6 Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai Dengan Kulit Untuk Elak Muka Menjadi Sunburn

Ramai yang masih kurang mengamalkan dan menitikberatkan penggunaan sunblock semasa berada di luar rumah. Realitinya ramai yang berfikir sunblock hanya perlu sapu pada wajah bila melakukan aktiviti di pantai, melancong ke pulau atau bila kita berjemur di bawah matahari.

Tanggapan ini SALAH!

Kali ini Cik Mien akan berkongsi dengan anda tips memilih sunblock yang sesuai dengan kulit agar dapat melindungi wajah anda daripada rosak akibat sinaran UV.

tips memilih sunscreen yang sesuai
Neelofa sendiri memakai topi besar semasa bercuti ke Maldives untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari

Kebaikan Mengamalkan Sunblock

Kalau nak tahu pemakaian sunblock ini bagus diamalkan setiap hari dan kesannya, anda boleh lihat muka selebriti ini.

selebriti memakai sunblock
Amami Yuki, selebriti memakai sunblock

Amami Yuki berumur 51 tahun menggunakan sunblock sejak usia remaja lagi. Nampak jelas kan kesan mereka yang memakai sunblock ini. Wajah mereka terpelihara daripada kesan penuaan dan kelihatan muda!

The American Melanoma Foundation menulis impak kepada kesihatan tubuh badan akibat sinaran UV seperti;

  • kanser kulit (melanoma dan non melanoma)
  • kesan penuaan dan kerosakan kulit
  • katarak dan penyakit berkaitan mata
  • kesan kepada sistem imunisasi

Jadi usah pandang ringan rutin sunblock dalam penjagaan muka kita.

Sebelum tu, Cik Mien nak kongsi apa itu sinaran UVA, UVB dan UVC. Secara ringkasnya…

  1. Sinar UVA : adalah radiasi matahari yang panjang gelombangnya 320-400nm. Tidak menyebabkan kemerahan dan sakit.  UVA, boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal sehingga boleh menyebabkan kerosakan DNA yang boleh membawa kepada kanser kulit dan juga menjadikan kulit lebih gelap. Sinaran UVA adalah penyebab utama kepada kesan penuaan seperti garis halus,kedut dan jeragat. Sinar UVA boleh menembusi kaca tingkap.
  2. Sinar UVB: adalah radiasi matahari yang penjang gelombangnya 290-320nm lebih. Boleh menyebabkan “sunburn” kemerahan, kulit menjadi tan dan juga sakit. Sinaran UVB ini boleh terhalang oleh kaca tingkap.
  3. Sinar UVC: adalah radiasi 280-100nm penghasil ozone di lapisan ozone, dapat membasmi microorganisma dengan cara menghancurkan nuclear acid dalam DNA-nya. Sinar UVC lebih dulu terserap ozon sebelum mampu memanaskan bumi.

UVA, A dihujung boleh ditafsirkan sebagai Aging.

UVB, B dihujung ditafsirkan sebagai Burning.

Dapat kita simpulkan di sini, sunblock yang kita pilih haruslah melindungi kulit kita daripada kedua-duanya.

Nak lebih jelas boleh tonton video ini.

Tonton video ini untuk ilustrasi UVA dan UVB

Apa maksud SPF/PA yang tertulis pada sunblock?

Beza Sunblock dan Sunscreen

SPF adalah singkatan kepada Sun Protection Factor.

Formulanya adalah;

No. SPF X  Masa untuk kulit terbakar tanpa dilindung = Masa untuk kulit terbakar dengan perlindungan

Contoh: SPF 50 x 10 minit = 500 minit kulit akan dilindungi dari kesan terbakar

Ini bermaksud selepas 5 jam kita perlu menyapu semula muka kita dengan sunblock.

Atau dalam kiraan peratus pula;

Contoh SPF50.

Tolak satu dari nilai SPF itu.

SPF 50 bermaksud (50-1)/50 iaitu 0.98. Jadi 98% sunblock itu dapat lindungi kulit kita dari sinaran uv.

PA++ atau PA+++ atau PA++++. Simbol ‘+’ adalah kadar kekuatan UVA dalam sunblock anda. Lagi tinggi atau banyak +, lagi tinggi perlindungan terhadap sinaran UVA.

Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai dengan Kulit

Dilema Memilih Sunblock atau Sunscreen, apa bezanya?

Ciri-ciri Sunblock;

  • berfungsi membantu menghalang sinaran UV sampai ke kulit dengan menyebarkan cahaya UVB,
  • hanya melindungi kulit di bahagian luar,
  • tekstur yang agak pekat, bila sapu warna sunblock akan kelihatan pada kulit,
  • susah nak basuh

Ciri-ciri Sunscreen,

  • berfungsi menyerap sinaran UV dan mengurangkan jumlah sinaran UVA masuk ke lapisan dermis kulit kita,
  • membantu mengawal kerosakan kulit untuk kesan jangka panjang
  • kurang melekit dan mudah menyerap pada kulit seperti losyen

Kedua-duanya bermanfaat untuk melindungi kulit kita daripada sinaran matahari.

Yang terbaik untuk kulit anda ialah memilih krim pelindung matahari yang mengandungi kedua-duanya dan di pasaran sekarang telah ada pilihan tersebut dan dikenali sebagai broad spectrum sunscreen.

6 Tips Memilih Sunblock Yang Sesuai

1.Pilih SPF yang sesuai dengan kulit dan jenis aktiviti kita

Kalau anda ingin melakukan aktiviti luar di bawah matahari, seeloknya pilih sunblock dan SPF yang sesuai dengan jangkamasa aktiviti kita.

Sekiranya tidak melakukan sebarang aktiviti luar, amalkan sunscreen sudah mencukupi. Yang penting kulit kita sentiasa dilindungi daripada kesan sinaran matahari.

Sebagai panduan,

  • SPF 15 ke bawah untuk melindungi kulit daripada kesan terbakar (sunburn)
  • SPF 15 ke atas untuk melindungi kulit daripada sunburn, risiko kanser kulit dan kesan penuaan.

2. Mempunyai ciri perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB.

Sebaiknya pilih krim pelindung matahari yang memberi perlindungan terhadap sinaran UVA dan UVB.

Cik Mien rekomen Youth Moisturiser kerana ia melindungi kedua-dua sinaran.

3. Kenalpasti jenis pelembap yang hendak dibeli samada dalam bentuk krim/gel/spray

Banyak pilihan yang anda akan jumpa di pasaran. Namun memilih sunblock mestilah kita nak yang jenis tahan lama pada kulit kita.

Yang terbaik ialah berbentuk krim berbanding spray. Dan krim mestilah yang jenis mudah serap ke kulit dan bertindak seperti losyen.

4. Pilih krim pelindung matahari yang bebas bahan kimia

Cik Mien sangat menggalakkan anda memilih krim pelindung matahari (sunblock) yang bebas daripada bahan kimia.

Kita nak lindung kulit kita daripada kanser kulit kan? Jadi kalau kita pilih sunblock atau sunscreen yang mempunyai bahan kimia sudah tentu boleh menimbulkan kesan sampingan lain.

5. Pilih sunblock yang mesra dengan kulit kanak-kanak

Bila kita memilih sunblock yang bebas bahan kimia, secara tak langsung ia mesra untuk digunapakai bersama dengan anak-anak.

Dengan satu sunblock anda dah jimat poket kerana boleh digunakan seisi keluarga.

6. Baca isi kandungan sunblock

Kebanyakan pengguna sekarang memilih bahan semulajadi untuk kulit mereka.

Yang terbaik ialah kandungan 100% daripada tumbuh-tumbuhan atau pun dipanggil 100% vegan.

Kelebihan 100% vegan ini ialah ia kurang memberikan risiko alergik kepada pengguna berbanding produk yang mengandungi bahan daripada haiwan.

Kandungan 100% vegan juga selamat untuk ibu-ibu hamil dan sesuai untuk anak-anak.

Cara Menggunakan Sunblock Sebelum atau Selepas Bermekap?

Kalau anda memilih tidak bermekap, masukkan pemakaian sunblock dalam step terakhir rutin penjagaan wajah. Contoh cuci>toner>moisturiser>sunblock.

Sekiranya anda memilih untuk bermekap, selepas memakai sunblock barulah mula step mekap. Contoh
cuci>toner>moisturiser>sunblock >mekap.

Biasanya mereka yang dah bermekap mengalami dilema untuk memakai semula sunblock kerana risaukan mekap bercapuk. Mudah saja. Tips yang banyak orang dah guna ialah apply bedak muka BB yang mengandungi SPF.

Secara asasnya, anda tetap perlu amalkan sunblock walaupun foundation anda turut mengandungi SPF.

Untuk dapatkan moisturiser yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas, anda boleh hubungi Cik Mien.

PERTANYAAN | TEMPAHAN

Anda boleh hubungi 0123813525 (Cik Mien)

atau

taip ‘SPF50’ ke http://www.wasap.my/60123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.