Tips Memilih Toner Muka Yang Baik Untuk Kulit Muka

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

 

Selepas Cik Mien berkongsi mengenai pemilihan pencuci muka yang sesuai, sekarang Cik Mien rasa seronok pula untuk berkongsi topik yang seterusnya iaitu toner muka. Cik Mien sendiri dulu konpius samada perlu ke tidak toner muka ni. Sebab rasa macam muka ni dah bersih dah. Korang rasa macam mana? Perlu ke tidak toner muka? Jom Cik Mien bantu korang dengan tips memilih toner muka yang baik untuk kulit muka kita supaya lepas ni masing2 dah tahu apa yang terbaik.

Sebelum itu, ada sesiapa yang belum biasa dengan toner muka? Kalau nak tahu toner muka ialah sejenis cairan yang berasaskan air dengan kepekatan cuka atau bahan aktif yang lain.

Keperluan dan fungsi toner muka

Toner muka ini penting untuk:

  • menghilangkan kotoran seperti minyak dan sisa mekap,
  • membantu menyegarkan wajah,
  • membantu melembapkan kulit,
  • mengecilkan pori,
  • membantu dalam penyerapan penjagaan wajah yang lain

Namun, pemilihan toner muka juga bergantung kepada jenis kulit kita. Jadi adalah penting untuk kita memilih toner muka yang sesuai.

Ciri-ciri Toner Muka Yang Baik Untuk Kulit Kita

Ciri-ciri toner muka yang baik ialah secara asasnya seperti berikut:

• bebas minyak (oil-free)
• tidak menyumbat liang pori-pori (non-comedogenic)
• tidak mempunyai alkohol kerana alkohol amat mudah mengeringkan kulit

Apa yang Cik Mien faham, toner muka ni adalah langkah kedua yang amat penting dalam pembersihan wajah. Jadi kita seharusnya teliti dalam memilih toner muka yang sesuai dengan kulit kita.

Toner Muka dengan Youth Perfecting Skin Toner

Dalam banyak2 toner muka di pasaran, Cik Mien sukakan yang ini. Sebab kelainannya terletak pada tindakbalas toner muka ini dan kandungannya.

Perfecting Skin Toner ini bertindak dengan 3 langkah iaitu membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan menyuburkan wajah kita.

Hasil daripada 3 langkah ini, Cik Mien dapati kulit muka kita akan merasa;

  • menenangkan
  • menghidratkan
  • meremajakan
  • melembapkan kerana muka tidak berasa tegang selepas menggunakannya

Rahsia tindak balas toner muka ini ialah terletak pada isi kandungannya:

-Muscadine Grape, yang melindungi dan membaiki sel kulit

-exfoliating and rejuvenating green algae complex, yang membuang sel kulit mati untuk kesan pembersihan 2 kali ganda

-vital repair+, manfaat untuk perlindungan dan melembutkan kulit

-yeast extract

 

Youth Perfecting Skin Toner adalah pilihan tepat kerana:

  • telah dipatenkan
  • bebas daripada 1500 bahan kimia termasuk paraben, merkuri
  • dihasilkan dengan standard keselamatan yang tinggi iaitu telah diuji oleh pakar dermatologi, hypoallergenic, non-comedogenic dan juga telah diuji oleh pakar mata.

Harga bagi Youth Perfecting Skin Toner galah RM212.00 dengan isi kandungan sebanyak 177ml.

Untuk pesanan segera boleh hubungi Cik Mien ye.

 

xoxo
Cik Mien

Wanita yang memilih pencuci muka yang berkesan dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

Leave a Reply

CommentLuv badge