Tips Bercuti ke Langkawi 5 Beranak Part 5

entry sebelum ini di sini.

hari keempat kami di Langkawi. masa untuk pulang ke KL. seawal pagi Cik Mien kejutkan anak-anak untuk check out dan sarapan di luar.

kali ini kami nak bersarapan di Roti Canai Black Pepper. Kawan Cik Mien review sedap jadi jom kita terjah.

mengantuk lagi katanya
roti canai sedap di langkawi

Kedudukan kedai di tepi jalan. Kami cari kedai ini menggunakan waze. Search Roti Canai Black Pepper in sha Allah korang sampai. Atau pun Che Nah Restaurant. dua keyword yang korang boleh guna untuk cari roti canai ni.

Anak2 memasing order roti canai kosong. Kami berdua order roti canai black pepper kambing.

Tebal isinya
ini isinya yang penuh dengan kambing

servis di sini juga cepat. walaupun orang ramai ( banyak yang bungkus) alhamdulillah order kami sampai tepat waktunya.

roti kami ni memang penuh dengan isi kambing, konsep makanan ni bagus cuma daging kambing nya direbus, kalau cik mien lebih suka daging tu dimarinate dan bakar sikit.

selesai makan kami terus cergas ke airport. jam masih menunjukkan awal lagi untuk kami check in. merasakan malas nak ambil risiko dengan beg kami pun macam menambah berat, jadi kami call pemilik kereta sewa untuk memulangkan keretanya.

seperti yang dijangka beg kami yang berisi segala coklat tu melebihi berat! hahahaha…mujur lepas. kami hand carry je.

overall, percutian kami kali ini berjaya. syukur. yang penting anak2 hepi terutama sekali syamil yang dari dulu kepingin nak naik kapal terbang.

kami ni hanya tumpang rezeki anak-anak je. next trip Cik Mien perlu cari stroller untuk Syamim Ziyad. Siyes tak larat kami nak dukung dia yang berat 11kg!

jumpa lagi trip akan datang!

xoxo

Cik Mien

Eat | Travel | Shopping

5 Comments

  1. SitiYangMenaip January 9, 2019
    • Mien January 13, 2019
  2. Zurainny Ismail January 10, 2019
    • Mien January 13, 2019
  3. anies January 15, 2019

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.