3 sebab anda perlu memilih Hotel Mandurah

Yeah, setelah berbulan2 kita PKP, sungguh terasa seksa jiwa raga bila mana kita terpaksa ubah kehidupan dengan 360 darjah.

Siapa sangka dulu kita mampu menikmati saat keseronokan untuk melancong ke luar negara, kini kita hanya mampu menonton daripada vlog mereka yang dah pernah jejak ke sana.

Jadi sebaik sahaja tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, kami sekeluarga akhirnya berpeluang bercuti balik ke kampung di Pasir Mas, Kelantan. Dah alang-alang bercuti kami langsung singgah bermalam untuk 3 hari di Kuantan.

Kali ini kami memilih untuk menginap di Hotel Mandurah, Kuantan. Jom baca review kami.

Ada 3 sebab kenapa anda perlu memilih Hotel Mandurah semasa bercuti di Kuantan

Lokasi yang berdekatan dengan tempat makan popular

Antara aktiviti kegemaran kami ialah jalan-jalan cari makan. Lokasi hotel sangat penting agar berdekatan dengan tempat makan popular.

Memilih hotel ini membantu kami untuk jjcm ke semua lokasi kegemaran dan popular yang dituju.

Pemandangan Laut dan Deruan Ombak daripada Bilik

Yes, Bangun pagi je terus nampak pemandangan lautan seluas alam dari katil. Fuh memang syiok sangat.

Cik Mien memang berangan nak rumah tepi pantai.

Tambah lagi mendengar bunyi ombak yang menghempas pantai. Satu terapi bagi Cik Mien.

Bilik Yang Luas dan Selesa untuk 5 ahli keluarga

Bilik yang kami pilih ini sangat luas dan sengaja Cik Mien minta di Tingkat 5 untuk privacy sket.

Sebuah bilik diberi 2 katil king. Jadi tak perlu nak fikir untuk tempah 2 bilik berasingan kerana sebuah bilik ini pun dah cukup untuk kami sekeluarga.

Kalau anda nak tengok secara live review hotel mandurah ini, jemput klik like dan subscribe link vlog Cik Mien.

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.