Tips Bina Bisnes Dengan Kuasa Minda

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Jarang benar Cik Mien kongsi topik sebegini dengan korang kan? Kali ini Cik Mien share sesuatu yang berbeza daripada entry lain. Telah ramai mereka yang berjaya di luar sana menggunakan tips bina bisnes dengan kuasa minda. Dan secara jujurnya, inilah juga rahsia bagaimana Cik Mien berjaya menjejakkan kaki kali pertama ke bumi Matahari Terbit pada Mac yang lepas. 

Kenali Kuasa Minda

Tau tak, sebenarnya dalam kepala kita ni ada MINDA SEDAR dan MINDA SEPARA SEDAR

Macam mana nak tau, mana satu minda sedar dan minda separa sedar ni?

Contohnya,

Kita kunci jam pepagi kan, bila jam bunyi, memula memang kita sedar, jadi kita matikan jam tu

Tapi lama lama, kita dah tak sedar bila kita matikan jam tu, sebab waktu kita matikan jam tu, kita tak sedar pun

Faham ke­čśů

Contoh lain plak

Yang ni contoh MINDA SEDAR ye

Waktu balik kerja, pukul 5 je, kita pun siap siap nak balik kerja

Keluar office, masuk kereta, start enjin, jalan

Masa dalam kereta pulak, masuk gear, tekan break, berhenti

Sedar sedar je, kita dah sampai rumah

Sebenarnya, dalam kita tak sedar, banyak benda dan perkara yang kita buat tadi adalah di bawah MINDA SEPARA SEDAR

Nampak tak, minda separa sedar ni keupayaannya melebihi minda sedar

Dan sebenarnya kita lebih banyak menggunakan minda separa sedar daripada minda sedar.

Kuasa Minda Separuh Sedar

Gambar kat atas tu sebagai contoh, minda kita

“People see” tu adalah minda sedar kita

Yang di bahagian bawah pulak, itu adalah minda separa sedar

Besarkan minda separa sedar tu?

Jadi macam mana kita nak kembangkan bisnes dengan kuasa minda ni?

Tips Bina Bisnes Dengan Kuasa Minda

Pertama, kita senaraikan semua impian kita. Atau apa yang kita nak capai dalam bisnes kita.

Senaraikan 99 impian kita kemudian kita pilih 9 impian yang paling kita nak.

Cara nak tulis impian ni, mulakan dengan nombor dulu

Tulis dulu nombor 1 sampai lah 99 dan barulah tulis impian. Selesai?

Pilih impian utama yang nak kita capai, yang paling kita nak sangat dapat.

Gantikan ayat yang kita tulis tu dengan perkataan yang paling ringkas

Berserta gambar sekali.

Contohnya

Dalam impian tu, kita nak pergi melancong bulan Ogos 2019 ke Lombok.

Jadi letak la gambar tempat yang kita nak pergi tu.

destinasi percutian impian

Lepas tu, kata la nak income 5k sebulan, letak gambar duit, dan tulis sikit kat gambar tu RM5K sebulan

cara guna kuasa minda untuk kembangkan bisnes

Gambar2 ni kita tampal pada tempãt yang biasa kita lihat. Semua impian dan gambar yang kita tampal ini dinamakan dreamboard.

Bila dah buat dreamboard ni, kita kena lah berusaha dan jangan lupa berDOA supaya impian kita tercapai.

Katakan, impian tu tak tercapai, kita gunakan kuasa REDHO

Jangan stress kalau tak tercapai, tapi tingkatkan usaha

Sebenarnya kan

Apa yang kita buat tadi tu, sama keadaannya, macam contoh yang kita diskus tadi.

Dari office nak balik rumah. Sedar tak sedar kita dah sampai rumah.

Macam tu juga kalau kita nak kembangkan bisnes. Selagi mana fokus kita tu tak menyimpang.

Secara tak sedar, kita gunakan KUASA MINDA kita untuk kita berjaya kembangkan bisnes kita.

Dengan dreamboard tu tai, bila kita rasa dah tergelincir, dah terbabas, dah lemau, tengok balik dreamboard kita tu.

Ade ke impian dalam salah satu gambar tu yang kita dah capai.

Kalau belum, takkan kita nak biarkan je impian tu kan

Jadi nak taknak, minda kita akan paksa kita untuk capai impian.

Bila buat target untuk bisnes kita, baru kita boleh nampak, apa yang kita nak capai pada bulan tu

Tapi kalau takde target, makanya kita rasa macam, lantaklah apa nak jadi pada bulan tu kan

Sebab apa? Sebab tak nampak

Jadi kesimpulannya, apa pun yang kita nak capai untuk bisnes kita, samada nak kembangkan bisnes tu, atau sebaliknya, kita yang tentukan.

Cara Bersyukur dengan ‘Dhuha Visualization’

Jadikan Dhuha itu sebagai tanda kita bersyukur.

Syukur dengan setiap nikmat yang kita dapat.

Bila solat Dhuha tu, kita doa dan kita bayangkan setiap nikmat, dan impian kita.

Cuba buat selama 21 hari.

Untuk permulaan, cuba buat dulu untuk seminggu.

Itu pun salah satu cara kuatkan minda kita sebenarnya dan sangat membantu untuk kita terus fokus.

Semoga dengan perkongsian ini dapat bantu kita semua untuk mencapai impian waima dengan mencari jodoh masing-masing. Dalam Al-Quran juga ada menyebut yang kejayaan adalah milik mereka yang berusaha. Teruskan berusaha dan berimpian. Cik Mien doakan yang terbaik milik pembaca blog ini yang dikasihi.

Jumpa lagi.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang punya impian untuk travel ke seluruh pelusuk dunia

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge