Tips Mengurus Kewangan Bantu Kita Menyimpan Sehingga Boleh Menjadi Jutawan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Ceria,

Korang dah sarapan ke? Cik Mien biasanya sarapan awal dengan minum ESP. Pukul 5 pagi bangkit daripada tidur mesti pekena ESP dulu. Kiranya sarapan ringan bagi Cik Mien.

Biasa dengar tentang pengurusan kewangan? Dulu masa kecil Cik Mien selalu diingatkan untuk menyimpan duit sekolah yang Abah beri. Masa dulu struggle nak berjimat sebab duit sekolah Cik Mien hanya 50 kupang je. huhu… Mujur le Mama Cik Mien rajin sediakan bekal ke sekolah. Jadi dapat lah sekali sekala Cik Mien berjimat.

Jadi pengurusan kewangan ini sebenarnya dah bermula seawal kita kecil lagi. Mak ayah kita dah perkenalkan konsep jimat sebagai asas mengurus duit.

Bila usia meningkat, semakin besar nilai duit yang kita perlu uruskan. Di sinilah kita perlu bijak menguruskan kewangan sebab kita dah punya banyak tanggungjawab dan tanggungan yang kita perlu disara.

tips mengurus kewangan

Buat target dalam mengurus kewangan

Dalam mengurus kewangan, kita perlu berpandangan ke hadapan. Target kita mestilah nak ada berapa RM sekian dalam tempoh berapa tahun sekian. Dan kita juga hendak target untuk bebas kewangan, cuma dalam konteks bebas kewangan yang Cik Mien maksudkan ialah bebas kewangan tidak semestinya kita bebas hutang, akan tetapi bebas kewangan juga ialah kita mempunyai kewangan yang CUKUP untuk membayar semula kos kehidupan termasuk hutang.

Pecahkan income kepada komitmen kita

Jadi bila dah ada target begitu barulah kita boleh pecahkan komitmen menabung untuk capai target yang kita mahu,

sebagai contoh, Cik Mien nak jadi jutawan dengan mempunyai simpanan RM1,000,000.00. Dengan gaji sekarang, contoh RM5000.00. Ini yang Cik Mien perlu lakukan;

Gaji: RM5000.00

Bahagikan mengikut peratusan;

  1. 10% untuk simpanan iaitu RM500.
  2. 55% untuk keperluan iaitu RM2,750.
  3. 10% untuk long term saving for spending iaitu RM500.
  4. 10% untuk reward diri sendiri iaitu RM500.
  5. 10% untuk education iaitu pelaburan pendidikan kita sebanyak RM500. Hadir ke kelas ilmu atau membeli buku. Lebih banyak kita melabur untuk ilmu baru membawa kita kepada kejayaan dan kekayaan.
  6. 5% untuk kebajikan seperti zakat, sedekah, wakaf iaitu sebanyak RM250.

Cuba bahagikan target kita RM1juta dengan simpanan sebanyak RM500. Agaknya berapa tahun baru Cik Mien mempunyai simpanan sebanyak itu?

Jawapannya ialah 2000 bulan bersamaan 166 tahun. Lamanya kan? Masa tu pun nilai sejuta apa la sangat.

What’s next?

Bila kita buat target begini, ia akan bantu memotivasikan diri kita untuk lebih banyak menyimpan dan dalam masa yang sama mencari jalan untuk cepatkan isi tabung simpanan.

Jadi dengan cara ini juga Cik Mien lebih termotivasi untuk membuat bisnes Shaklee sebab dengan income Shaklee Cik Mien yakin mampu percepatkan lagi tempoh untuk jadi jutawan.

Korang ada tips lebih baik lagi untuk mengurus kewangan? Jom sama-sama kongsi.

xoxo

Cik Mien

Wanita yang berimpian untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dari sekarang

2 Comments

    • Mien February 20, 2018

Leave a Reply

CommentLuv badge