakin suatu hari nanti pasti berjaya

Leave a Reply

CommentLuv badge