Tips Bisnes Untuk Mempunyai Progress Agar Sentiasa Ada Customer datang berduyun-duyun

Bisnes mesti ada progress. Kalau bisnes tiada progress tu maknanya bisnes akan mati. Umpama kontraktor buat projek tak siap2, bila tiada progress projek pun tak dapat nak deliver kepada pengguna.

Antara perkara penting atau tindakan yang Cik Mien perlu buat dan ulang setiap bulan ialah:

#1 Tips Bisnes Untuk Ada Progress dengan Buat target

Mesti ada target supaya kita tak tersasar daripada tujuan kita berbisnes. Dalam bisnes Shaklee ni, sasaran kami ialah untuk create awareness. Berapa ramai ibu hamil yang Cik Mien nak bantu supaya HB mereka naik, bebas darah tinggi selepas hamil dan etc.

#2 Tips Bisnes Ada Progress dengan Mencari peluang

Bisnes mesti pandai cari peluang sebab bukan semua benda datang bergolek dalam dunia ni. Jadi kenalah bijak cari peluang di mana-mana saja. Contoh peluang promosi bulanan oleh Shaklee yang bagus untuk kita bantu customer setia supaya mereka boleh membuat penjimatan/

#3 Tips Bisnes Ada Progress dengan Follow up

Penting Cik Mien buat follow up supaya customer berpuas hati dengan servis kita. Bisnes Shaklee bukan menjual sahaja tetapi perlu beri servis. kalau nak bisnes berkembang Cik Mien kena sentiasa follow up customer dan bakal prospek.

3 perkara penting dan asas untuk kemajuan bisnes Cik Mien. Doakan bisnes Cik Mien berkembang satu Malaysia ye. In sha Allah, aminnn.

xoxo
Cik Mien

One Response

  1. anies March 7, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge