Tips Capai Impian dengan Vision Board 2018

Kali ini Cik Mien ingin berkongsi mengenai Vision Board 2018. Pertama kali mendengar Vision Board? Ia adalah peta impian kita. Apa yang kita impikan kita zahirkan ke dalam bentuk gambar. Kuasa VB ini sangat dashyat dan bersedialah bila impian kita tercapai. Pasti seronok kan?


Seronok buat VB ni bukan susah mana pun.

#1 Cara Membuat Vision Board dari senarai impian

Dari senarai list 101 impian cari gambar daripada majalah atau suratkhabar untuk impian kita atau print gambar daripada internet.

#2 Cara Membuat Vision Dengan Menggunakan Gambar

Gambar yang dikumpul tadi kita tepek atas kertas. Pilih kertas bersaiz besar supaya mudah untuk kita tampal.

#3 Cara Membuat Vision Board dengan Meletakkan Target

Selepas susun gambar, masukkan bulan dan tahun untuk setiap impian kita.

Target ini penting supaya mudah untuk kita buat tindakan.

Ini kali pertama tau Cik Mien buat VB lepas tu Alhamdulillah satu persatu dapat direalisasikan. Paling teruja bila impian nak jejak kaki ke Jepun tercapai.

Siapa kata impian itu mustahil?
Rugi Kalau kita berfikiran macam tu.

Dalam VB ni Ada Cik Mien tepek gambar banglo atas permintaan Syamil Ziyad. Seorang anak yang suka berangan dan inilah ciri-ciri rumah idaman yang dia nak.

VB ni umpama program minda untuk Cik Mien. Setiap hari mesti tengok supaya kita sedar yang masih banyak tindakan perlu buat untuk kita capai impian.

Cuba korang pun sama2 buat, bila dah siap ce kongsi kat komen ni ye.

Cik Mien doakan impian korang tercapai 200%😘

xoxo
Cik Mien
Yakin pada usaha semua pasti tercapai

Leave a Reply

CommentLuv badge