Tips Bercuti ke Langkawi 5 beranak Part 1

Alkisahnya beli ticket tahun lepas, berjaya terbang tahun ni. hehe…nak jimat memang kena beli awal2 apa2 tiket pun demi untuk save banyak. Nak cerita inilah kali pertama kami lima beranak naik kapal terbang satu famili. Cik Mien cakap kat hasben kita warm up anak2 dengan trip ke Langkawi. Saje nak tengok deme ni ok ke idok.

Hari Pertama Perjalanan ke Langkawi

Flight kami dijadualkan pukul 10.10 pagi. Tak nak amek risiko Cik Mien kerah semua orang bangun awal untuk ke airport. Alhamdulillah anak-anak semua bangun dengan baiknya sebab teruja nak naik kapal terbang. Tips melancong bersama keluarga bila naik AirAsia …

  • Cetak siap2 ticket dan border pass
  • Asingkan kad pengenalan dalam satu beg kecik supaya mudah nak berurusan
  • Datang 2-3 jam awal daripada waktu penerbangan walaupun tak check in bagasi.Bukan apa AA ni manjang sokmo ramai orang untuk beratur check in luggage, information tak berapa nak jelas, atau kapal terbang duk kat gate yang jauh2 mau bercinta gak tu

Selesai check in luggage kami gegas ke family mart untuk beli sarapan oden. Bungkus siap2 dan makan dekat kawasan berlepas.

Tips Bercuti Ke Langkawi bersama keluarga

Sempat bergambar sebelum masuk kapal

Cara Penjagaan Kesihatan Sepanjang Bercuti

Finally!

 

Masa dalam kapal terbang, Syamim langsung tak duk diam. Teruja betul dia sebab inilah kali kedua naik kapal terbang. Kena sound dengan stewardess pun dia buat tak tau je. huhu…

Tips Naik AirAsia Bersama Baby

whatever

Tips Bercuti Ke Langkawi 5 Beranak

Perasan tak Syamim dah tukar baju? Semuanya gara-gara Syamim tetiba kencing di luar seluar dia. Mujur la kejadian di airport bukannya dalam kapal. Syukur dan sabor je la.

Sampai je di airpot Langkawi, contact kereta sewa yang Cik Mien dah deal. Sewa BLM, RM150 dari hari Isnin hingga Khamis.

Tips Pilih Pengangkutan ke Langkawi

Tempat Makan Tengahari di Langkawi

Waktu kami sampai dah masuk lunch hour. Cik Mien tak de plan sangat itinerary nak makan mana jadi Cik Mien google ‘lunch and langkawi’, dan Cik Mien pilih tempat ni sebab nak merasa menu kerabu bronok- Kak Yan Nasi Campur.

Kak Yan Nasi Campur di Langkawi

erm rasanya boleh la, tak berapa nak masuk sangat sebab bronok tu kenyal2 dan rasa keras pun ada. senang cite tak reti makan.hahaha… tak pe la kan yang penting dah merasa. tak dapat nak snap gambar sebab dalam keadaan cenggini haa cik mien makan.huhu…

Tempat Makan Tengahari di Langkawi

Dari segi harga kami berbelanja dalam RM38 untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Menu sangat banyak. Sehinggakan tak tau nak makan yang mana satu. Rosak diet Cik Mien.hihihi…

Selesai makan kami 5 beranak cergas menghala ke hotel untuk check in, rehat dan solat. Tak sabar nak check in sebab rasa kepenatan bangun awal pagi tadi.

Sesampai je kami dihadiahkan pemandangan yang sebegini…

Review Hotel di Langkawi

sangat melting kan? anak2 pun sangat gembira.

Pemandangan cantik di Langkawi

untuk Part 1 Cik Mien stop sini dulu. stay tune untuk next entry.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita anak 3 orang yang such travel, makan dan shopping!

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

2 Comments

  1. Zumal November 6, 2018
    • Mien November 9, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge