Tips Bercuti ke Langkawi 5 beranak Part 2

sambungan daripada Part 1.

Masa nak check in di Resort World Langkawi kami diberitahu yang bilik baru upgrade/makeover ialah Premier Sea View. Asalnya kami book bilik biasa2 je tapi entah kenapa tetiba hasben teringin nak rasa bilik Premier Sea View makanya tambahlah duit sikit.

Cik Mien ikut je memandangkan urusan bilik memang dah serah pada hasben.

Mula2 masuk bilik, kami semua rasa seronok sangat. Lebih2 lagi masing2 dah rasa kepenatan.

Ini gambar bilik yang kami tidur sepanjang berada di Langkawi.

Review Resort World Hotel

 

Penginapan Yang Best Di Langkawi

 

Premier Sea View Resort world Langkawi

 

Bilik 5 Beranak Bercuti Di Langkawi

Sea View

Pemandangan yang tidak ternilai harganya

Tips Bercuti di Langkawi

Puas hati dapat bilik yang view sebegini. Dan yang bestnya bilik sebesar ni ngam2 untuk saiz keluarga kecil kami, 5 beranak. hehe

Pemandangan Cantik di Langkawi

Cik Mien terharu sangat dengan pilihan hubby. Kiranya berbaloi lah tambah sikit duit untuk lihat pemandangan seperti ini setiap hari. hehehe…

Tempat Menarik di Langkawi: Underwater World Langkawi

Plan hari pertama kami nak bawa anak2 ke Underwater World Langkawi. Kali ini Cik Mien bayar guna rate corporate dengan menunjukkan ID gomen. Jimat RM10! hahaha…

Tempat Menarik di Langkawi

Review Underwater World Langkawi

Anak2 pakat gembira dan tak sabar nak tengok penguin. Yes.Kat sini yang buat Cik Mien suka masuk banyak2 kali sebab nak tengok cik penguin.

Menarik di Underwater World Langkawi

Hello Penguin!

Jumpa Penguin di Langkawi

Memang leka melihat segala aksi yang ditunjukkan oleh penguin. Syamim Ziyad sangat teruja bila penguin ni duk buat aksi terjun dan berenang sambil berpusing.

Agak lama kami buang masa di sini. Ye la nak datang bukan selalu. Kali ini agak berpuas hati bila semua penguin ni aktif berbanding masa kami datang tahun 2011.

Mungkin sebab derang baru lepas makan kot. Kami terlepas sesi beri makan penguin pukul 3 petang.

Tak pe la bukan boleh masuk dalam pun. Tengok pekerja tu bagi makan je huhu…(still tak nak ngaku menyesal hahaha)

Photoshoot di Langkawi

kalau korang nak tau projek penguin ni adalah cetusan idea daripada pasangan Perdana Menteri kita skang iaitu Tun Dr. M dan Tun Dr. Siti Hasmah.

Project Penguin di Langkawi

Mereka bersama-sama dengan yang lain telah menjejakkan kaki ke Antartica dan berpeluang melihat sendiri perjalanan projek pemindahan penguin.

Ni Cik Mien snap skit gambar2 bersejarah tahun 2002.

Yang buat Cik Mien tertarik ialah komen Tun Dr Siti Hasmah yang mana beliau sangat bersyukur dan menghargai apa yang Allah S.W.T cipta untuk kita.

Haa sebab itulah kita kena travel tau. Rugi wooo korang simpan duit kepuk2 pastu tak g mana2. hahaha…

melawat underwater world langkawi

banyak le juga spesies ikan besar2 yang kita boleh tengok. kagum tengok jerung. hihi…

Pengedar Shaklee Kajang

selebihnya kami sakan bergämbar tak ingat dunia. maklum le first day, harus la bersemangat kan.

Pengedar Shaklee Bangi

Untuk posing berdua cenggini haruslah korang bawa tripod ye. Barulah dapat bergambar cantik. Ingat tu tips daripada Cik Mien dan hubby. Kalau nak gambar ekstra cantik silalah berkahwin dengan photographer.kahkahkah…. #ehtetiba

Pengedar Shaklee Putrajaya

Duh si kecik tu entah apa la peelnya. Dari awal masuk Underwater World ni, duk bz main game tepon baba dia.

Geram pun ada sebab langsung tak hargai usaha mak dia bawa g Langkawi. Siap la ko bila besar nanti bacalah entri ni. Baru ko tau ruginya tak menikmati momen2 mak ko bawak jalan2.hahahaha…

Sudahnya gambar ko pun tersepit dengan tepon. hadoi la syamim anak millenium ni.

Pengedar Shaklee Kajang, Bangi dan Putrajaya

Yeah satu gambar untuk koleksi Cik Mien sebagai Rich and Verve Group Founder.

Ok setel underwater world kami cergas masuk ke Duty Free jap beli coklat untuk kudapan dan yang orang kirim. Habis nak dekat rm100 gak kat sini.Baru first day.huhu

Us

Korang datang langkawi harus wajib bergambar depan ni ok.

Sekali lagi sila bawa tripod untuk dapat hasil gambar cenggini.

Habis bergambar kami laju2 cari kedai makan untuk dinner. Pelan trip kali ni aim nak rasa local food dengan hunting di pasar malam.

Tapi tak de rezeki. Penat pusing2 tak jumpa pun pasar malam nya.

Kami pun cergas ke Restoran Desa Permata Ikan Bakar di pekan Kuah.

Cik Mien pernah makan di sini tahun lepas masa trip kerja. Jadi kali ni bawa famili merasa masakan bakar2 yang sedap dan murah.

Setel dah hari pertama di Langkawi. Ada gak Cik Mien videokan Aktiviti Menarik di Langkawi Hari Pertama kami sekeluarga.

Next entry Part 3 plak.

 

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita anak 3 orang yang such travel, makan dan shopping!

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge