Tips Memilih Bisnes Online Yang Sesuai Untuk Student Uni

Bila melihat begitu banyak peluang bisnes online ia sangat menarik dan mengujakan. Pendek kata zaman sekarang sangat mudah untuk membuat duit. Semuanya di hujung jari dengan jaringan network yang sangat mudah, betul?

Cuma Cik Mien sedikit prihatin dengan mereka yang benar-benar mencari bisnes yang boleh memberikan peluang pendapatan tetap.

Ye la nama pun bisnes, kita dah usaha bersungguh-sungguh dari awal sudah tentu kita mahukan ia boleh diwarisi hingga ke anak cucu.

Jom baca tips daripada Cik Mien.

Memilih Bisnes Online dengan Syarikat/Individu yang mempunyai latar belakang meyakinkan

Ini adalah perkara pertama yang sangat penting sebelum kita serius membuat bisnes.

Ciri-ciri Syarikat/Individu yang meyakinkan untuk kita berbisnes ialah:

  • syarikat yang berdaftar dengan SSM
  • syarikat yang berdaftar mengikut nature bisnes yang dijalankan-penting untuk melindungi kita di bawah mana-mana akta
  • syarikat berdaya maju dengan menyediakan peruntukan R&D
  • syarikat menyediakan peluang yang adil kepada semua dan tiada penindasan
  • syarikat memberikan insentif yang berbaloi dengan usaha penjual i.e car bonus, trip mewah 5 bintang, cash bonus
  • syarikat menghasilkan produk yang mesra dengan alam sekitar

Memilih Bisnes Online Yang Mempunyai Produk Terbaik

Sebelum mulakan bisnes, kita perlu pilih samada bisnes ini hanya menjual atau menyediakan perkhidmatan atau kedua-duanya.

Semak latar belakang produk atau servis yang hendak dijual. Pastikan ia memenuhi ciri-ciri berikut:

  • mempunyai sijil halal
  • diluluskan oleh badan tertentu di Malaysia sebelum dipasarkan
  • mempunyai kajian kukuh atau disokong oleh journal
  • penghasilan produk menggunakan bahan semulajadi dan tidak menjejaskan alam sekitar

Memilih Bisnes Online dengan Modal Rendah

Hati-hati bila ada yang mendekati anda dengan memberikan peluang bisnes yang memerlukan membuat pinjaman.

Jangan sesekali anda terjebak dan jauhkan diri daripada mereka yang menjalankan bisnes dengan cara sebegini.

Cik Mien nak bagitau membina bisnes tidak semestinya dengan modal yang besar. Pengalaman Cik Mien sendiri, modal bisnes Shaklee bermula dengan RM65 sebagai ahli dan seterusnya disusuli dengan supplemen yang perlu diamalkan untuk atasi masalah kesihatan kita.

Memilih Bisnes Online dengan Potensi Kejayaan Tinggi

Sertai organisasi bisnes yang mempunyai tinggi potensi kejayaannya. Di mana bisnes ini fleksibel bagi sesiapa sahaja yang menceburinya.

Cik Mien beri contoh mengikut pengalaman sendiri yang mana bisnes Shaklee memberikan peluang kejayaan kepada sesiapa sahaja yang komited i.e pelajar universiti, surirumah, cikgu, pesara kerajaan, doktor, peguam, kerani, jurutera, jururawat dan sebagainya.

Memilih Bisnes Online Yang Boleh diwarisi hingga ke anak cucu

Antara point penting semasa kita nak memilih bisnes. Seandainya kita tiada di dunia lagi, kita nak pastikan bisnes yang dibina ini boleh diwarisi kepada anak cucu.

Shaklee Malaysia pernah membuat taklimat mengenai potensi perniagaan Shaklee untuk diwarisi oleh anak-anak kami. Yang mana peluang ini tidak ada pada bisnes lain.

Shaklee adalah syarikat MLM dan kesemua produk dipasarkan oleh pengedar Shaklee. Dengan berlandaskan konsep bisnes networking, ia adalah bisnes yang terbaik untuk anak-anak kita mewarisinya.

Anak-anak juga adalah sebahagian tonggak bisnes Shaklee

Dapat sesuatu daripada entry ini? Cik Mien harap ia sangat membantu anda memilih bisnes online yang bukan sahaja membantu anda menjana pendapatan sampingan malah boleh menjadi pendapatan tetap dengan peluang yang disediakan.

Untuk membina bisnes bersama Cik Mien, boleh klik link ini ye.

taip ‘JOIN BISNES’ ke http://www.wasap.my/60123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.