Tips Bercuti Di Air Terjun Supaya Percutian Lebih Bermakna

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sungguh hiba hati ini bila mendapat berita mengenai kehilangan 5 ahli keluarga Adik Mohd. Hasif dalam sekelip mata. Beliau satu-satunya ahli keluarga yang terselamat daripada tragedi lemas ketika berkelah di Air Terjun Belukar Bukit Hulu Terengganu. Al-fatihah buat ahli keluarga Mohd. Hasif.

Foto Rozainah Zakaria

Foto Rozainah Zakaria

Musim cuti persekolahan di Malaysia sangat sinonim dengan aktiviti perkelahan samada di tepian pantai atau air terjun. Oleh itu, aspek keselamatan sepanjang aktiviti yang dijalankan perlu diambil kira bagi mengelak kejadian malang yang tidak berbau.

Di sini Mien nak kongsi serba sedikit tips ketika berkelah di Air Terjun untuk korang yang dikasihi…

Adakan Survei Dulu

Ye Mien faham kadang2 lokasi air terjun yang kita nak pergi ni sebelah kampung je. Senang cite tak de hal la sebab dah kampung sendiri kan. Apa pun elok tanya penduduk kampung supaya boleh update mengenai keadaan lokasi. Mungkin last kita mandi di situ 5 tahun yang lepas dah tentu keadaan sekarang berbeza, betul?

IMG_6802

Untuk lokasi air terjun yang fresh di mana yang korang tak pernah sampai pun, elok kita cuba mencari info di internet. sekarang kan ramai blogger2 yang aktif, in sha Allah kita akan ketemu serba sedikit gambaran tentang lokasi yang hendak dituju.

Sistem Amaran Kecemasan

Kalau korang nak tahu ada sesetengah lokasi air terjun yang mempunyai rekod kejadian lemas tinggi, pihak berwajib di negeri tersebut ada menyediakan sistem amaran kecemasan. Jadi bila korang pergi ke lokasi tersebut, kena aware dengan papan notis yang disediakan. Melalui info di papan notis korang akan dimaklumkan apa bentuk tindakan yang perlu dibuat bila berlaku kecemasan.

Port Mandi

Dalam memilih port mandi, jangan le terlalu mengejar sangat privasi sampai kan hanya group korang je ada kat situ. Biar lah sekurang-kurangnya ada gak group lain sama2 mandi di situ. Ye la kalau berlaku apa2 nanti kan mudah korang nak bekerjasama.

Tali Kecemasan

Perasan tak ada sesetengah lokasi air terjun ni derang sediakan tali merentangi air terjun? Biasanya tali ni ada di port yang airnya agak dalam atau dasar yang tidak rata. Haa… gunanya tali ni untuk kita berpaut bila berlaku air pasang atau arus yang datang sangat kuat.

Kenali Kejadian Alam

Antara kejadian alam yang biasa berlaku di air terjun adalah pusaran air dan kepala air. Dua kejadian ini boleh membawa bencana kepada kita lebih2 lagi untuk yang tidak pandai berenang seperti Mien. Kepala air biasanya berlaku sewaktu atau selepas hujan.

kepala air

Pekerja/Life Guard

Hubba_Lifeguard

Kalau boleh pilihlah lokasi yang mempunyai life guard atau pekerja yang menjaga kawasan. Sebab mereka ni la yang sangat arif mengenai kawasan sekitar. Dan pengalaman Mien sendiri yang pernah berkelah di air terjun area Kuala Selangor, masa tu hujan baru rintik2 dan kitorang plak baru nak mula mandi. Tak sampai 10 minit mandi datang staf yang berwalkie talkie minta kitorang naik ke darat sebab dikhuatiri kepala air turun secara tiba2 dari atas.

Jadi ada pentingnya mereka ni untuk bantu mengingatkan kita yang tak berapa mesra alam dengan kawasan sekitar.

Selain itu, kalau boleh bila hendak pergi berkelah kita sendiri melengkapkan ilmu lifeguard terutama sekali teknik pernafasan CPR. 

cpr

Kemudahan Rekreasi

Antara yang perlu dititikberatkan adalah tandas. Sebab bila tandas kotor boleh membawa penularan penyakit seperti kencing tikus. Begitu juga kebersihan persekitaran seperti pengurusan sampah. Elok kiranya kita ambil inisiatif untuk membawa sendiri sampah keluar daripada kawasan perkelahan. Sekurang-kurangnya ia dapat membantu mengurangkan lambakan sampah di tempat tersebut.

Imunisasi Badan

Jangan ingat melancong ke luar negara je perlu vaksin bagai semua tapi dalam negara tak perlu jaga. Haa… apa yang perlu korang kena pastikan bagi anak2 kecil yang kurang sihat mungkin tidak perlu didedahkan terlalu lama di dalam air. Dan pastikan bawa ubat atau supplemen sebagai langkah berjaga-jaga.

Biasanya bila balik berkelah, kita akan mengalami demam, batuk dan selsema. Mien cadangkan untuk mengurangkan risiko mendapat demam, batuk dan selsema elok diamalkan Nutriferon (dewasa/kanak2), Vivix(dewasa), Vitamin C(dewasa/kanak2), Vitalea-multivitamin (dewasa/kanak2) dan Ostematrix(dewasa) seawal seminggu dari tarikh yang ditetapkan untuk berkelah. Ini membolehkan tubuh badan kita lebih bersedia dengan perubahan cuaca/aktiviti dan yang bagusnya pertahanan badan dapat ditingkatkan.

Ok rasanya inilah serba sedikit tips berkelah di air terjun yang Mien dapat kongsi. Bila kita berkelah amalkan konsep pemuliharaan alam agar ia kekal terpelihara untuk anak cucu cicit kita di masa akan datang.

Jumpa lagi.

xoxo

Mien

Leave a Reply

CommentLuv badge