Tips Menjaga Customer Sehingga Berubah Menjadi Ahli Yang Setia

Semua bisnes baik yang menjual nasi lemak, kuih, bantal, pinggan mangkuk memerlukan jualan setiap bulan. Kalau tiada jualan, tiadalah bisnes. Bisnes memang ada pasang surutnya. Kalau kita kurang bersedia, kita mungkin akan terkesan. Kita perlu tahu tips menjaga customer kita supaya mereka setia dengan kita sehingga menjadi ahli.

cara memperoleh customer yang setia

#1 Tips Menjaga Customer Hingga Menjadi Pengguna Setia

Jadi apa yang kita boleh buat untuk pastikan bisnes kita sentiasa ada jualan ialah menjaga hubungan dengan Pencipta kerana Dia yang memberi rezeki kepada kita. Buatlah sehabis mungkin perkara yang Dia suka. Tau kan? i.e solat awal setiap waktu, dhuha, tahajud, puasa sunat, bersedekah, baca kitab Al-Quran dan etc.

Kalau orang kata kita tak ikhlas, pedulikan. Sebab yang mengata itu bukan yang memberi rezeki. Ingat ye. Baik kita risau apa yang Pencipta kita pandang diri kita berbanding manusia yang sama darjat dengan kita.

#2 Tips Menjaga Customer dengan membuat perkongsian

Seterusnya, banyakkan berkongsi dengan customer kita melalui medium yang kita pilih. Kongsi sebanyak mungkin manfaat produk. Cik Mien tengok orang yang konsisten berkongsi ini biasanya mudah untuk mendapat customer.

#3 Tips Menjaga Customer dengan Follow Up

Haa…dah kongsi dan dapat customer dan buat jualan, kita jagalah dia dengan penuh tanggungjawab. Follow up dah mula ambil ke supplemen yang dibeli, check cara makan, dan etc. Teruskan follow up supaya kita boleh bantu dia sehingga selesai masalah.

Setiap mereka yang PM kita itulah customer. Walaupun dia belum beli pun, hulurkan silaturahim. Kita berkawan dengan dia supaya dia suka dengan kita. Customer adalah aset kita sebab melalui dialah kita akan mendapat lebih ramai customer lagi. Barulah bisnes kita boleh berkembang.

Banyak lagi tips yang biasa tapi mendapat result luar biasa yang Cik Mien nak kongsikan. Hari ini Cik Mien kongsi 3 dulu. nak tahu lebih lagi? follow Cik Mien rapat2.

xoxo
Cik Mien
simple act leads you a million chances

Leave a Reply

CommentLuv badge