Tips Buat Vision Board

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria semua,

Vision board dan cara buat target adalah antara ilmu wajib tahu dan wajib buat dalam kehidupan kita. Inilah antara perkara yang akan buat kita kekal dalam momentum dan on track. Umpama sebuah perjalanan yang ada destinasi indah. Rugi kalau kita hidup tanpa arah, dan untuk pastikan kita sentiasa teruja dengan hidup kita, sudah tentu dengan tips buat vision board ini mampu membantu kita untuk menjadi seorang yang lebih berjaya dan sentiasa hidup dengan impian.

Tips Buat Vision Board

Apa itu Impian?

Sebelum buat Vision Board, kita tulis impian dalam format J-B-A.

J-Jadi, apa kita nak jadi?

B-Buat, apa kita nak buat?

A-ada, apa kita nak ada?

Contoh:

Jadi-Saya nak jadi working home mom, nak dapat income RMxxxx

Buat-Tahun depan saya nak pergi melancong.

Ada- Nak ada sebuah kereta baru. Atau 2 tahun lagi nak ada rumah sendiri.

Apa itu Vision Board?

Vision Board adalah satu papan atau koleksi gambar yang kita tampal dan tengok setiap hari. Gambar yang memberikan kita inspirasi untuk capai target/impian yang kita dah listkan tadi.

Contoh kita nak masak ayam kicap, mestilah kita perlukan bahan2 dan tahu step by step untuk memasak ayam kicap. Dan yang ajaibnya kita pasti akan buat sehingga siap. Ada ke orang masak separuh jalan? Haa macam itulah Visión Board. Kita akan cari cara untuk pastikan Vision Board kita tercapai.

Bagaimana nak capai semua dalam Vision Board?

Kita tulis berapa RM dan bila kita nak capai dalam setiap impian kita.

Ok kemudian, kita buat senarai berapa jumlah RM yang kita perlukan dan bahagikan ikut tempoh masa yang kita agak2 untuk buat komitmen. Itulah nilai RM yang kita perlu cari untuk capai impian dalam Vision Board.

Seterusnya, kita bahagikan nilai bulanan kepada nilai mingguan. Ini adalah cara untuk mudahkan kita mencapai target. Biar nampak kecil dan logik untuk kita buat.

Vision Board Cik Mien yang on the way remake. hahaha… sebab yang dah siap tu habis anak Cik Mien keronyokan huhu… sedih. Nak bagi naik semangat, pergi IKEA rembat papan magnetic. Puas hati! hahaha…

Impian Cik Mien:

  1. Nak naik rank untuk tahun 2018
  2. Target tahun 2021 nak jadi Master Coordinator (gambar pinjam selempang Master Lydzar Rusman)
  3. Nak setel hutang cc bulan Jun 2018
  4. Osaka trip bulan Mac 2018: setel yeah!
  5. Lombok Trip bulan Mac 2019
  6. Shaklee Insentif Trip ke Phuket 2019
  7. Beli banglo di Bangi harga RM1 juta tahun 2022

Cara Membuat Vision Board

Perlu ke kita tamak dalam berimpian?

Sudah tentu, kita bebas menentukan impian kita. Best tau berimpian, wajib korang buat buku 1001 impian. Senaraikan je apa yang kita nak sepanjang diberi peluang bernafas di alam ini.

Impian boleh macam2, Cik Mien ada satu impian gak iaitu derma mesin dialisis atau bina pusat dialisis. Yang ni Cik Mien plan nak capai lagi 5 tahun. Impian kita ni boleh memberi manfaat kepada orang lain juga terutama sekali ibubapa/suami/isteri/anak2.

Bagi Cik Mien, Tuhan yang kurniakan kita untuk dapat idea berimpian dan kita wajib percaya yang kita mampu dan dikurniakan lorong untuk kita jejak setiap impian.

Selamat berimpian sahabatku.

Teruskan berimpian, dan Cik Mien sentiasa doakan agar kita semua bisa mencapai dan mengecapinya. Percayalah.

 

xoxo

Cik Mien

Wanita yang dah merasa salah satu impiannya tercapai dan memang terus jadi ketagih

4 Comments

  1. anies May 24, 2018
  2. encikhafiz.com May 26, 2018
    • Mien May 27, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge