Tips Memilih Shampoo, Sabun Mandian dan Losyen Bayi Agar Tidak Membahayakan Kulit Bayi Anda

Banyak betul jenama barangan mandian, losyen dan krim untuk bayi dijual di pasaran sekarang. Kadang-kadang Cik Mien jadi keliru nak pilih yang mana satu, betul tak? 

Agaknya jenama mana yang paling femes dan dekat di hati korang?

Tanya Cik Mien pasti jawapannya, Johnson & Johnson.

Johnson & Johnson, Pigeon, Anakku adalah antara jenama yang terkemuka dan telah lama berada di pasaran.

Cuma sejak dah ada isu mengenai salah satu brand terkenal yang kita duk guna bertahun2 sejak kecil dulu, Cik Mien rasa sudah sampai masanya kita perlu peka dengan produk yang kita pilih dan guna bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga.

KENAPA PENTING UNTUK MEMILIH PRODUK PENJAGAAN BAYI YANG BEBAS BAHAN KIMIA?

Sistem badan bayi yang baru lahir masih belum matang dan sangat sensitif. Jika kita lihat pada masa kini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah kulit, iritasi dan pelbagai penyakit lain.

Salah satu punca yang menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah daripada penggunaan barangan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.

Jadi sangatlah penting untuk kita memilih skincare baby sebelum mereka lahir lagi.

Ada kajian berkenaan bahaya bahan kimia dalam produk penjagaan diri bayi yang dijalankan oleh Pakar Kanak-Kanak dari Seattle iaitu Dr. Sheela Sathyanarayana, beliau maklumkan bayi yang baru lahir sebenarnya TIDAK memerlukan sebarang produk mandian lagi.

Tapi trend kita sebelum baby lahir lagi dah get ready dengan sabun, bedak, lotion macam2 tu. Kulit kita manusia ni ibarat spt span boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit.

Dan pelbagai bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri dewasa dan juga bayi di pasaran sekarang ni

TIPS DALAM MEMILIH SYAMPU, SABUN, LOSYEN & KRIM BAYI.

Ada beberapa perkara yang perlu kita ambil perhatian sebelum memilih produk skincare terutama untuk bayi;

Tips ni saya pernah baca di FB Puan Nurhasanah Mazalan, Cik Mien share balik di sini untuk perkongsian kita bersama.

Antara 6 BAHAN yang perlu dielakkan:

1. ‘FRAGRANCE’

Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.

Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.

2. PARABEN

Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.

Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.

Dan kita beruntung dalam shaklee ia bebas paraben seperti krim herbal blend, Shaklee Baby ni.

3, TALC

Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?

Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan KESAN TERHADAP SISTEM PERNAFASAN BAYI terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.

4. ‘MINERAL OIL’

‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.

Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi.

5. TRICLOSAN

Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko mengganggu hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.

Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.

6. PROPLYENE GLYCOL

Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.

Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.

Ok, itulah 6 bahan yang perlu kita elakkan semasa membuat pemilihan produk penjagaan bayi ni samada syampoo, mandian, krim, lotion dll.

Jadi boleh cek balik produk ada kat rumah kita..ada tak bahan2 ni.

Dalam usaha menjaga kesihatan anak-anak yang kita cintai, pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat tidak kira sama ada ianya adalah produk sedia ada di pasaran atau produk ‘homemade’.

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang memilih produk yang berkesan, selamat dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

One Response

  1. mrhanafi July 10, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge