Tips Bergaya Selepas Bersalin Untuk Kembali Langsing dan Bertenaga

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Waduh, bulan lepas kecoh satu dunia menyaksikan pasangan diraja, Prince William dan Kate Middleton memperoleh cahaya mata yang ketiga, Prince Louis.

Semua turut bercakap mengenai penampilan bergaya oleh Kate Middleton, tak nampak seperti ibu yang baru lepas bersalin. Kate tampil dengan gaun merah dan sangat ceria tanpa kelihatan penat melambai2 ke arah peminat yang menunggu mereka di luar hospital.Tips Berpantang Dengan Bertenaga

Bila dah tengok gaya Kate ni, ibu2 kat luar sana boleh lah mencuba untuk berpenampilan sebegini. Kalau dulu keluar hospital dengan gaya sememeh dan berkain batik, haaa sekarang boleh lah mencuba untuk bergaya seperti Kate.

Walaupun ada yang bercakap sebab dia golongan bangsawan boleh lah nak bergaya sakan, korang jangan lah fikir kita2 ni tak boleh langsung seperti dia.

Jadi Cik Mien nak kongsi dengan korang tips bergaya selepas bersalin yang boleh praktis terus supaya kita kelihatan bertenaga semasa keluar dari hospital.

#1 Tips Bergaya Selepas Bersalin dengan Makan Yang Berserat sebaik sahaja keluar dari dewan bersalin

Biasanya lepas bersalin pasti perut kita mula rasa lapar. Bagi yang bersalin normal, perkataan lapar adalah yang pertama keluar dari mulut mereka selepas penat meneran.

Jadi jangan biarkan perut anda kosong. Minumlah ESP, minuman yang membantu mengenyangkan perut kita sebaik sahaja selepas bersalin.

Bila perut dah kenyang barulah kita mempunyai tenaga untuk berhias.

#2 Tips Bergaya Selepas Bersalin dengan Baju Menyusu yang baru

Sekarang ni dah banyak label baju yang memudahkan untuk menyusu badan. Kalau nak nampak lain dari lain, cuba gayakan mix and match.

Tak de lah nampak bosan memakai tshirt dengan kain batik je.

#3 Tips Bergaya Selepas Bersalin dengan berbengkung

Bawa bengkung dan pakai semasa di hospital. Bengkung moden atau korset lebih mudah untuk diuruskan berbanding bengkung tradisional yang mempunyai tali lilit yang panjang.

#4 Tips Bergaya Selepas Bersalin dengan memakai mekap

Trick di sini ialah tumpukan di kawasan mata dan pipi. Mata perlu lebih menyerlah supaya dapat cover mata yang ada eyebag atau kurang tidur.

Kemudian merahkan pipi sikit untuk nampak efek wajah kita kemerah-merahan dan segar.

#5 Tips Bergaya Selepas Bersalin dengan memakai flat sandal

Ok baju dah bergaya, mekap pun dah cantik, last sekali ialah kasut/sandal.

Cik Mien rekomen beli la flat sandal yang simple. Elak daripada memakai selipar ye.

Ye la dah cantik atas tetiba pakai selipar je kan kurang manis tu.

Haa amacam? Rasa2 dengan 5 tips bergaya selepas bersalin ni boleh buat ke?

Kalau korang dah cuba, meh tepek kat sini gambar cantik korang ye.

xoxo

Cik Mien

 

 

2 Comments

  1. encikhafiz.com May 21, 2018
    • Mien May 23, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge