Tips Mencegah Sakit Jantung Untuk Elak Serangan Jantung di usia muda

Membaca statistik penyakit jantung di Malaysia buat Cik Mien rasa gerun. Bayangkan penyakit jantung kritikal menyumbang kepada 30% lebih kematian berbanding dengan penyakit tak berjangkit yang lain. Malah dalam keluarga Cik Mien juga pernah berlaku salah seorang pakcik saudara meninggal dunia gara-gara jantung gagal berfungsi. Jadi ada baiknya kita cuba amalkan tips mencegah sakit jantung agar risiko serangan jantung dapat dikurangkan.

Kenali Penyakit Jantung

Penyakit jantung terbahagi kepada dua iaitu penyakit jantung kongenitel (sejak dalam kandungan) dan penyakit jantung bukan kongenitel (akibat pemakanan, cara hidup dan jangkitan). Yang kita nak diskus di sini alah yang bukan kongenitel.

Punca Penyakit Jantung

Secara umumnya adalah disebabkan gaya hidup yang kurang sihat. Selain itu, mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi, diabetes, tabiat merokok, stress dan obesiti berisiko menghidapi penyakit jantung.

Cuma Cik Mien nak pesan mereka yang mempunyai kolestrol tinggi dan tekanan darah tinggi haruslah berhati-hati kerana kedua-dua keadaan ini sangat berkaitan dengan jantung.

Tanda-tanda Penyakit Jantung

Banyak orang mungkin kurang perasan dengan simptom penyakit jantung. Tanda-tanda yang disenaraikan di bawah yang kita perlu pantau untuk diri kita dan orang yang kita sayang.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang.

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau kurang bermaya yang teruk.

Tips Mencegah Sakit Jantung Untuk Elak Serangan Di Usia Muda

#1 Jaga dan kawal pemakanan

Elakkan atau kurangkan pengambilan makanan berproses, makanan berlemak, dan makanan ringan.

Banyakkan makanan yang berserat, sayur-sayuran, dan amalkan minum susu rendah lemak. Patuhi amalan pemakanan seimbang.

#2 Kurangkan Pengambilan Garam

Kurangkan juga pengambilan garam dan pilih garam yang organic untuk masakan kita. Lihat gambar di bawah untuk tahu cara kenalpasti garam yang baik untuk tubuh badan kita.

Cara Kenalpasti Garam Yang Baik

 

#3 Berhenti Merokok

Hentikan juga tabiat merokok sangat membantu badan kita dan juga orang sekitar kita daripada risiko penyakit jantung.

#4 Pengurusan Stress

Stress boleh diuruskan dengan melakukan aktiviti bersukan yang sesuai dengan had umur masing-masing. Bergaul dengan banyak orang boleh memberikan pendedahan yang  baik untuk mengurangkan stress kita.

#5 Konsisten mengamalkan supplemen

Biasanya kebanyakan kita fikir yang menjaga pemakanan dan bersenam serta mempunyai gaya hidup aktif sudah cukup untuk mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.

Tanggapan ini betul sekiranya kita hidup dalam persekitaran yang bersih dan semulajadi.

Kalau tidak masakan Cik Mien baca satu kisah seorang dekan fakulti sukan sebuah universiti tempatan meninggal kerana serangan jantung. Walhal beliau sangat aktif dengan sentiasa kelihatan berjoging di sekitar universiti dan tidak mempunyai masalah obesiti.

Ini kerana persekitaran kita mempunyai banyak radikal bebas yang disumbangkan oleh asap kenderaan, asap perokok dan lain-lain. Mereka yang hidup aktif dan stress mempunyai tahap radikal bebas yang tinggi.

Radikal bebas ini juga yang kita perlu berjaga-jaga dan sekiranya kita tidak singkirkan daripada badan, ia juga pencetus kepada keradangan terhadap sistem dan organ dalam badan kita.

Oleh itu, mengamalkan supplemen adalah usaha yang terbaik untuk memelihara badan kita daripada diganggugugat oleh radikal bebas.

1) Phytocol ST – Mencegah Sakit Jantung

Cara Turunkan Kolestrol

Phytococl St dapat bertindak menghalang kolestrol daripada makanan harian dari memasuki salur darah. Apabila salur darah bebas daripada mendapan kolestrol, maka risiko salur darah (arteri) tersumbat dan risiko sakit jantung menjadi semakin rendah.

2) Omega Guard – Menurunkan Risiko Sakit Jantung

Cara Menurunkan Risiko Penyakit Jantung

Omega Guard bertindak menurunkan paras LDL (kolestrol jahat yang menjadi punca utama sakit jantung) dalam darah dengan cara meningkatkan paras HDL (kolestrol baik) secara semulajadi.
Omega Guard Shaklee merupakan minyak ikan laut dalam (jauh daripada pencemaran) paling tulen dan pembekal HDL terbaik untuk mencegah penyakit jantung.

3) CoQ Health – Menguatkan Jantung

 Cara Menguatkan Jantung

CoQ Health bertindak membekalkan enzim CoQ yang amat diperlukan oleh jantung untuk bekerja. Tanpa enzim CoQ yang cukup, jantung menjadi lemah dan mudah diserang penyakit jantung.

4) Vivix – Melindungi Jantung

Tips Melindungi Jantung daripada Penyakit Jantung

Vivix bertindak melindungi sel jantung daripada penuaan, membaikpulih sel jantung yang rosak dan memelihara kesihatan salur darah dan fungsi jantung yang sihat, sekaligus mengelakkan penyakit jantung. Vivix yang mengandungi resveratrol membolehkan baikpulih kesihatan dilakukan sehingga ke peringkat selular (sel DNA).

xoxo
Cik Mien

SID: 1094977

Wanita yang memilih produk yang berkesan, selamat dan semulajadi

FB : Sharminie Zainul Abidin

FB Page: HealthyInside.co

Instagram: sharminie_za

Blog: http://sharminie.com/

Whatsapp/Telegram: 0123813525

 

2 Comments

  1. Kauthar mohd October 18, 2018
    • Mien October 18, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge