Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,
Tanpa sedar hampir setahun setengah sudah Cik Mien menyusukan Syamim Ziyad. Banyak juga cabaran yang Cik Mien hadapi sepanjang tempoh tersebut antaranya breastpump rosak.huhu…
Alkisahnya dah Syamim ni anak ketiga jadi dah tentulah mewarisi apa saje barangan yang abangnya dulu termasuklah breastpump. hihi…
Memandangkan breastpump Medela Swing masih boleh beroperasi jadi Cik Mien gunakan aje la. Sehinggalah balik daripada cuti raya tahun lepas, tetiba suction Medela Swing kurang power menyedut. Mula2 Cik Mien ingat sebab masalah lain sekali dapat la kesan memang dah sampai masanya Cik Mien perlu beli breastpump baru.
#1 Survey Dulu Melalui Online
Erm…mula lah sesi shopping dengan membandingkan jenama, harga dan servis. Lepas dah survey Cik Mien senarai top 3 jenama yang hendak dicuba.
Lacte
Spectra9
Malish
Cara nak survey sangat mudah, gunakan platform Facebook dan Instagram serta Google untuk dapatkan senarai blog untuk entry review. Tak lupa juga Cik Mien pun ada geng mengepam susu di pejabat jadi pendapat mereka juga diambil kira.
#2 Buat sesi cubaan setiap pam yang tersenarai
Haa…kena cuba ke? Ye. wajib cuba supaya kita rasa selesa dengan breastpump yang hendak dibeli.
Sekarang ni dah ada banyak penjual menyediakan perkhidmatan ini dan paling mudah walk ini je ke pumponthego. Cik Mien pun buat sesi try2 ni kat pumponthego Bandar Baru Bangi.
#3 Dapatkan harga dan pakej tawaran yang menarik
Bila dah cuba sudah tentu susunan tadi pun berubah. Betul? Step 3 ni sangat mencabar sebab kita nak dapatkan harga yang dibawah mampu milik kita dan bajet mungkin tersasar sedikit dek kerana penjual breastpump ni sungguh pandai upsell dengan pakej tawaran mereka yang sangat menarik.hehe…
Review Breastpump Lacte
Antara ketiga2 breastpump tadi, Cik Mien pilih Lacte. Sebab paling suka dengan corong silikon yang spectra9 tak de. Cuma Cik Mien kena tambah duit untuk beli connector kalau nak tadah terus ke botol simpan. huhu… Cik Mien tak beli pun. Saiz motor Lacte agak bulky berbanding Malish dan Spectre9. Harga Lacte pula jauh lebih murah daripada Spectre9 dan mahal sedikit daripada Malish. Ngam2 je ngan bajet Cik Mien. hehe…
Yang bagusnya dengan Lacte Doublebreastpump ni Cik Mien dapat buat kerja di meja pejabat sambil mengepam sebab corong silikon yang sangat membantu melekapkan breast kita dengan corong.
Apapun yang penting anda pilih breastpump yang benar2 sesuai dengan diri dan bajet anda ye.
Selamat bershopping breastpump.
hehehe..
nak komen pun rasa malu..
apa apa pun semua anak saya memang minum susu ibu hingga umur 2 tahun
mrhanafi recently posted…Ayat Power Promosi Online Buat Duit
eh komen je. suami juga memainkan peranan penting dalam membantu ibu menyusukan anak.