Memiliki pinggang ramping adalah impian semua wanita termasuk Cik Mien. Sejak beranak 3 kali, Cik Mien terasa sangat area pinggang ni macam mengembang. Cuma rasa syukur la sikit sebab belum tahap menggelebeh lagi. Agaknya sebab masa berpantang anak pertama Cik Mien disiplin memakai bengkung. Kali ini Cik Mien nak berkongsi beberapa amalan yang boleh menjadi tips memiliki pinggang ramping agar mudah mencari saiz seluar maklum le orang pompuan ni banyak bontot jadi kembang selepos bersalin.
Tips Memiliki Pinggang Ramping Agar Mudah Mencari Saiz Seluar
#1 Memakai Seluar Dalam Yang Menutupi Hingga Paras Pinggang
Memiliki seluar dalam yang sesuai adalah sangat penting untuk wanita. Pilihlah seluar dalam yang boleh menampung bahagian punggung dengan baik.
Dengan memakai seluar dalam yang penuh, ia amat membantu untuk membentuk pinggul kita. serta melindungi bahagian abdomen daripada menggelebeh.
Akan tetapi sesuaikan juga jenis seluar dalam untuk bersukan agar memberi keselesaan kepada vagina kita.
#2 Tips Memiliki Pinging Ramping dengan Memakai Kain Batik
Caranya ialah dengan mengikat tinggi di bahagian abdomen.

kredit gambar daripada http://daramanisku88.blogspot.com/2011/03/tutorial-cara-memakai-kain-batik.html
Masa nak ikat inilah kita posisikan kain batik di bahagian abdomen dengan tujuan untuk bagi pinggang kita rasa kemas terletak.
Mama Cik Mien akan tegur kalau Cik Mien pakai kain batik londeh bawah pinggang. Katanya kain batik yang diikat kemas di bahagian pinggang membantu membentukkan pinggul kita secara semulajadi.
Cuba amalkan anda pasti kagum dengan hasilnya.
#3 Tips Memiliki Pinggang Ramping dengan memakai korset
Kelebihan memakai korset bukan sahaja membantu membentuk badan kita, tetapi juga memberikan sokongan kepada tulang belakang.
Biasanya sangat practical untuk mereka yang bekerja di pejabat. Cik Mien sendiri sekali sekala memakai korset dan hasilnya rasa badan lebih kemas. Pilihan korset Cik Mien ialah keluaran Elken.
Bagi Cik Mien sangat berbaloi dan telah menggunakannya sejak tahun 2001 lagi. Lama kan?
Siap pakai masa berpantang anak ketiga lagi.
#4 Tips Memiliki Pinggang Ramping dengan Membakar Lemak
Selain daripada tips di atas, kita juga digalakkan membakar lemak dengan sesi work out. Korang boleh pilih samada nak berzumba, lari atas treadmill, atau join Virtual Run/Challenge untuk 5km.
Bersenam dengan berjalan boleh membakar lemak dengan jayanya berbanding berlari.
Dapat sesuatu? Kongsikan artikel ini sekiranya bermanfaat untuk korang. Jumpa lagi.
xoxo
Cik Mien
Suka hidup aktif untuk kekal sihat
Saya pun nak ramping gak
Zumal recently posted…KUAH TOWN SEAFOOD SYURGA MAKANAN LAUT DI PEKAN KUAH
haha boleh2. sume orang boleh utk jadi ramping hihi