Tips Idea Home Office Siap Dalam Masa 48 Jam

Assalamualaikum w.b.t,

Entah mana datangnya rasa kerimasan dan keserabutan yang amat bila melihat keadaan ni,

idea home office

tahun ini boleh dikatakan ada je buku bacaan yang Cik Mien beli. kesudahannya habis penuh berderet bersusun buku tu atas meja kerja.

sehinggakan nak letak laptop pun ngam2 je. hihi…

Hari Sabtu

setelah hampir sebelas bulan bertahan, akhirnya Sabtu lepas Cik Mien dah tak tahan! hahaha…

apa lagi, lepas kenduri aqiqah di Hulu Langat, terus datang idea untuk singgah ke Ikea Cheras.

hasilnya, jumpa la kabinet buku idaman kalbu (of course yang dalam bajet). dan kaler putih untuk padan dengan meja kerjaku.hehe…

seronok, syukur, syiok

Billy Bookcase White Ikea

Hari Ahad

pagi Ahad, Cik Mien dan anak, Dania Ziyad beria-ia menukang untuk siapkan bookcase ni.

boleh tahan berat gak papan2 nya. masa nak pasang kadbod belakang tu paling kritikal. kaki Cik Mien lebam sikit gara-gara kadbod tu jatuh atas kaki.huhu…jangan risau, semangat Cik Mien masih tahap gigih lagi.

selepas dah keluarkan semua perabot asal dalam bilik, Cik Mien tetiba dapat idea.

alang-alang mengemas baik kita cat semula bilik ni.

terus ajak hasben dan anak-anak cergas ke Homepro untuk shopping cat dan alatan.

kalau bab shopping laju je kan. well…

sebelum shopping, isi perut dulu. memasing dah kelaparan. pasal mak nya sibuk mengemas.hihi…

kami lunch di Mr Dakgalbi.first timer.

Lunch di Mr Dakgalbi

masuk kedai ni semata-mata ikut permintaan si anak dara. layan je la peminat K-pop sorang ni.

overall, boleh la layan sekali sekala, cuma harga agak mahal kalau nak dibandingkan dengan penyediaannya.

perut dah terisi, kaki terus je melangkah masuk Homepro.

sangat mudah membeli cat di Homepro, caranya,

  1. pilih jenama yang kita nak
  2. tengok katalog dan code color
  3. pilih warna
  4. bawa kertas order dan bayar di kaunter
  5. pembantu jualan akan campur kaler yang kita nak
  6. siap

sampai rumah kami terus solat Asar dan selepas Maghrib bermulanya sesi mengecat kami anak-beranak.

Dania dan Syamil sangat teruja untuk membantu Cik Mien mengecat home office kami. Ini adalah pengalaman pertama mereka. memasing sangat suka dan enjoy walaupun penat g ioi masih bersisa lagi.

seronok gak ye aktiviti mengecat bersama anak-anak. selain daripada dapat belajar mengecat, sekurang-kurangnya ini adalah kenangan Cik Mien bersama mereka.

ia adalah salah satu cara Cik Mien mencipta kenangan waktu mereka membesar. mahal kan?

tepat pukul 12 tengah malam semuanya siap, kecuali ada la sikit2 perlu touch up terutama part yang tinggi.

idea soho

Billy Bookcase dengan Papan Hitam, semua dari Ikea

soho baru

meja kerja yang asal, dah comot dah.huhu

soho shaklee kajang

finally

 

Tips Idea Home Office Siap Dalam Masa 48 Jam

Sebelum tu, untuk mereka yang inginkan perubahan home office, boleh la ikut tips Cik Mien. jamin siap dalam masa 48 jam tau.

1. Cari Idea di Pinterest, jumpa je idea save dalam board tau. boleh la rujuk untuk idea yang best2.

2.Asingkan perabot i.e kabinet, meja yang diperlukan sahaja. Cik Mien kekalkan meja, kerusi, kipas, blackboard dan etc.

3. Pilih kaler dinding mengikut tema rumah,atau matchingkan dengan kaler perabot sediada. Cik Mien pilih kelabu untuk padankan dengan perabot meja dan kabinet buku kaler putih.

4. Tetapkan bajet supaya kurang tersasar. Kalau boleh berjimat dengan cara menggunakan perabot sediada dalam rumah. Contoh, Cik Mien hanya membeli kabinet buku sahaja manakala yang lain masih menggunakan perabot asal.

5. ok itu je, selebihnya kalau korang ada bajet besar, boleh buat lagi gempak daripada soho cik mien ni.

semoga tips ini membantu anda deko deko sepanjang cuti persekolahan.

xoxo

Cik Mien

 

 

2 Comments

  1. mrhanafi December 5, 2018
    • Mien December 7, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge