Tips Bercuti ke Langkawi 5 Beranak Part 4

last entry di sini.

agak berterabur sedikit entry Cik Mien. boleh klik butang search ‘Langkawi’ kalau nak dapatkan full entry list ye.

ampunkan daku yang agak kesibukan dari tahun lepas. walaupun agak lambat update, gigihkan juga untuk kenangan anak2 Cik Mien.

Aktiviti di Langkawi Hari Ketiga

welfie dalam kereta on the way ke Langkawi Cable Car

Seperti yang dirancang, hari ini kami 5 beranak akan cergas menaiki cable car. Untuk Syamil dan Syamim Ziyad, ini adalah pengalaman pertama mereka menaikinya.

Kami dengan sengaja memilih hari ketiga memandangkan semalam cuti umum. Kononnya nak mengelak crowd dan Alhamdulillah kami sampai tak perlu pun beratur panjang untuk membeli tiket.

Owh ye, tiket cable car boleh dibeli melalui online. Cik Mien tak nak ambil risiko beli online sebab kan cuaca yang kurang menentu. Masa tu Cik Mien check forecast wheater. Dan ada call kaunter juga untuk pengesahan. Kesimpulannya beli di kaunter je dan yang penting bawa Mykad dan Mykid ye. Karang melepas diskaun sebagai warganegara.

Nampaknya Langkawi Cable Car ni betul2 buat duit dah. Dulu tak de pun berjenis2 tiket. Dulu free je nak tengok semua view di Middle dan Top Station, sekarang tak dapat dah. Kena bayar.

aktiviti menarik di langkawi
Cik Mien bersama anak sulung, Dania Ziyad
cara nak ke langkawi cable car
mujur bawa stick ni, boleh la nak selfie berdua
welfie di Langkawi Cable Car
3 of Us
tempat menarik di langkawi
berkabus dan panas terik, pelik2 cuaca waktu kami di atas, hihi…

Masa kami naik ni cuaca berkabus jadi tak rasa heran sangat dan Syamim plak duk meragam je. Kami pun cepat2 turun dan tak lama hujan pun membasahi Langkawi Cable Car.

kepenatan bergambar
Anak kedua, Syamil Ziyad
tips jana income melalui blog
family piccas

Sampai sahaja di bawah kami menuju ke cafe untuk makan yang ringan2. sekali tengok harga boleh tahan. niat asal nak makan ringan bertukar kepada order menu berat disebabkan harga yang agak mencekik. sambil2 tu duk browse cari contact The Loaf.

Teringin nak makan roti sambil layan pemandangan di The Loaf. Harapan hancur berkecai sebab dah tutup.

Selesai makan, masa ni masih hujan lagi, curi2 jalan di bawah kawasan teduhan sebab nak kena masuk beberapa tempat lagi. Ye la dah alang2 dalam pakej.

Kami masuk Sky Dome, SkyRex dan 3D Art Langkawi. Sky Dome ni duk dalam dome pastu ada tayangan 3D. SkyRex pun sama tayangan 3D ala2 naik jip masuk ke taman yang penuh dengan dinosour. yang ni best sket sebab ada momen gegar tempat duduk masa dino tu sedang menyerang. ok la untuk suka2 dan anak2 pun nampak hepi.

Boleh dikatakan kami menghabiskan masa di sini hampir separuh hari. Banyak bergambar saje di 3D Art Langkawi.

Kami berdua hampir hilang mood disebabkan Syamim Ziyad yang dah mula merengek dan meragam minta didukung.

Kalau tak masuk kesian pula si kakak dan abang yang kemain seronok berposing.

Ada satu part derang mainkan 3D movie, sangat menarik! Penataan lampu yang bagus dan penuh penceritaan.

3D Art di Langkawi
Syamim yang meragam asyik nak berdukung je
Kakak Dania Ziyad yang enjoy bergambar
Macam2 aksi yang cuba dibuat
tips surfing di langkawi
syamil yang tetiba suka bergambar
nampak real kan bila kita posing cara betul hihi
Saje snap yang ini untuk kenang-kenangan, salah seorang yang Cik Mien kagum sehingga hari ini kerana kehebatan arwah yang pandai banyak bahasa

Keluar dari kawasan Langkawi Cable Car, singgah sekejap di tepi pantai untuk bergambar kenang-kenangan. Anak2 ambil kesempatan main pasir pantai. Layan dulu angin pantai dalam keadaan hujan renyai2.

our family photo

setelah puas bergambar, kami cergas ke port laksa semalam. Saje nak repeat makan laksa lagi.hehehe…

memandangkan hari masih panjang dan perut pun masih kenyang lagi, kami pulang ke hotel untuk aktiviti berenang. kali ini kami pilih untuk berenang di kolam bahagian depan menghadap laut.

3 beradik sambil mandi dan makan coklat
walaupun jam dah hampir ke waktu Maghrib, langit masih cerah lagi

melayan waktu sunset, sambil berenang dan makan coklat. fuh syiok sangat. puas hati dengan kolam renang di Resort Worlds Langkawi.

malam terakhir kami hanya mampu makan di sini sahaja. dek kerana memasing dah kepenatan mandi kolam, niat nak makan jauh sikit tapi tak nak ambil risiko nak mengejutkan anak2.

dinner di Pantai Cenang pun menarik juga. banyak pilihan dan baca review kami berhenti di Selera Lubuk Buaya untuk masakan panas. Servis memang pantas dan harga pun ok.

cuma frust sikit bila baru tau ada port makan sushi. asalnya nak makan pizza tapi kedai dah tutup.

Alhamdulillah, berjaya juga trip keluarga kecil kami. Malam ni dah mula mengemas mana yang patut. Esok kami akan pulang ke KL.

Layan video kami sepanjang hari ketiga di Langkawi

Sambung ke entry lain pula, Part 5.

xoxo

Cik Mien

Food | Travel | Shopping

4 Comments

  1. anies January 15, 2019
    • Mien February 9, 2019
  2. Zumal January 19, 2019
    • Mien February 9, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.