Tips Memilih Set Bersalin

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sedar dengan tak sedar dah masuk 24minggu hamil. Memang rasa nak gelabah sotong dah ni. Sebabnya banyak pula barang yang perlu dibeli untuk menyambut anak ketiga. Apa barangnya nanti Mien kongsi entry lain ye.

Ni nak cerita pasal dilema memilih set berpantang sebab ikut pengalaman lepas, beli satu set tapi kesudahannya tak dapat dihabiskan pun.

kissstomach

Bandingkan Set Berpantang antara Jenama Yang Ada Di Pasaran

Sekarang ni dah macam-macam jenama yang ada mengeluarkan set berpantang sendiri. Kalau zaman Mien bersalin anak pertama, yang ada Sendayu Tinggi, Nona Roguy dan Leesa Formula serta beberapa jenama lain yang biasa boleh dilihat dalam majalah Mingguan Wanita.

SET BERSALIN NR

Jadi dengan adanya medium online seperti FB dan Instagram, kita terdedah dengan macam-macam produk dan testimoni yang diberikan oleh pengguna.

Kalau tanya Mien, fes kita setkan dulu apa yang kita nak.

Biasanya set asas hanya mengandungi krim bengkung, jamu, serbuk untuk air rebusan dan minyak herba.

Manakala untuk extra seperti bengkung atau tungku kita kena add on.

Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isi kandungan produk, cara penggunaan dan lain-lain agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.

Pengalaman Mien masa anak pertama, kena beli bengkung dan set asas. Maklumlah anak pertama kena melabur lebih sedikit sebab mak Mien pun dah tak simpan bengkung dia. Jenama yang dibeli Leesa Formula. Dalam set berpantang Leesa Formula, ada sebotol jamu yang Mien tak dapat habiskan sebab bila makan, baby akan cirit birit.

Semasa anak kedua, Mien beli Nona Roguy. Set berpantang Nona Roguy mengandungi minyak herbanika, krim bengkung, sebotol jamu dan  uncang untuk cuci luka jahitan. Sekali lagi sebotol jamu juga tak dapat dihabiskan sebab baby demam kuning.

Tentukan Bajet Set Berpantang

Bila kita buat survey atau window shopping, kebanyakan harga set berpantang adalah lebih kurang sahaja.

Sudah tentu makin glemer jenama tersebut makan harganya agak mahal sedikit. Tips yang Mien boleh kongsi adalah sekiranya dah set jenama yang kita berkenan rajin-rajin lah bandingkan harga yang dibeli secara online(FB/Insta/Blog) dan kedai jamu.

 Kadang-kadang ada sesetengah kedai jamu menawarkan harga lebih rendah daripada yang ditawarkan di online.

Secara kasar, harga set berpantang adalah sekitar RM250 hingga RM400 berdasarkan keperluan yang kita kehendaki.

Pilihan Jamu atau Supplemen

Selain daripada jamu, antara yang ditawarkan di pasaran adalah supplemen.

Samada beli di farmasi atau memilih produk Multi Level Marketing (MLM). Antara jenama di bawah MLM adalah Shaklee, Amway, Cosway dan Elken.

Apapun, harga produk MLM berbeza berbanding dengan harga di farmasi.

Sebagai contoh, untuk Set Berpantang Shaklee mengandungi Vitalea sebagai multivitamin, Sustained Vita-C, Zinc Complex dan B-Complex.

Pilihan Saya

Jadi setelah memikirkan apa yang terbaik untuk kesihatan dalaman dan luaran, Mien pilih krim bengkung Nona Roguy untuk luaran bersama-sama Set Asas Berpantang Shaklee beserta ESP, Alfalfa dan Vivix untuk kesihatan dalaman.

SET BERPANTANG SHAKLEE add on

vivix-image

Apa pula pilihan korang? Jom kita kongsi-kongsikan.

xoxo

Mien

012 381 3525

SID: 1094977

Leave a Reply

CommentLuv badge