Tips Bercuti ke Langkawi 5 beranak Part 3

Sebelum bulan 12 ni berlabuh tirai, Cik Mien kena laju2 sikit update blog bab bercuti di Langkawi dan Hat Yai.

Diam tak diam 3 tempat Cik Mien dah explore tahun ni. Tak pe kita simpan dulu cerita review 2018 ye.

Nak baca entry sebelum ini, boleh klik Part 2.

REVIEW SARAPAN DI RESORTS WORLD LANGKAWI

Hari kedua Cik Mien dan anak-anak bersarapan di hotel, untuk bilik yang kami tempah ni hanya layak sarapan untuk 2 orang je. adeh, anak tekak ada 5 ni.

Jadi kami bergilir sarapan setiap hari je la. Nak tambah bayar pun macam tak berbaloi je dari segi menu. Plus anak-anak pun bukan makan banyak sangat.

Pilihan makanan biasa2 je, tapi kalau korang jenis tak kisah, bayar aje untuk satu keluarga.

Review Resorts World Langkawi

Cuma yang agak best ialah pemandangan laut saujana luas mata memandang sambil bersarapan. hihi…

Makan sambil layan perasaan gitew…

TEMPAT MAKAN TENGAHARI DI LANGKAWI

Bila ada yang bangun lambat dan belum bersarapan, makanya kami cergas untuk brunch la dulu sebelum buat apa-apa aktiviti.

Duh, makan lagi!

Kali ini Cik Mien bawa hasben dan anak-anak ke restoran yang Cik Mien dah pernah makan masa out station kerja 2017 dulu.

Review Restoran BBQ Top

Pengalaman makan tengahari di sini ialah AGAK SUKAR SEBAB BANYAK PILIHAN!

hahahaha…. banyak sangat sampai rambang mata nak pilih. ni Cik Mien snap daripada tempat duduk. memang syiok datang sini untuk makan2. balik nangis timbang berat.hehehe…

Tempat Makan Murah di Langkawi

First time tengok makanan ni terus nak rasa, bila makan rupanya ala2 sata ikan cuma versi lembik, bukan bakar. Boleh tahan besar gak portion jadi elok kongsi je la sebagai side dish dalam pinggan.

Makan Tengahari di Langkawi

Perut dah kenyang, ke mana kami hari ini?

TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI: BUFFALO PARK, LANGKAWI

Terletak di Kampung Nyior Chabang, tak jauh daripada bandar Kuah. Waze je terus sampai, confirm tak de sesat punya.

Bayaran masuk pun murah je, boleh la masuk dalam list percutian bajet korang.

Apa aktiviti menarik di sini?

Kami menghabiskan masa sepetang di sini bersama kerbau. Layan anak-anak seronok beri kerbau makan. Maklum le anak bandar. Teruja yang amat bila dapat sesi sebegini. Aksi mereka Cik Mien dah videokan untuk kenang-kenangan.

Lepas je bagi kerbau makan, anak-anak buli kerbau ni. hehe…

Moh naik tiga beradik. Kelihatan Syamil Ziyad yang penakut dan penggeli. hahaha…

Muka cuak je nak naik atas kerbau.

Buffalo Park Langkawi

Di sini ada dua jenis kerbau, satu Malaysia punye satu India mari.

Kami terlepas sesi memerah susu, katanya susu hanya diperah waktu sesi pagi. huhu… sebenarnya itulah aim Cik Mien, nak merasa kerja memerah susu. simpan je la hasrat tu ye.

Pengedar Shaklee Kajang

Amacam ada rupa peladang yang berjaya tak kami berdua? kihkihkih…

Sambil tunggu anak beraktiviti, mak pak selfie je kerjanya.

Walapun aktiviti ini setempat, boleh tahan gak bakar kalori Cik Mien ni, masing2 dah penat dan mula mencari sesuatu yang menyejukkan. Waktu ini cuaca boleh tahan panas gak.

Aiskrim Kerbau di Langkawi

Katanya aiskrim ini diperbuat daripada susu kerbau, anak-anak request nak mencuba. Boleh tahan gak harganya. Pejam mata bayar je. Rasa? Agak out sikit, terlebih manis, not creamy, tekstur aiskrim agak kasar. Kena improve banyak lagi barulah sesuai dengan harga yang dijual.

amboi komen gaya macam chef je Cik Mien ni.hehe…sekadar perbandingan dengan kualiti aiskrim pada harga yang sama, ok kan?

selesai sesi aiskrim, maka tibalah masanya kami mengucap selamat tinggal kepada kerbau-kerbau sekalian. ada rezeki kami datang lagi ye.

Aktiviti Menarik di Langkawi

Keluar dari kawasan sini, kami menghala ke masjid yang berdekatan untuk tunaikan solat jama’ zuhr dan asr.

Tadi Cik Mien ada cakap rasa lapar kan? Kami cuba nasib untuk makan laksa pula. Jam masih awal lagi jadi harapnya kawasan tu belum mula sibuk lagi.

Kami ni spesies yang kurang suka sesak. Kalau bercuti memang sengaja pilih hari biasa. Pontengkan anak-anak supaya dapat bercuti dengan rasa nyaman.

Laksa Sedap di Langkawi

Kalau korang datang sini, cubalah rasa laksa akak ni. Cik Mien suka laksa dia. Masa Cik Mien datang sini dulu (tahun 2017) Cik Mien cuba makan laksa ikan sekoq yang di hujung belah nun, rasa tak seberapa. Mungkin tak kena dengan tekak dan selera Cik Mien kot yang sejenis suka kuah laksa pekat dan penuh ikan.

Untuk mereka yang sama taste dengan Cik Mien, laksa di sini sangat kena dengan korang.

Cuma nak pesan mereka yang berkeluarga seperti kami, kalau dah petang sangat tu sila sapu krim anti nyamuk ye untuk mereka yang tak tahan gatal. Cik Mien memang bawa krim Herbal Blend ke mana-mana saje standby sapu terus bila berjalan waktu lewat petang.

Di sini korang boleh layan dua pemandangan, satu melihat kapal terbang landing dan nak terbang, kedua pemandangan tepi laut.

Waktu kami sampai matahari masih terik lagi. Kalau nak layan ombak pantai sapu kaki korang, elok datang pukul 6 petang yang tak berapa panas sangat.

Tengok jam jarum dah tunjuk hampir pukul 7, next ke mana kita?

Restoran Wan Thai, Kuah, Langkawi

Rezeki kami dapat makan malam di sini, Alhamdulillah. Maklum le, nak makan di sini perlu book dulu.

Ingatkan boleh terjah gitu je, katanya kalau tak de orang buat booking boleh je walk in, masalahnya restoran ni sokmo fully booked.

Ini menu yang kami order(selebihnya ada di video). Jemput makan.

Tempat Makan Malam Di Langkawi

Cik Mien tak order banyak sangat sebab masing2 dah kepenatan. Karang order banyak tak de sape nak habiskan.

Order je la sekadar nak merasa dan pula perut kami masih penuh dengan laksa lagi.

Family kecik Cik Mien ni memang kena terus keluar dan tak kan balik ke hotel untuk melepak atau bersiap.

Dah pernah terkena dan terjadi bila balik hotel je nak keluar balik tu rasa kemalasan dan akhirnya room service je la.

Walaupun perut dah separa penuh, gigih gak la sumbat makanan Thai.hihi… mula2 ingat tak habis tau. Sekali anak-anak kemain suka dan menambah. Syukur kami tak membazir.

Untuk hari kedua, jom layan video kami.

Next entry Part 4. Jumpa lagi.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita anak 3 orang yang such travel, makan dan shopping!

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

2 Comments

  1. Zumal January 19, 2019
    • Mien February 9, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.